Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kilang Cip Malaysia Gantung Operasi – Tesla, Ford, Nissan Antara Yang Terkesan

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Berdasarkan laporan media, Malaysia merupakan pengeksport semikonduktor yang ketujuh terbesar di dunia. Antara kilang semikonduktor yang terdapat di negara ini ialah Infineon, Intel, NXP, Texas Instruments dan Renesas. Malangnya, kesemua kilang ini mendapat tamparan yang hebat ekoran pandemik. 


Varian DELTA yang kini berleluasa telah menyebabkan peningkatan kes aktif ke tahap di luar kawalan. Misalnya, apa yang berlaku di kilang STMicroelectronics, Tanjung Agas, Muar yang mana ratusan daripada 3000 orang kakitangan di kilang ini telah dijangkiti virus COVID dan 19 daripada mereka telah meninggal dunia.



Kilang STMicroelectronics


Samuel Tan, penganalisis semikonduktor daripada Kenanga Investment Bank Bhd. berkata, situasi ini agak merisaukan bagi syarikat seperti Infenion dan lain-lain yang memiliki kilang dengan bilangan pekerja yang mencecah ribuan orang. 


Seorang pengurus sebuah syarikat memandu autonomi China berkongsi, peningkatan kes COVID di Malaysia telah menyebabkan gangguan yang besar kepada bekalan cip syarikat. 




Situasi ini memburukkan lagi keadaan yang sudah sedia kritikal. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Susquehanna Financial Group, jurang masa antara waktu tempahan cip dibuat dan penghantaran semakin bertambah daripada lapan hari sehingga lebih daripada 20 minggu.



Cip yang digunakan dalam kereta moden


“Malaysia merupakan pemain utama dalam perdagangan semikonduktor di peringkat global,” ujar Wong Siew Hai, Presiden Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia. "Oleh itu, sebarang gangguan di mana sahaja di sepanjang rantaian bekalan akan memberi kesan buruk di tempat lain dalam ekosistem."


Senarai Pengeluar Kereta Yang Terkesan Daripada Isu Bekalan Cip Di Malaysia

1. Kereta elektrik Nio dan Tesla


Naib Presiden Bosch China, Xu Daquan mendedahkan bahawa penggantungan sementara operasi syarikat yang membekalkan semikonduktor di Johor telah memberi kesan kepada Bosch yang juga merupakan pembekal penting bagi pengeluar kereta elektrik seperti Nio dan Tesla.

2. Ford



Ford Motor Co. memaklumkan bahawa syarikat terpaksa menghentikan operasi pengeluaran trak pickup F-150 di kilang yang terletak di Amerika Syarikat dan juga Ford Fiesta di kilang yang berlokasi di Jerman. Puncanya? Masalah bekalan semikonduktor daripada Malaysia kerana pandemik. 


3. Toyota


Toyota Motor Corp. berkata pada minggu lalu bahawa ia akan menggantung operasi 14 buah kilang kerana syarikat-syarikat bekalan di Asia Tenggara seperti Thailand, Vietnam dan Malaysia sedang berhadapan dengan varian DELTA. 


4. Nissan Motor Co.



Nikkei Asia melaporkan bahawa pengeluar kereta Nissan Motor Co. dijangka akan menggantung operasi kilang di Tennessee, Amerika Syarikat yang menghasilkan kereta EV Leaf sehingga 30 Ogos ini, bergantung kepada situasi bekalan. 


5. General Motors


Awal bulan ini, General Motors Co. telah menggantung operasi selama seminggu di tiga kilang penghasilan trak yang terletak di utara Amerika.


Kesan Isu Bekalan Cip


Masalah kekurangan cip menyebabkan jumlah pengeluaran kereta baharu makin berkurang. Ini secara tidak langsung memperlihatkan peningkatan pembelian kereta terpakai. 



Ini dibuktikan daripada data yang dikeluarkan oleh China Automobile Dealers Association yang menunjukkan bahawa transaksi membabitkan kereta terpakai mencecah 8.43 juta di China pada suku pertama 2021, peningkatan sebanyak 52.9 peratus daripada tahun lepas. 


Isu bekalan ini dijangka akan berterusan sehingga suku pertama 2022. 



Tag:

Tesla
Nissan
Ford
Toyota
Nio
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
EV

Tesla Destination Charger Mula Dikenakan Bayaran RM0.88/kWh

Masih Murah Berbanding Pasaran: Berapa Kos Sebenar Cas Tesla Sekarang?

28-07-2026
Berita Auto

Menyesal Beli EV, Kesudahannya Beli Myvi

Pempengaruh menyesal membeli EV, baru-baru ini.

27-07-2026
Berita Auto

Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai

Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.

07-05-2026
EV

Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.

07-01-2026
Teknologi

Tesla Ubah Prinsip, Sedia Tawar Apple CarPlay Untuk Tarik Pembeli

Tesla mungkin akan mula menyokong dan mengintegrasikan Apple CarPlay dalam kenderaannya tidak lama lagi.

18-11-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026