Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Porsche 911 GT2 RS Pecah Rekod Baharu Di Litar Nürburgring

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Pada 14 Jun 2021, tercipta sejarah baharu apabila 911 GT2 RS berjaya mencatatkan masa pusingan terpantas di litar berkepanjangan 20.8 km Nürburgring Nordschleife, mengalahkan model kereta yang memegang rekod sebelum ini,  Mercedes-AMG GT Black Series. 


Naib Presiden Porsche  bagi barisan model kereta 911 dan 718, Frank-Steffen Walliser berkata, "Pelanggan GT kami selalu menggunakan kereta mereka dalam litar, misalnya pada track day, oleh itu jurutera-jurutera di Manthey dan Porsche telah bekerjasama untuk membangunkan pakej yang ditala dengan sempurna bagi membolehkan 911 GT2 RS memiliki prestasi yang tinggi."

 

Manthey Performance Kit yang menjadi 'kelengkapan' bagi 911 GT RS telah dibangunkan hasil kerjasama antara jurutera Porsche di Weissach dan juga pakar-pakar Manthey di Nordschleife.


Pengarah pengurusan Manthey-Racing GmbH, Nicolas Raeder berkata, "Kami berbangga kerana Lars Kern dapat meningkatkan masa pusingan 911 GT2 RS dengan cara ini, terima kasih kepada Performance Kit yang dibangunkan bersama dengan Porsche yang dioptimumkan dalam pelbagai aspek."

 

Lars Kern mencatatkan masa terbaik bagi 911 GT2 RS yang berkuasa 690 hp (515 kW) pada 6:43.300. Masa yang dicatatkan ini berjaya mengatasi rekod sedia ada pada 6:48.047 yang telah dicapai oleh Mercedes-AMG GT Black Series. Masa yang berjaya dicapai Porsche adalah 4.747 saat lebih pantas berbanding Mercedes.


911 GT2 RS memecut laju dengan menggunakan satu set tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 R (boleh digunakan di jalan raya biasa) dengan purata kelajuan 185.87 km/j.

 

Tambah Kern, "911 GT2 RS melekat pada trek seperti gam dengan adanya Manthey Performance Kit. Rasanya seperti berada dalam sebuah kereta lumba lebih-lebih lagi bila bergerak laju di selekoh. 


Manthey Performance Kit daripada Porsche Tequipment merangkumi bahagian cesi kereta, komponen aerodinamik dan brek, serta rim aloi magnesium ringan Weissach Package.

 

"Komponen individu daripada Performance Kit digabungkan dengan tepat antara satu sama lain.  Kesemua peralatan ini berfungsi dengan efektif apabila dipasangkan bersama-sama. Disebabkan itu buat masa ini, kit ini hanya ditawarkan sebagai satu pakej penuh.  Tawaran secara individu (atau berasingan) sedang dalam penilaian," tambah Naib Presiden Individualisasi dan Klasik Porsche AG, Alexander Fabig.


Komponen aerodinamik kereta terdiri daripada kepak pada bahagian spoiler depan. Kepak ini dapat meningkatkan daya kestabilan atau downforce pada gandar depan. Ciri aerodinamik kereta ditingkatkan lagi dengan penggunaan material karbon sebagai underbody dan juga elemen air guide pada roda depan.

 

Downforce gandar depan ditingkatkan daripada 49 kg kepada 70 kg pada 200 km/j. Sementara itu downforce gandar belakang pula daripada 93 kg kepada 200 kg dalam kelajuan yang sama.

 

Ciri aerodinamik lain ialah spoiler belakang baharu, peresap yang telah diberikan perubahan dan satu set cakera aero pada roda belakang.


Selain itu, ia turut digunakan ialah suspensi coil-over yang dioptimumkan untuk kegunaan litar dengan penyerap hentak hadapan yang boleh diselaraskan kepada tiga jenis tetapan berbeza dan empat tetapan pada bahagian belakang.

 

Ciri lain yang membantu meningkatkan prestasi kereta ialah pad brek perlumbaan yang khas bagi sistem brek seramik PCCB. Pad brek yang digunakan ini dapat mengurangkan kehausan brek dan dalam masa yang sama meningkatkan tahap responsif dan ketepatan kawalan. 


Mengenai rim magnesiumnya pula, Weissach Package merangkumi satu set rim berdiameter 20 inci untuk bahagian depan dan satu set rim 21 inci untuk roda belakang. Set rim yang digunakan ini dapat mengurangkan berat sehingga 11.4 kg.

 

Rim ini ditawarkan dalam warna-warna seperti Brilliant Silver, Black, Aurum, White Gold Metallic dan Platinum hues.

 

"Dengan bahagian-bahagian yang baru dibangunkan ini, kami membuatkan kereta yang sudah sedia bagus untuk menjadi lebih baik.  911 GT2 RS dengan Manthey Performance Kit dihasilkan dengan sempurna bagi pelanggan yang ingin membawa kereta mereka di atas litar terutamanya di Nürburgring Nordschleife," ujar Naib Presiden GT Cars, Andreas Preuninger.

 

Manthey Performance Kit daripada Porsche Tequipment untuk 911 GT2 RS sudah boleh didapati di mana-mana Porsche Centre di Eropah. Kit ini bakal memasuki pasaran negara lain tidak lama lagi.




Gallery

Tag:

: Porsche
Porsche 911 GT2 RS
911 GT2 RS
Manthey Racing
Porsche Manthey-Racing
Porsche Tequipment
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Porsche Sambut Pengeluaran Taycan Yang Ke-100,000, Tahniah!

Porsche meraikan pengeluaran unit Taycan yang ke-100,000 baru-baru ini.

09-11-2022
Berita Auto

Porsche Hangus, Mujur Pemandu Selamat!

Sebuah kereta mewah jenis Porsche musnah terbakar berhampiran banguanan Kellie’s Castle, Perak.

06-10-2022
Global

Porsche Umum Ketibaan Porsche 911 Carrera GTS Cabriolet America Edition

Porsche mengumumkan ketibaan kereta sports paling istimewa, Porsche 911 Carrera GTS Cabriolet America Edition yang akan berada di bilik pameran dalam tempoh terdekat ini.

13-06-2022
Berita Auto

Porsche Cayenne Adalah Model Pertama Pemasangan Tempatan

Kilang pemasangan kereta sport Porsche di Kulim, Kedah

29-03-2022
Berita Auto

Kapal Kargo Yang Membawa Kereta Mewah Itu Diselubungi Asap Tebal

Kapal kargo yang membawa kira-kira 4.000 kenderaan termasuk Porsche, Audi dan Bentley, terbakar di kawasan perairan berhampiran Azores di Itali.

22-02-2022
Berita Auto

Porsche Labur Dalam Cetakan 3D, Ini Sebabnya...

Porsche bercadang untuk memperkembang perniagaan melalui pembabitan dalam dunia pembuatan.

17-02-2022
Berita Auto

Ketua Pegawai Eksekutif Porsche Tidak Melepaskan Peluang Mengikuti Perjalanan Itu

Ketua Pegawai Eksekutif Porsche Cars di Kanada, Marc Ouayoun mengunjungi tujuh pusat kereta Porsche yang terletak di seluruh Kanada baru-baru ini.

13-10-2021
Berita Auto

Porsche Meraikan 50 Tahun R&D Di Weissach Dengan Pameran Inovatif

Muzium Porsche di Zuffenhausen menyambut tahun ke-50 penubuhan pusat penyelidikan dan pembangunan Porsche.

20-09-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026
Berita Auto

Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Detik cemas menyelubungi sebuah keluarga apabila SUV yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam gaung sedalam 15 meter di sebuah ladang teh.

25-02-2026
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026