Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Mercedes-Benz EQS 450+ & 580 4MATIC Ada Fungsi OTA?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Mercedes-EQ telah mengumumkan penjualan dua model terkini keluaran mereka yang merupakan kereta saloon (sedan) mewah elektrik sepenuhnya. Sebagai model pertama yang dibina berlandaskan platform Electric Vehicle Architecture (EVA), EQS dilengkapi pelbagai jenis teknologi dan fungsi yang menarik.


Dua buah model ini iaitu EQS 450+ dan EQS 580 4MATIC sudah mula dijual, dan kedua-duanya merupakan model pertama yang ditawarkan dengan fungsi over-the-air (OTA). Sebagai model saloon, EQS memiliki bentuk profil yang lebar dan rendah, menyerlahkan ciri aerodinamik kereta yang dikatakan sebagai antara yang terbaik di dunia. Model ini juga merupakan kereta pertama di dunia dengan nilai Cd (coefficient of drag) bermula daripada 0.20.

 

Terdapat tiga jenis trim luaran: standard, AMG Line dan juga Electric Art. Selain itu, trim terhad, Edition 1 turut ditawarkan. Untuk trim ini, ia menampilkan gaya AMG Line dengan rim bersaiz 21 inci dan juga gabungan warna yang istimewa untuk kabin dalaman. 


Bercakap mengenai teknologi kereta, ciri menarik model ini ialah paparan MBUX Hyperscreen: berkelebaran 141 cm, di samping paparan instrumen bersaiz 12.3 inci dan skrin sentuh OLED tengah 17.7 inci. Terdapat skrin khas untuk penumpang tempat duduk depan iaitu skrin OLED 12.3 inci. Namun begitu, ciri ini tidak didatangkan secara standard, caj tambahan dikenakan dalam kira-kira €8,600 (RM37,705).


Untuk penumpang di barisan kedua, terdapat dua buah skrin bersaiz 11.6 inci yang diletakkan pada badan kerusi depan dan juga sebuah tablet. Dari segi audio, kereta dipasangkan dengan sistem audio Burmester 710 watt, 15 speaker bersama dua pilihan soundscape. 

 

Ciri menarik lain ialah pengemudian gandar belakang, INTELLIGENT PARK PILOT dan juga ciri ENERGIZING AIR CONTROL Plus. Kesemua ciri ini dapat memberikan keselesaan maksimum kepada pemandu di sepanjang perjalanan. 

 

Dari segi prestasi, EQS 450+ memiliki kuasa sebanyak 245 kW dengan kemampuan pecutan daripada 0-100 km/j dalam masa 6.2 saat, dan 580 4MATIC pula memiliki kuasa sebanyak  385 kW dengan kuasa pecutan sepantas 4.3 saat.  Kedua-dua model ini memiliki kelajuan maksimum yang sama iaitu kira-kira 210 km/j.

 

Antara yang terbaharu dalam Mercedes me Store ialah pengaktifan fungsi OTA, dua mod pemanduan istimewa dan juga 'highlight mode' yang turut didatangkan dengan pembantu suara. 

 

Pakej bundle ditawarkan: Advanced, Advanced Plus, Premium dan Premium Plus dengan harga bermula daripada €2082 (RM10,230) ke €14,994 (RM73,979). EQS 450+ mula dijual pada harga  €106.374.10  dan ESQ 580 4MATIC bermula daripada €135,529.10.

Tag:

mercedes eq
Mercedes-Benz EQS
EQS 450
EQS 580 4MATIC
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

EV Pertama Mercedes-Benz: 190 hp, Harga 278K

Buat julung kalinya,Mercedes-Benz melancarkan model kereta elektrik pertamanya, EQA 250 AMG Line ke pasaran Malaysia.

10-03-2022
Tips

Ini Yang Anda Patut Tahu Tentang Waranti EV

Mungkin ramai yang tidak mengendahkan mengenai waranti EV, jadi kami memberi sedikit tips untuk anda!

21-12-2023
Kereta Baru

Mercedes-Benz EQS 450+ 2022 Dilancarkan, Dari RM686K!

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan Mercedes-Benz EQS 2022

22-07-2022
Kereta Baru

Mercedes-Benz EQS 450+ 2022 Dilancarkan, Dari RM686K!

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan Mercedes-Benz EQS 2022

22-07-2022
EV

EVM Asia 2023: SUV Mercedes-Benz EQS Dipamerkan Di Ruang Pameran ABB

SUV Mercedes-Benz EQS kini dipamerkan di acara EVM Asia 2023. Ini segala ciri yang dapat kami perhatikan.

20-09-2023
EV

Mercedes-Benz EQ EV Ditayang Dalam Perarakan Merdeka

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) baru sahaja mengeluarkan imej teaser EQ mereka.

31-08-2023
Berita Auto

Sah: Model EQ CKD Sedang Dalam Pembikinan

MBM sedang mula melakukan proses lokalisasi model EQ

09-01-2023
EV

Mercedes-Benz EQB 350 4Matic Dan EQC 400 4Matic Bakal Masuki Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Mercedes-Benz Malaysia telah mendedahkan tiga model baharu termasuk EQB dan EQC.

24-07-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Proton X70 Terbabas, Wanita Putus Kaki

Lagi kemalangan di LPT2.

06-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini

Tiket Serendah RM11.40 Sehari: Lubuk EV Terbesar Malaysia Kini di KLIMS 2026!

03-06-2026
Berita Auto

XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000

XPENG X9 2025: MPV Mewah Dengan Ganjaran Hebat MEGA X9 REWARDS.

03-06-2026
Berita Auto

Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.

03-06-2026
Berita Auto

Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...

03-06-2026
Berita Auto

JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.

03-06-2026
Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Berita Auto

Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.

01-06-2026