- Berita
- Berita Auto
- Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar
Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) memandang serius terhadap sekumpulan petugas kempen yang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar semasa kempen PRN Johor.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam satu kenyataan berkata, beliau sudah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan saman kepada sesiapa sahaja yang didapati melanggar peraturan tersebut berdasarkan bukti rakaman video yang tular, tanpa mengiralatar belakang politik. Ini termasuk mereka yang terlibat dalam konvoi kempen PH di Johor.
"Ketika saya membangkitkan isu sama melibatkan pemimpin BN semasa kempen PRK Slim hampir enam tahun lalu, saya sudah tegaskan: tidak salah menunggang motosikal semasa berkempen, tetapi setiap penunggang wajib memakai topi keledar dan menjadi contoh yang baik kepada rakyat.
"Prinsip ini terpakai kepada semua pihak tanpa pengecualian, termasuk calon dan petugas kempen Pakatan Harapan. Undang-undang keselamatan jalan raya tidak mengenal parti politik," katanya.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
