Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Terima 20 Saman Atas Kesalahan Menunggang Motosikal Melebihi Had Laju Di Sebuah Bandar Yang Tidak Pernah Dikunjungi

Suhana Veru

Kongsi melalui

Baru lapan bulan lulus lesen motosikal, sudah terima berpuluh  saman!

Itulah nasib malang yang ditimpa oleh seorang nenek yang berusia 59 tahun apabila dia yang baru sahaja lulus ujian menunggang motosikal pada Disember tahun lalu, menerima 20 saman polis.


Lebih mengejutkan nenek yang berasal dari Northampton itu, Karen Goode apabila kesemua samannya yang dikeluarkan atas kesalahan menunggang motosikal melebihi had laju di sebuah bandar yang tidak pernah dikunjungi selama ini.

Saman itu menyatakan bahawa motosikal jenis Honda 125 cc milik Goode ditunggang melebihi 80 kilometer sejam(km/j). Had laju di Swansea ialah 49 km/j.


Goode mendakwa dia tidak pernah menunggang motosikalnya  sehingga ke Swansea memandangkan ia terletak sejauh 531 kilometer dari rumahnya.

“Sungguh mengejutkan apabila menerima terlalu banyak saman. Saya telah membuat laporan polis namun mereka memaklumkan supaya mengabaikan saman itu jika saya tidak pernah melakukan kesalahan itu. 

Memetik kenyataan Wales Online, Goode mula menerima saman pertamanya sekitar April lalu.

Bagaimanapun, nenek kepada empat itu dikatakan menjadi tidak keruan apabila dia menerima surat amaran bahawa dia akan dihadapkan ke mahkamah gara-gara gagal membayar saman itu.


Sebaliknya, pihak polis mendakwa pihaknya telah memanjangkan kes itu kepada  syarikat GoSafe kerana ia mengendalikan kamera pengesan had laju di Swansea.

GoSafe tidak menolak bahawa nombor pendaftaran kenderaan itu berkemungkinan diklonkan namun kes masih dalam siasatan. 


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026