Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sila Renew Lesen Memandu dan Cukai Jalan Sebelum 30 September ini!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Berita penting untuk  pemilik dan pemandu kenderaan di negara ini!

Anda diingatkan supaya memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu yang tamat tempoh selewat-lewatnya sebelum 30 September ini. 

Ini kerana  tempoh moratorium pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM), lesen memandu Malaysia (LMM) dan lesen vokasional (GDL/PSV) tidak akan disambung selepas tarikh itu.


Perkara itu disahkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan akhbar baru-baru ini.


Menurut kenyataan itu, orang ramai diingatkan supaya memperbaharui lesen masing-masing yang tamat tempoh sebelum tarikh tersebut.

“Orang ramai perlu berbuat demikian memandangkan tempoh moratorium pembaharuan lesen tidak akan dilanjutkan lagi selepas 30 September ini,” katanya.

Jadi, anda masa mempunyai masa untuk perbaharui lesen melalui portal mySIKAP atau MyEG.

Jika gagal melakukan sebarang urusniaga secara dalam talian, anda  boleh  menghubungi  JPJ untuk mendapatkan slot janji temu terlebih dahulu.

Malah,  pejabat Pos Malaysia dijangka akan memulakan urus niaga JPJ di lebih 650 cawangan seluruh Malaysia bermula 9 Ogos ini.


Untuk itu, jangan lupa perbaharui lesen anda dengan segera memandangkan JPJ dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia akan menjalankan operasi pemantauan pematuhan pada 1 Oktober.


Untuk makluman anda, sebelum ini Kementerian Pengangkutan (MOT) memberi kelonggaran kepada pemilik lesen LM, LKM dan PSV/GDL yang tamat tempoh antara 1 Jun sehingga 31 Julai ini untuk memperbaharui lesen dalam tempoh 60 hari.

Mereka diingatkan supaya memperbaharui lesen itu bermula 1 Ogos hingga 30 September ini. Selepas itu, tiada sebarang pengecualian moratorium yang akan dilanjutkan. 

Ketika ini, pengguna jalan raya dibenarkan mempunyai LKM dan LLM tamat tempoh asalkan memiliki perlindungan insurans sah.

Pemandu hanya perlu menunjukkan salinan sijil perlindungan insurans jika diminta pihak berkuasa.

Apapun, jangan lupa periksa tarikh luput lesen memandu anda!



Tag:

JPJ
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

19-02-2026
Berita Auto

28-01-2026
Berita Auto

22-01-2026
Berita Auto

30-12-2025
Berita Auto

23-12-2025
Berita Auto

18-12-2025
Berita Auto

18-12-2025
Berita Auto

15-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026