Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lamborghini Hilang Kawalan, Turut Rempuh Beberapa Kenderaan Lain.

Suhana Veru

Kongsi melalui

Seorang wanita berasa seolah-olah diberikan nyawa kedua apabila kereta yang dipandu secara tenang, tiba-tiba dirempuh sebuah Lamborghini jenis Superleggera dari arah belakang di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur semalam.

Tidak dapat bayangkan perasaan pemandu Proton Perdana yang berusia  53 tahun itu apabila kereta Perdananya dirempuh menyebabkan ia terangkat sebelum terbalik dan tersadai di tepi jalan. 


Punca kejadian berjaya dirakam dashcam seorang pemandu yang berada betul-betul di belakang Perdana sebelum deruman Lamborghini jelas dapat didengar menerusi video itu.

Klip video yang tersebar di internet itu menunjukkan Lamborghini yang dipandu laju dilihat menghimpit lorong kanan sebelum merempuh kereta Perdana berkenaan.

Kereta mewah itu turut merempuh beberapa lagi kenderaan di hadapannya antaranya kenderaan jenis Mazda, Nissan Serena dan Ford Ranger 2.0.



Kejadian itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh.

Kemalangan itu dikatakan berlaku gara-gara pemandu Lamborghini yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menghala ke Bulatan Pahang terkejut besar apabila melihat deretan kenderaan yang berhenti akibat kesesakan lalulintas.


“Panik dengan keadaan itu, pemandu Lamborghini dikatakan gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh Perdana itu sehingga menyebabkan ia terbalik,” katanya.

Bagaimanapun, saringan ujian air kencing dan alkohol yang dilakukan terhadap pemandu Lamborghini didapati negatif manakala, tiga pemandu kereta Mazda, Serena dan Ford Ranger telah hadir membuat laporan polis.


Sudah pasti, mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai nasib pemandu Perdana dan Lamborghini itu.

Mujur, kedua-dua pemandu itu termasuk pemandu kenderaan lain yang terlibat dalam kemalangan berkenaan hanya mengalami cedera ringan dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.


Sesungguhnya kemalangan tidak berbau. Semoga semua mangsa cepat sembuh!

Kes kini disiasat  mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Tag:

Proton Perdana
lamborghini
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Imej Render Proton Perdana: Jika Muncul Semula, Mampukah Proton Perdana Bertahan Di Pasaran?

Theottle tampil dengan lakaran terbaharu Proton berdasarkan model pesaing baharu Geely.

09-06-2025
Global

Ini Dia Geely A7 EM-i PHEV Segmen-D, Adakah Ini Mungkin Proton Perdana Seterusnya?

Geely telah memperkenalkan sebuah sedan segmen-D elektrik baharu untuk pasaran domestiknya, baru-baru ini.

06-06-2025
Berita Auto

Temui Ajal Selepas Beraya

Tiga sekawan ditemui rentung apabila kereta yang dinaiki mereka merempuh sebuah lori sampah.

14-11-2023
Berita Auto

Semoga Anaknya Kuat

Suami isteri maut selepas hantar anak daftar kolej Matrikulasi.

11-07-2023
Berita Auto

YouTuber Ini Terjumpa Koleksi Kereta Klasik Bernilai Lebih RM5 Juta! Ada Proton Perdana?

Koleksi mencecah £1 juta (RM 5.16 juta)! Itulah nilai kesemua kereta yang ditemukan dua orang YouTuber.

06-09-2022
Berita Auto

Pandu Melulu, Kereta Kena Sita

Polis mengesahkan sudah mengambil keterangan lima pemandu Lamborghini yang memandu secara melulu.

31-07-2023
Global

Angkara Pandu Laju, Pemilik "Putih Mata" Lamborghini Aventador Baru Beli Remuk Teruk

Lamborghini yang baru dibeli terlibat dalam kemalangan.

10-11-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026