Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Polis Tidak Terima Surat MITI Untuk Rentas Negeri bermula 18 Hingga 21 Julai 2021.

Suhana Veru

Kongsi melalui

Nak balik raya tetapi guna surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk rentas negeri?

Nampaknya anda perlu membatalkan niat itu  memandangkan pasukan polis di Sekatan Jalan Raya (SJR)  tidak  akan menerima surat MITI bermula hari ini sehingga 21 Julai 2021.


Tindakan itu diambil selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati berlakunya peningkatan bilangan kenderaan di beberapa lebuh raya sejak dua 2 hari lalu.

Sebelum ini, orang ramai juga dikatakan telah menyalahgunakan dokumen MITI untuk ulang alik ke kampung sehingga mencetuskan kes dan kluster baharu.

“Oleh itu, semua anggota polis di SJR diarahkan supaya tidak menerima surat MITI sebagai kelulusan pergerakan rentas negeri yang sah,” kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.


Malah, Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) turut memaklumkan berlaku kesesakan di Plaza Tol Gombak.


LLM mengesan peningkatan kira-kira lima peratus jumlah kenderaan dari negeri-negeri utara tanah air yang memasuki Kelantan melalui sekatan jalan raya (SJR) di Jeli.

Menurutnya, tindakan itu  diambil bagi mengelakkan orang ramai menyalahgunakan surat tersebut bagi merentas negeri untuk menyambut Hari Raya Aidiladha pada Selasa ini.

Bagaimanapun, larangan itu tidak terpakai bagi urusan-urusan kecemasan dengan kebenaran polis serta urusan kesihatan (termasuk vaksinasi).  

Oleh itu, jangan sekali-kali terlintas di fikiran untuk cuba merentas negeri tanpa kebenaran kerana tindakan anda itu boleh berakhir dengan hukuman di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342.


Lagipun, larangan rentas negeri itu bukan saja-saja hendak dilaksanakan, tetapi tujuannya adalah untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19.

Antara balik kampung dan nyawa, yang mana pilihan anda? Jangan lupa kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026