Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Sedan Generasi Keempat Ini Dibina Di Atas Platform BMA

Suhana Veru

Kongsi melalui

Geely Auto memperkenalkan Emgrand sedan generasi keempat yang merupakan siri pertama  dibina di atas platform B-Segment Modular Architecture (BMA).





Ia pernah membuat penampilan sulungnya kira-kira 12 tahun lalu.


Emgrand ialah sedan paling popular selama sembilan tahun berturut-turut di negara itu dengan mencatatkan jualan lebih 3.25 juta unit.





Model generasi baharu kali ini masih mengekal konsep sedan mesra bajet yang didatangkan dengan rekabentuk moden dan dalaman berteknologi tinggi.


Sebaliknya, model terbaharu ini merangkumi kerangka yang lebih dinamik, lebih luas, keselesaannya telah dinaik taraf, pemanduan yang lebih baik, berkualiti tinggi selain dilengkapi dengan teknologi terkini Geely.





Emgrand memiliki dimensi panjang 4,638mm, lebar 1,820mm dan tinggi 1,460mm.


Bahagian luarannya dilihat menonjolkan signatur Geely iaitu grill cosmos.






Menjengah bahagian dalamannya pula, terdapat satu konsol tengah, kluster instrumen digital 12.3 inci, panel infotainmen skrin sentuh 10.25 inci, Ekosistem Pintar GKUI Geely, bantuan suara AI, sistem penulenan udara CN95 dan tempat penyimpanan tiga dimensi dua lapisan.


Selain itu, ia juga dilengkapi dengan kamera papar keliling 540 darjah dan perakam pemanduan ultra definisi tinggi (UHD) untuk varian tertinggi.






Kenderaan ini juga disambungkan dengan Ekosistem Pintar Geely menerusi sokongan wayarles secara atas talian (OTA).


Platform BMA juga telah meningkatkan prestasi kesenyapan (NVH) kabin kenderaan itu.


Di bawah hud, ia dijana dengan enjin 1.5 liter empat silinder DVVT yang sekali gus mampu menghamburkan 84kW dan tork 147 Nm.


Ia dipadankan dengan transmisi lima kelajuan manual atau transmisi automatic CVT generasi terbaharu.


Model Emgrand terbaharu ini dihasilkan di kilang Geely yang terletak di Changxiang, China .


Gallery

Tag:

Geely Auto
Geely Emgrand
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

07-07-2025
Berita Auto
Global
Berita Auto
Berita Auto
Global

13-07-2022
Global

08-06-2022

Berita Terkini

Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888

Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut

Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Kia ‘Gegar’ MITEC, Tayang Kia K4 GT-Line & Trio EV Canggih

Bukan Biasa-Biasa! Kia Mengganas di KLIMS 2026 Bawa Masuk 4 Model Global Sekaligus.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Zeekr ‘Mengganas’ di Malaysia, Dedah Zeekr 009 Grand, 9X: RM600K-RM800k

Zeekr Malaysia dedah Dua Model Ultra-Mewah: Zeekr 009 Grand dan Zeekr 9X.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Legenda Kini Kembali! Honda Prelude Serba Baharu Rasmi Di Malaysia, Ada DNA Type R, Harga RM278k

Lupakan Sekejap Civic, Honda Prelude Generasi Ke-6 Dah Tiba Di Malaysia! Apa Yang Best Sangat?

12-06-2026
Kereta Baru

Jangan Beli SUV Kompak Dulu! Ini 3 Pertaruhan Baharu Suzuki di Malaysia Yang Sedia Gugat Pasaran

Naza Eastern Motors Kembangkan Rangkaian Suzuki: Tiga Varian Baharu SUV Gaya Hidup Kini Tiba.

05-06-2026
Kereta Baru

Bukan Biasa-Biasa! Ford Everest Platinum 3.0L V6 Kini Di Malaysia, SUV Paling Berkuasa Dalam Kelasnya

Ford Peluas Rangkaian Everest Di Malaysia: Tiga Varian Baharu, Tawaran 'Early Bird' Menanti Pembeli Jun.

05-06-2026
Kereta Baru

BYD Atto 3 Rasmi Di Malaysia: Harga Bermula RM125,800, Ada Dua Varian

Jangan Terlepas! 500 Pelanggan Pertama BYD Atto 3 Terima Diskaun Overtrade RM10,000 & Wallbox Percuma.

05-06-2026