Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Aston Martin Valkyrie Mencuri Perhatian Ramai Di Goodwood Festival Of Speed 2021!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Lebih sebulan yang lalu, model kereta sport, Aston Martin Valkyrie yang dinanti-nantikan membuat kemunculannya di Goodwood Festival of Speed. Festival yang sepatutnya berlangsung pada awal tahun lalu ini adalah antara acara sosial yang terpenting di UK.



Orang ramai dapat menyaksikan sendiri Valkyrie melakukan Hillclimb (daki bukit) melepasi Goodwood House semasa festival ini diadakan. 

Supercar yang dikuasakan oleh enjin V12 6.5L ini menjana sebanyak 1160 bhp, dan boleh memecut daripada 0 ke 100 km/j dalam masa kira-kira 2.5 saat.  Semasa acara, kereta ini dipandu oleh Lance Stroll daripada Aston Martin Cognizant Formula OneTM Team.

 

Kereta lain yang turut membuat kemunculan dan beraksi di atas laluan berkepanjangan kira-kira 2km ini ialah Vantage F1® Edition yang terbaharu.




Pemandu lain yang terlibat dalam Hillclimb ketika acara ini berlangsung termasuklah CEO Aston Martin sendiri, Tobias Moers, EVP dan Ketua Pegawai Kreatif, Marek Reichman, serta pemandu yang pernah menjadi juara perlumbaan Le Mans sebanyak tiga kali, Dareen Turner. 

Turut berlaku pada hari yang sama ialah ‘Aston Martin Moment’ yang mana kereta Valkyrie mengetuai pergerakan Hillclimb bersama kereta yang lain iaitu Vantage Official Safety Car of Formula 1®, DBX Official Medical Car of Formula 1®, Vantage F1® Edition, DBR1 dan LM7. 

 

Melangkah masuk ke tahun 2022, festival ini umpama tirai yang menjadi penutup bagi abad yang pertama sejak Grand Prix Aston Martin diadakan buat julung kalinya di Perancis pada tahun 1922. Penutupan kepada abad pertama ini mengingatkan peminat kepada kejayaan-kejayaan yang pernah dicapai Aston Martin sepanjang 108 tahun perjalanannya. 



Salah satu pencapaian yang tidak patut dilupakan ialah kemenangan pada tahun 1959 dalam perlumbaan yang dinamakan 24 Hours of Le Man dengan menggunakan kereta DBR1 yang dikendalikan oleh Carroll Shelby dan Roy Salvadori.

Turut mencuri perhatian ramai ialah satu-satunya kereta F1 versi tahun 2021 yang muncul di Goodwood Festival of Speed iaitu AMR21.



Gallery

Tag:

Aston Martin
Valkyrie
Goodwood Festival of Speed
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

08-10-2025
Global

09-07-2025
Global

11-06-2025
Gaya Hidup

05-06-2025
Teknologi

16-05-2025
Global

30-04-2025
Global

26-03-2025
Global

05-02-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026
Berita Auto

Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Detik cemas menyelubungi sebuah keluarga apabila SUV yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam gaung sedalam 15 meter di sebuah ladang teh.

25-02-2026
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026