Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Pelancaran BMW 2-Series Coupe Makin Hampir: Imej Acah Didedahkan!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Imej acah kereta BMW 2-Series Coupe 2022 yang dinanti-nantikan ramai telah didedahkan dalam pelekat samaran. Imej kereta ini dikongsikan lebih awal daripada pengumuman besar yang diramalkan akan dibuat dalam bulan ini juga.


Coupe ini sedang melalui fasa terakhir proses pembangunannya yang mana uji kaji dan talaan yang dinamik bagi sistem suspensi dan pemanduannya sedang dijalankan.

 

Antara ciri menarik yang terdapat pada 2-Series Coupe ini ialah: setup pacuan roda belakang, pengagihan beban gandar yang hampir seimbang antara roda depan dan belakang (hampir 50:50),  peningkatan kekakuan kilasan statik dan juga teknologi cesi yang direka untuk pemanduan dinamik.  


BMW juga turut mengesahkan bahawa M240i akan menggunakan enjin enam silinder sebaris 3.0L turbo yang lebih berkuasa. Sistem ini digabungkan dengan transmisi Steptronic Sport 8 kelajuan.  Ini membolehkan kereta mencapai sehingga 382 kuasa kuda, sementara kadar penggunaan minyaknya ialah 8.2L/100km.



Di samping itu, saiz track ataupun jarak antara titik tengah tayar kiri dan kanan pada gandar hadapan dan belakang juga ditambah, tujuan rekaan ini adalah untuk mengurangkan olengan badan dan turun naik beban roda semasa memandu di selekoh. 


Peredam yang bergantung pada strok (stroke-dependent dampers) juga disediakan secara standard, sistem ini dapat mengoptimumkan keseimbangan antara keselesaan pemanduan dan juga kemampuan sporty kereta.  Semasa melalui jalan yang berbonggol-bonggol, pergerakan badan dikawal oleh kuasa peredam yang tinggi. 



Cesi Adaptif M juga ditawarkan sebagai pilihan tambahan. Penggunaan cesi ini membolehkan pengaktifan pemetaan yang diperlukan untuk pemanduan yang selesa dan sporty.

 

Selain itu, pilihan tambahan lain ialah Variable Sports Steering yang dapat meningkatkan kemudahan pengemudian, ini membolehkan stereng dikawal dengan lebih relaks.  Seterusnya, reka bentuk badan kereta dapat memastikan  aliran udara yang optimum, ketinggian gandar depannya juga dikurangkan sebanyak 50 peratus berbanding model terdahulu. 



Informasi selanjutnya tentang model ini akan diumumkan tidak lama lagi, sama ada pada penghujung bulan Julai atau awal Ogos nanti.


Gallery

Tag:

bmw
BMW 2 Series Coupe
M240i
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Ini Dia Harga BMW 320i Sport 2025 - Serendah RM265,800

Selain model X3 baharu, BMW Group Malaysia turut mengumumkan harga rasmi bagi model BMW 320i Sport 2025 yang telah dikemaskini, baru-baru ini.

25-06-2025
Berita Auto

Keupayaan Pengecasan BMW i5 Kini Lebih Canggih.

BMW Malaysia mengumumkan bahawa versi terkini BMW i5 eDrive40 M yang dijual pada harga RM399,800 menerima beberapa penambaikan.

13-03-2024
EV

Ada Berita Baik Untuk Pemilik EV Di Penang

Ada Stesen pengecas EV di Island 88.

09-01-2024
Berita Auto

Rugi Siapa Tak Pergi Malaysia Autoshow 2023

BMW Group Malaysia mengalu-alukan pengunjung menyaksikan barisan modelnya yang sedang dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023, MAEPS.

04-05-2023
Berita Auto

BMW XM, SUV Plug-In Hybrid Dengan Kuasa Cecah 735 HP! Model Paling Berkuasa BMW?

Pengeluar kereta Jerman, BMW baru sahaja mendedahkan SUV baharu, BMW XM.

29-09-2022
Berita Auto

BMW X5 M Versi Facelift Dikesan Sedang Diuji Di Nürburgring

Gambar intipan X5 versi facelift yang sedang diuji di litar Nürburgring, Jerman.

15-08-2022
Berita Auto

9 Ciri Kereta Ini Boleh Dilanggan Pengguna BMW Malaysia – Bermula Dari RM40/Bulan!

BMW Malaysia telah memperkenalkan beberapa servis langganan baharu.

15-07-2022
Berita Auto

BMW Akan Kekalkan Transmisi Manual, Permintaan Tinggi

BMW M tidak akan menghentikan pengeluaran kereta dengan transmisi manual.

29-06-2022

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026