- Berita
- Berita Auto
- Menyusuri Jalan Kenangan: Mengingati Kolaborasi Porsche & Mercedes-Benz
Menyusuri Jalan Kenangan: Mengingati Kolaborasi Porsche & Mercedes-Benz
Tahun ini, Mercedes-Benz 500 E menyambut ulang tahun ke-30. Model ini telah membuat kemunculan buat julung kalinya di hadapan orang ramai ketika acara Paris Motor Show pada tahun 1990 sebelum mula dijual pada tahun 1991.
Mesti ada yang tertanya-tanya, apa yang menarik sangat dengan Mercedes-Benz 500 E? Untuk pengetahuan anda, ketika penghasilan kereta ini, Daimler-Benz AG telah bergabung dengan pengeluar kereta mewah, Porsche. Menyelusuri kenangan saat-saat ketika membangunkan kereta mewah ini, kedua-dua pasukan daripada Muzium Porsche yang terlibat menceritakan pengalaman mereka.
Antara individu yang terbabit pada ketika itu ialah Michael Hölscher yang menjadi Pengurus Projek Pembangunan, dan Michael Mönig daripada bahagian Pengurusan Prototaip.
"Melihat kereta ini pada hari ini, hampir tak percaya bahawa reka bentuknya mampu menjadi sebegitu sempurna walaupun dihasilkan 30 tahun yang lalu tanpa data CAD," ujar Hölscher.
Porsche AG mendapat kontrak pembangunan daripada Daimler-Benz AG di Untertürkheim, Jerman. Spesifikasi teknikalnya menjadi garis panduan dan kriteria bagi "rekaan dan pembangunan siri eksperimen untuk model asas W124 (barisan kereta bersaiz sederhana Daimler-Benz)." Dilengkapi dengan enjin empat injap V8 5L daripada 500 SL, kira-kira 10,479 contoh telah dihasilkan sehingga bulan April 1995, dan kesemua rekaan tersebut adalah kereta dengan empat tempat duduk.

Enjin ini digabungkan dengan kotak gear automatik empat kelajuan, 500 E (bergantung pada tahun model) mampu melakukan pecutan abad daripada 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 6.1 saat dengan 321 hp kuasa kuda dan 480 Nm tork. Kalajuan tertingginya mencecah 250 km/j.
Bermula daripada tahun 1990, badan bagi kereta ini dihasilkan dalam bangunan bernama Reutter di Werk 2, Zufferhausen kerana kekosongannya pada ketika itu. Prosesnya cukup mudah: Mercedes-Benz membekalkan bahagian-bahagian untuk badan kereta daripada Sindelfingen untuk dihantar ke Zuffenhausen. Sementara itu, pasukan daripada Porsche pula akan membuat pemasangan badan dengan menggunakan komponen-komponen yang dihasilkan di Werk 2. Badan kereta ini kemudian dibawa semula ke Sindelfingen di mana proses mengecat kereta dimulakan. Pemasangan terakhir kereta dan juga enjin mengambil tempat di kilang Rössle Bau di Zuffenhassen.
Proses pemasangannya mengambil masa sekitar 18 hari yang mana setiap model 500 E akan berulang-alik daripada Zuffenhausen ke Sindelfinger sebanyak dua kali. "Dari segi logistik, penghantaran ulang-alik kenderaan adalah satu cabaran yang besar. Yang penting, semua bahagian yang diperlukan perlu sampai ke lokasi yang sepatutnya pada waktu yang sepatutnya," jelas Hölscher.
Pada penghujung tahun 1980-an, Daimler-Benz AG menugaskan Porsche sebagai penyedia perkhidmatan pembangunan memandangkan barisan produksi untuk siri 124 di Sindelfingen agak kecil. Sebagai sebahagian daripada usaha naik taraf, Model ini diberikan penjenamaan semula sebagai E 500. Kali ini, saiz badannya lebih lebar sebanyak 56 mm dan lebih rendah sebanyak 23 mm. Di Porsche, projek penghasilan 500 E dinamakan sebagai "Project 2758."

"30 tahun telah berlalu, dan banyak perkara yang telah berlaku dalam industri automotif ketika ini, sehingga hari ini, 500 E tiada apa yang ingin disembunyikan. Pengendaliannya sungguh mengujakan. Pecutannya cukup baik, brek juga menakjubkan, memandu kereta yang memiliki karakter dinamik ini adalah satu nikmat. Saya amat menikmati bunyinya yang indah tanpa gangguan daripada enjin 8 silinder (kereta ini)," tambah Mönig yang bertanggungjawab dalam pembinaan prototaip 500 E.

Perjalanan ini kemudian bersambung di Weissach pada penghujung 1980-an. Di sini, pasukan Mönig melakukan perubahan ke atas 14 buah kenderaan asal hanya dengan menggunakan tangan. Bangunan 1 digunakan sebagai tempat pemasangan untuk kenderaan yang ke-15. Di sini, pemasangan dilakukan dengan menggunakan badan dan bahagian-bahagian yang telah diperbaik.
"Kolaborasi dengan rakan kerja di Mercedes-Benz berlaku dengan penuh rasa hormat, fokus, seimbang dan berdasarkan keinginan yang besar untuk mencapai kejayaan," kongsi Mönig sewaktu mengingati kembali saat-saat bekerjasama dengan Mercedes-Benz.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv