Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pameran Interaktif Teknologi Inovatif EV, Kia360 Kini Dibuka Di Korea

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Kia Corporation baru-baru ini telah mengumumkan pembukaan semula pameran awam pertama, Kia360 di selatan Seoul, Korea.




Langkah yang diambil ini diilhamkan daripada strategi baharu Kia, 'Empowering customers with its inspiring movements.' Bangunan istimewa ini pada mulanya dibuka pada tahun 2017 sebagai BEAT360.

 

Di dalam tapak yang berkeluasan 1,900 meter persegi ini, pelanggan dapat mendalami misi dan visi syarikat melalui aktiviti interaktif, komunikasi dan empati.

 

"Kia360 merupakan sebuah lokasi yang menjelaskan misi jenama baharu Kia: Menyediakan ruang dan masa yang dapat memberi inspirasi kepada pelanggan untuk merealisasikan idea mereka," ujar Naib Presiden Kanan dan Ketua Jenama Global serta Bahagian Pengalaman Pelanggan Kia, Artur Martins.  




"Kami menjemput pengunjung untuk membenamkan diri dalam paparan interaktif dan komunikatif Kia360 serta melihat arah tuju baharu Kia dalam menyediakan penyelesaian mobiliti yang bersih, lestari dan bergaya."

 

Warna yang mewakili jenama baharu iaitu Midnight Black dan Polar White turut digunakan sebagai warna cat bangunan. 

 




Sementara itu, mengenai bahagian dalam bangunan pula, terdapat tiga zon yang bersambungan antara satu sama lain iaitu Zon Jenama & Rekaan (Brand & Design Zone), Zon Kehidupan EV (EV Life Zone) dan Zon Pengguna Kia (Kia User Zone).

 

Brand & Design Zone diwujudkan untuk mempamerkan "DNA" Kia di bawah nama dan juga strategi baharu.  Zon ini menampilkan tiga ruang bertema: "New Journey" (pameran kenderaan keluaran Kia); "Inspiring Universe" (pengunjung boleh mendapatkan inspirasi melalui kandungan media digital interaktif); dan "Opposites United" (pengunjung boleh mendalami falsafah reka bentuk Kia yang terkini, 'Opposites United' melalui seni media berkonsepkan 'kontra' dipamerkan). 

 

Seterusnya, EV Life Zone iaitu ruangan untuk pengunjung mendapatkan lebih banyak informasi tentang perancangan masa depan kenderaan dalam era elektrifikasi.  Zon ini menampilkan sudut-sudut seperti EV Charge (informasi berkaitan kenderaan elektrik termasuklah pengecas untuk sebuah model EV); EV Ride (permainan hoverboard  di mana pengunjung akan menempuhi litar maya yang dipaparkan melalui skrin LED); dan Connected House (kabin yang boleh dimasuk pengunjung untuk membayangkan masa depan mobiliti melalui penggunaan sensor pengesan pergerakan). 

 

Zon yang seterusnya ialah Kia User Zone yang dibina untuk menyalurkan pelbagai jenis informasi penting berkenaan pemanduan, termasuklah khidmat konsultansi khas untuk pengunjung yang sedang mempertimbangkan untuk membeli produk Kia.  Dalam zon ini, pengunjung boleh membuat pilihan kenderaan melalui konfigurator 3D digital dan mendapatkan nasihat daripada wakil jualan Kia. 





Turut terdapat di sini ialah zon yang dinamakan "EV Tap & Tip" yang diwujudkan khas untuk memberikan pelbagai informasi berkenaan kenderaan elektrik dan maklumat kerjasama-kerjasama Kia dengan syarikat lain.  Selain itu, sudut "AI Space" pula membolehkan pengunjung merasai sendiri pelbagai sistem bantuan pemandu (ADAS) yang digunakan pada kenderaan Kia secara maya.





Disebabkan pandemik, pengunjung akan menerima informasi secara umum tentang Kia360 daripada kiosk digital dan juga panduan lokasi melalui kod QR dalam telefon pintar masing-masing.

 

Kia merancang untuk terus membangunkan Kia360 dan kandungan interaktifnya di masa hadapan dengan mempelbagaikan lagi pameran berorientasikan pelanggan dan juga pengalaman-produk.

 




Gallery

Tag:

Kia Corporation
Kia360
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Kia Corporation Jadikan Burj Khalifa Sebagai Iklan Digital Gergasi

Kia Corporation Jadikan Burj Khalifa Sebagai Iklan Digital Gergasi

Kia Corporation nampaknya mengikut jejak Porsche apabila membuat keputusan untuk menjadikan bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa bagi mengiklankan jenama baharu syarikat itu.

14-06-2021
Berita Auto
Kia Dedahkan Imej Pertama EV6 & Falsafah Di Sebalik Rekaannya

Kia Dedahkan Imej Pertama EV6 & Falsafah Di Sebalik Rekaannya

Kia Corporation baru-baru ini telah mendedahkan imej pertama reka bentuk luaran dan dalaman EV6, kereta elektrik bateri (BEV) pertama Kia.

14-04-2021

Berita Terkini

Berita Auto
Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto
Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto
ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026