Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kilang EV Foxconn Bakal Dibuka Di AS & Thailand Pada Tahun 2022

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Pengeluar elektronik kontrak terbesar dunia, Foxconn telah mengumumkan perancangan mereka untuk membina kilang pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di AS dan Thailand pada tahun akan datang. 

 

"Kami merancang untuk memulakan pengeluaran besar-besaran di AS dan Thailand pada tahun 2023. Selain di AS dan Thailand, kami juga sedang mengadakan perbincangan tentang kemungkinan lokasi lain di Eropah sebagai sebahagian daripada strategi jejak EV global kami," ujar Pengerusi Foxconn, Young Liu memaklumkan kepada pelabur dalam satu panggilan. 



Bagi fasiliti di AS, Foxconn bercadang untuk membina EV untuk syarikat seperti Fisker.  Dengan perjanjian yang telah ditandatangani pada bulan Mei, Foxconn sudah pun memulakan perancangan untuk menghasilkan EV bagi syarikat tersebut pada penghujung tahun 2023. 





Selain itu, Foxconn juga dikatakan sedang berunding dengan tiga negeri di Amerika Syarikat untuk membangunkan kilang EV pertama mereka di Amerika Utara, termasuklah Wisconsin - yang telah berjanji untuk mengubah fasiliti sedia ada dengan pertukaran pelaburan sebanyak $10 juta.

 

Sementara itu, kilang di Thailand pula akan ditubuhkan dengan kerjasama syarikat minyak dan gas Thailand, PTT,  untuk membangunkan platform pengeluaran EV dan komponen.  Di peringkat permulaan, kilang ini akan lebih tertumpu kepada penghasilan produk untuk pasaran Thailand sebelum berkembang untuk tujuan eksport ke negara-negara lain dalam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).

 

Foxconn turut mengumumkan perancangan mereka untuk membeli kilang penghasilan cip daripada pengeluar cip memori di Taiwan dengan nilaian mencecah $90 juta. Tindakan ini diambil sebagai sebahagian daripada usaha untuk mendapatkan semikonduktor ekoran isu kekurangan cip di peringkat dunia. 

 

Tag:

ev
Foxconn
PTT
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Video

05-07-2023
Video

Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20

Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20

27-06-2023
Video

Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!

Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!

20-06-2023
Global

27-03-2023
Global

22-03-2023
Global

16-03-2023
Global

15-03-2023
EV

15-03-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026