Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lengkap Suntikan Vaksin: Tiada Had Kapasiti Kenderaan

Suhana Veru

Kongsi melalui

Berita baik untuk anda yang sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin, ini kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) baharu yang  anda perlu tahu!


Bermula sekarang, individu yang menetap di dalam negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan  sudah menerima dua dos suntikan vaksin dibenarkan menaiki satu kenderaan mengikut kapasiti tempat duduk kenderaan.

Ini bermakna tiada had jumlah individu dalam satu kenderaan dan ketetapan itu mengikut kapasiti penuh sesebuah kenderaan.


Malah, SOP terbaharu ini turut menyatakan bahawa tiada lagi had perjalanan 10 kilometer asalkan dalam daerah yang sama.

Bagaimanapun,  rentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali bagi pasangan jarak jauh, melawat anak berusia bawah 18 tahun dan individu yang mendapat kebenaran daripada Kementerian Kesihatan (KKM) serta polis.


Perkara ini dimaklumkan menerusi perincian SOP baharu oleh Majlis Keselamatan Negara yang dikemas kini melalui aplikasi Telegram pada Sabtu lalu.

Untuk rekod, Kuala Lumpur, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Putrajaya masih lagi berada dalam Fasa 1 PPN.

Ingat! kelonggaran sekatan ini bertujuan untuk kita dapat meneruskan kelangsungan hidup dan vaksin tidak melindungi kita seratus peratus.

Jadi, kita perlu sentiasa waspada dan sentiasa mengambil kira keselamatan diri, keluarga dan orang sekeliling sebelum menggunakan mana-mana kemudahan yang kerajaan berikan!


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini

Tiket Serendah RM11.40 Sehari: Lubuk EV Terbesar Malaysia Kini di KLIMS 2026!

03-06-2026
Berita Auto

XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000

XPENG X9 2025: MPV Mewah Dengan Ganjaran Hebat MEGA X9 REWARDS.

03-06-2026
Berita Auto

Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.

03-06-2026
Berita Auto

Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...

03-06-2026
Berita Auto

JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.

03-06-2026
Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Berita Auto

Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.

01-06-2026
Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026