Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jentera Lumba V10 Dengan Pengaruh Countach!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Hadir dengan penampilan aerodinamik yang lebih radikal dan leleran paling berprestasi tinggi, pasukan Lamborghini Squadra Corse mempamerkan Huracan Super Trofeo EVO2.

Lamborghini Centro Stile mendapati gaya penampilan Huracan Super Trofeo EVO2 menandakan hasil reka bentuk terbaharu selain merupakan kereta lumba terbaharu syarikat itu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Automobili Lamborghini, Stephen Winkelmann berkata, tujuh tahun telah berlalu selepas pihaknya memperkenalkan Huracan Super Trofeo yang pertama di Pebble Beach.

“Dan kini Squadra Corse menambahkan satu bab baharu dalam sejarahnya,” katanya.


Bermula pada tahun 2022, versi terbaharu itu dikatakan bakal menempa nama menerusi siri perlumbaan Super Trofeo yang bakal beraksi di tiga benua, dimana pada tahun ini ia akan bertanding untuk musim ke-13.

Sejak tahun 2009, kira-kira 950 pemandu telah berlumba pada perlumbaan Super Trofeo. Pelumba berkenaan dikatakan telah bertanding lebih 310 jam di trek paling berprestij di dunia itu.

“Perlumbaan Super Trofeo merupakan tempat ujian paling terbaik untuk melihat penyelesaian  teknikal dan aerodinamiknya baik untuk kereta jalan raya dan Grand Tourer namun dengan adanya Huracan Super Trofeo EVO2, kami telah mengorak satu lagi langkah ke hadapan.

“Pada April 2021, kami telah meraikan peristiwa penting pengeluaran kereta lumba Huracan yang ke-400 dan matlamat kami adalah dengan adanya Super Trofeo EVO2, kami mahu mencapai 500 unit kereta lumba dalam hanya beberapa tahun lagi,” kata Ketua Pegawai Teknikal Automobili Lamborghini, Maurizio Reggiani.

Menguji keseluruhan pembangunan jentera itu, pasukan Squadra Corse dan Centro Stile dikatakan telah bekerja keras terutamanya pada bahagian aerodinamik dan reka bentuknya.

Secara estetik, Huracan Super Trofeo EVO2 telah diadaptasi dengan rekaan generasi sebelum ini kepada gaya penampilan yang lebih ekstrem dimana elemen gaya jentera ini akan dilancarkan pada kereta biasa dalam beberapa tahun akan datang lagi. 

Hasil rekaan dari hadapan hingga ke belakang jentera ini amat mengagumkan dimana anda boleh melihat terdapat beberapa perubahan ketara pada jentera ini.

Huracan Super Trofeo EVO2 kini bercirikan lampu LED intensiti tinggi yang hadir dengan reka bentuk heksagon.


Ia yang digandingkan dengan bahagian bibir hadapan yang dikenali sebagai Omega selain disambungkan dengan sirip gentian karbon sekali gus menonjolkan penampilan gaya yang sama dengan Huracan STO.

Menjengah bahagian belakangnya, ia dipadankan dengan sayap serat karbon yang agak besar dimana pasukan Squadra Corse dan Centro Stile menyifatkan ia diilhamkan oleh karya minimalisme.

Sekali lagi bagi memberi penghormatan kepada satu lagi hasil karya Lamborghini, rangka kluster lampu LED yang baharu boleh dilihat dengan jelas memandangkan ia sebenarnya telah diadaptasi menerusi reka bentuk model ikonik Lamborghini Countach.

Malah, turut dikatakan kluster lampu jentera ini disokong dengan bampar serat karbon melengkung yang menghubungkan pelengkap aerodinamik.

Lazimnya, pelengkap aerodinamik terletak di belakang roda dengan sirip penyebar yang telah direka semula.

Selain itu, fender belakang terdiri daripada elemen tunggal dimana ia merangkumi spoiler tepi selain  permukaaan yang optimum. 

Pelbagai komponen pada rangka kenderaan ini yang terdiri daripada material plastik digantikan dengan hasil serat karbon bagi mengekalkan kelestarian minimum dari segi pembiayaan kos.

“Ketika kami mengendalikan projek Huracan Super Trofeo EVO2, kami lantas memikirkan konsep “Racing in style” atau  Berlumba dalam gaya.


“Ini merupakan kombinasi yang agak agresif untuk kereta lumba Huracan dan ciri gaya klasik DNA Lamborghini,” kata Ketua Reka Bentuk Lamborghini, Mitja Borkert.

Malah, Huracan Super Trofeo EVO2 dikatakan mewakili pendekatan estetika futuristik yang sebahagiannya menjangkakan elemen reka bentuk rangkaian kenderaan jalan raya yang akan datang.

Bagaimanapun, prestasi sesebuah kenderaan adalah segala-galanya terutamanya kereta trek Lamborghini.

Jentera ini dipadankan dengan enjin V10  aspirasi semula jadi 5.2 liter menyebabkan ia mampu menghamburkan 620 kuasa kuda. 

Kesemua daya kuasa kuda itu dikendalikan oleh transmisi enam-kelajuan X-Trac yang dipadankan dengan sistem pemacu roda belakang. 

Seperti sedia maklum bahawa dalam perlumbaan , brek adalah komponen yang amat penting iaitu sama seperti kelajuan. Oleh itu, sistem brek direka yang dibangunkan oleh Squadra Corse telah menjalani beberapa perubahan.

Misalnya, Huracan Super Trofeo EVO2 telah membesarkan saiz cakera hadapan dari 380mm kepada 390mm.


Dalam pada itu, kaliper baharu kini dapat memuatkan pad brek dengan reka bentuk unik selain permukaan yang lebih besar dimana ia dapat meningkatkan prestasi dan penggunaan bahan api.

"Super Trofeo merupakan  konsep asas perlumbaan pelanggan kami dimana ia mampu menarik minat pemandu berbakat muda dan juga golongan lelaki.

Huracan Super Trofeo EVO2 ini khas untuk kedua-dua golongan ini dan kami telah mereka bentuk dengan matlamat yang tepat dengan menawarkan pemanduan yang lebih menarik selain memberi perhatian sepenuhnya kepada kos pengendaliannya” kata Ketua Motorsport Lamborghini, Giorgio Sanna.

Mengenai harganya, ia ditawarkan pada harga €250,000 (RM1.2 juta) dan para pelanggan berpeluang menaik taraf Huracan Super Trofeo EVO dengan kit  khas yang akan mula didapati pada awal tahun hadapan.

Tambah Winkelmann, Huracan adalah salah satu model yang paling laris dijual dalam sejarah jenamanya. 

Super Trofeo juga dilihat telah meningkatkan kejayaan Huracan,” katanya.


Bagaimanapun, Huracan Super Trofeo EVO2 telah ditayangkan secara umum pada 28 Mei lalu di Le Castellet, Perancis. 

Gallery

Tag:

Lamborghini Huracan
Lamborghini Huracan Super Trofeo EVO2
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

23-04-2024
Global

12-04-2024
EV

09-04-2024
Global

17-01-2024
Global

04-01-2024
Teknologi

20-12-2023
Global

18-11-2023
Global

08-07-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto
Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto
Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto
Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto
Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima  ISO 50001:2018

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto
Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto
Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026