Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Versi 100 Peratus Hibrid! Perkenalkan Renault Arkana E-Tech

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Luas, sporty dan yang penting selesa! Renault Arkana terbaharu ialah model kereta yang dihasilkan 100 peratus dalam versi hibrid. Model ini juga merupakan SUV coupe yang pertama dikeluarkan oleh Renault.

 

Terkini, Arkana didatangkan dalam versi yang menggunakan sistem hibrid E-TECH 145 dan juga versi enjin petrol mikro hibrid 12 V, 1.3 TCE 160.

 

Model yang menggunakan enjin hibrid  E-TECH 145 ini ternyata lebih efisien dari segi kadar penggunaan minyaknya dan menjanjikan keseronokan pemanduan maksimum.

 

Melalui penggunaan sistem hibrid penuh iaitu bateri 230 V 1.2 kWj, Arkana terbaharu ini menyediakan semua keupayaan kuasa elektrik tanpa perlu plug-in.

 

Renault memaklumkan bahawa Arkana mampu mencapai sehingga 80 peratus tempoh masa pemanduan dalam mod elektrik sepenuhnya. Bergantung kepada keadaan penggunaan, jarak perjalanan boleh mencecah sejauh 3 km.


Di samping itu, melalui penggunaan teknologi E-TECH yang diinspirasikan daripada Formula 1 serta ciri aerodinamik kereta, Arkana E-TECH Hybrid secara puratanya hanya menggunakan kira-kira 4.8 liter minyak setiap 100 km dan membebaskan hanya 108 gram karbon dioksida setiap km.

 

Hanya untuk segmen C, sistem hibrid E-TECH pada SUV coupe yang berkepanjangan 4,570 mm ini diletakkan pada gandar belakang kereta.

 

Kedudukanya yang strategik membolehkan Arkana mengekalkan saiz ruang yang sama seperti model versi enjin pembakaran biasa.

 

Versi sporty atau RS bagi Renault Arkana terbaharu ini turut didatangkan secara standard dengan e-shifter.


Seperti yang dikatakan sebelum ini, selain enjin hibrid E-TECH 145, Arkana turut menggunakan enjin petrol 1.3 TCe dengan sistem mikro hibrid 12V.

 

Versi terbaharu ini dikatakan lebih berkuasa berbanding versi terdahulu yang menggunakan enjin TCe 140 hp.  Enjin 1.3 liter ini dapat menghamburkan kuasa kuda mencecah 160 hp dan memiliki kadar penggunan minyak lebih rendah iaitu sebanyak 5.7l/100 km serta membebaskan kira-kira 130g gas karbon setiap km.

 

Sistem mikro hibrid 12 V ini cukup menakjubkan kerana dapat mengurangkan sehingga 8% kadar penggunaan minyak dan 8.5% emisi karbon.

 

Untuk pengetahuan pembaca, bagi kedua-dua versi enjin, TCe 140 hp dan 160 hp ini, terdapat satu ciri tambahan baharu iaitu fungsi Sailing Stop.

 

Fungsi ini boleh diaktifkan dan dimatikan oleh pemandu melalui sistem mod pemanduan Renault yang dinamakan Multi-Sense.

 

Semasa menggunakan mod ini, emisi karbon dapat dikurangkan sehingga 4 gram kerana keadaan 'freewheeling' kereta semasa fasa nyahpecutan antara 30 dan 140 km/j.


Pengarah program Renault Arkana, FranΓ§ois Laurent menyimpulkan, " Renault Arkana merupakan sejenis 'kereta untuk kehidupan' terbaharu yang berlandaskan mobiliti elektrik, terima kasih kepada teknologi E-TECH yang efisien dan mampu untuk dimiliki.

 

Renault Arkana telah berjaya menarik kira-kira 10,000 orang pelanggan daripada awal pelancarannya. Dengan adanya kehadiran versi terkini iaitu E-TECH 145 dan enjin 1.3 TCe 160 bersama sistem mikro hibrid 12 V, kejayaan yang dicapai model ini dilihat akan lebih berpanjangan.



Gallery

Tag:

Renault
Renault Arkana
Arkana
E-Tech
Arkana E-Tech
Renault Arkana E-Tech
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

16-07-2025
Global

16-06-2025
Teknologi

18-04-2025
EV

18-03-2025
EV

03-02-2025
Global

17-01-2025
Global

26-12-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Perincian Penyasaran Subsidi RON95 Diumum Sept 2025

Kementerian Kewangan mengesahkan perincian pelaksanaan penyasaran semula subsidi RON95 bakal diumumkan menjelang akhir September ini.

05-08-2025
Berita Auto

Ford Mustang Langgar Tiang Elektrik, Suami Isteri Maut

Gara-gara hilang kawalan, pasangan suami isteri maut selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas dan melanggar tiang elektrik di Kilometer 13 Jalan Segamat-Kuantan, semalam.

05-08-2025
Berita Auto

Perkhidmatan Aerotrain Tergendala Lagi Sebab Masalah Teknikal

Aerotrain KLIA tergendala lagi, MAHB mohon maaf.

05-08-2025
Berita Auto

Penyasaran Subsidi RON95, Sistem Padu Jadi Rujukan

Sistem Pangkalan Data Utara (PADU) akan menjadi rujukan pelaksanaan subsidi bersasar RON95, sementara menunggu pelaksanaannya secara menyeluruh.

04-08-2025
Berita Auto

2 Maut, Nahas 2 Treler, Leburaya PLUS Berhampiran Sungkai Sesak 15KM

Dua maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua treler di Kilometer (KM) 372.1 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) berhampiran Sungkai, petang tadi.

04-08-2025
Berita Auto

Lagi Warga Singapura Isi RON95 Di JB, KPDN Johor Sedang Siasat

Tular warga Singapura isi RON95 dalam botol plastik besar di Johor.

04-08-2025
Berita Auto

Toyota Yaris Cross Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Bakal Tiba Di Malaysia

Beberapa tahun selepas kemunculan sulung Toyota Yaris Cross platform DNGA khusus untuk pasaran ASEAN, SUV crossover segmen B ini akhirnya menjalani ujian keselamatan oleh ASEAN NCAP.

04-08-2025
Berita Auto

Nombor Pendaftaran Khas Laku Keras, Kerajaan Kutip RM110 Juta Hasil Jualan NPI

Sejak nombor pendaftaran istimewa (NPI) diperkenalkan pada tahun 2023, pihak kerajaan telah mengutip sebanyak RM110,069,150.

04-08-2025