Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ferrari Portofino M Dirasmikan Di Malaysia!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Naza Italia, pengimport dan pengedar rasmi Ferrari di Malaysia baru-baru ini telah melancarkan Ferrari Portofino M untuk pasaran negara.  Model ini pertama kalinya diperkenalkan secara dalam talian pada bulan September 2020. 





Kalau anda tertanya-tanya, huruf 'M' dalam nama kereta ini membawa maksud ‘Modificata’. Bagi jenama Ferrari, ‘Modificata’ adalah merujuk kepada kereta-kereta yang telah melalui proses evolusi yang meningkatkan prestasi kereta.

 

"Cabaran dan sekatan yang berterusan di negara kita telah menyebabkan kelewatan yang tidak dapat dielakkan dalam rancangan pelancaran, jadi kami sangat berbesar hati kerana akhirnya mendapat peluang untuk memperkenalkan Ferrari Portofino M kepada pasaran tempatan untuk menyertai barisan kereta lain Ferrari Malaysia.





Pelanggan kami telah pun menunjukkan minat terhadap model versatil ini dan telah lama menantikan evolusi yang sempurna Portofino," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Automotive Group, Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, Dato’ Nik Hamdam Nik Hassan.

 

Enjin yang digunakan ialah enjin turbo berkembar V8 3.9L yang boleh menghamburkan kuasa mencecah 611 hp (peningkatan sebanyak 19 hp berbanding Ferrari Portofino) pada 5,750 ke 7,500 rpm dan 760 Nm tork pada 3,000 ke 5,750 rpm.






Kuasa disalurkan melalui transmisi 8 kelajuan, dengan  nisbah tukaran gear lebih panjang dan juga gear undur mekanikal.  Portofino M boleh memecut daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 3.45 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 320 km/j. 

 

Ciri luaran yang menarik pada kereta ini ialah bampar depannya yang dipasangkan dengan gril yang diberikan pembaharuan. Bahagian lain yang turut diberikan sentuhan lebih segar ialah bampar belakang, peresap belakang dan juga rim. 










Bergerak ke bahagian dalam kereta, bahagian-bahagian yang menarik ialah struktur papan pemuka multi-level, pengudaraan tiga tahap untuk tempat duduk, serta pemanas leher (neck warmer) dengan tiga tahap kepanasan. 





Human-Machine Interface (HMI) Portofino terletak di bahagian tengah kluster digital iaitu pada dua paparan TFT yang terletak di sebelah kaunter rev.

 

Sistem infotainmen kereta ini adalah merangkumi skrin kapasitif multi-sentuh HD sepenuhnya dengan Split View yang boleh disambungkan dengan Apple Carplay dan Android Auto.

 

Anda juga boleh memilih untuk mendapatkan pemasangan skrin 7 inci berwarna yang HD sepenuhnya dan Full Touch pada papan pemuka bagi penumpang di sebelah.  Paparan  ini disambungkan secara terus kepada skrin utama dan memberikan informasi sama berkaitan kelajuan kereta, rpm dan juga gear yang sedang digunakan. 

 

Berkenaan ciri keselamatannya, Ferrari Portofino M didatangkan dengan sistem bantuan pemandu canggih (ADAS) yang merangkumi Kawalan Penjelajahan Adaptif dengan fungsi Stop&Go, Sistem Brek Kecemasan Prediktif, Pemantauan Titik Buta, Amaran Keluar Lorong, Lampu Suluh Tinggi Automatik, Pengecaman Tanda Lalu Lintas, paparan pandangan 3D dan keliling dan Amaran Lintasan Trafik Belakang.

 




Untuk maklumat yang lebih terperinci mengenai Ferrari Portofino M, layari Facebook rasmi Ferrari Malaysia.

Gallery

Tag:

Ferrari Portofino M
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

51 Kereta Musnah, Bengkel Kereta Terbakar

Sebanyak 51 buah kenderaan dilaporkan musnah dalam kebakaran melibatkan sebuah bengkel servis dan cat kenderaan.

07-01-2026
Berita Auto

Harga Minyak Turun, RON97 & Diesel Lebih Murah Mulai 8 Januari

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 8 Januari hingga 14 Januari depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

07-01-2026
Berita Auto

Lelaki Tayang Saman Panjang Tular Di Media Sosial, Ini Pula Jawapan JPJ!

Seorang lelaki menjadi bahan bualan hangat di media sosial apabila dia menunjukkan surat saman daripada Jabatan Pengangkutan Jalan di Melaka, semalam.

07-01-2026
Berita Auto

PRASARANA Rekod 1.63 juta penumpang pada 2025, Antara Paling Tinggi Dalam Sejarah Prasarana

PRASARANA mencatatkan rekod jumlah perjalanan penumpang harian tertinggi dalam sejarah penubuhannya sebanyak 1.63 juta pada 31 Disember 2025.

07-01-2026
Berita Auto

Ini Dia Mitsubishi Pajero Gen Kelima, Masih Samar

Imej teaser Mitsubishi Pajero disiarkan, baru-baru ini.

07-01-2026
Berita Auto

Video Teaser Sudah Dibelanja, Petanda Pelancaran Jaecoo J5 Semakin Hampir

Omoda | Jaecoo Malaysia menyiarkan video teaser yang menunjukkan Jaecoo J5, di halaman Facebook rasminya, beberapa jam lalu.

06-01-2026
Berita Auto

Chery Bikin Comeback Di Malaysia, Akhirnya Berjaya Tawan Hati Orang Malaysia, 30,073 Unit Terjual!

Chery Malaysia mencatatkan pencapaian yang membanggakan apabila merekodkan jualan kumulatif sebanyak 30,073 unit sejak tahun 2023.

06-01-2026
Berita Auto

Proton X70 MC3 2026 Bakal Dilancarkan 8 Jan Ini, Apa Yang Baharu Kali Ini?

Proton X70 MC3 2026 bakal dilancarkan 8 Januari ini.

06-01-2026