Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Jentera Ini Bakal Menjengah Pasaran AS!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Pengeluar kereta terkemuka Jepun, Nissan Motor Co. Ltd., menayangkan kereta sports Nissan Z yang merupakan versi pasaran Amerika Syarikat (AS)  di Bandar Raya New York, AS pada bulan lalu.


Generasi ketujuh Z dijangka akan mula dijual di AS pada suku kedua tahun hadapan.

Menyingkap sejarah yang sudah melangkaui lebih 50 tahun, Nissan Z dikatakan berjaya dijual lebih 1.8 juta unit di seluruh dunia.

Jualan ini menjadikan ia merupakan salah sebuah kereta sporty yang paling laris dijual secara global.


“Menerusi Nissan Z, kami membawakan reka bentuk kereta sports terkini selain prestasi enjin yang berkuasa tinggi,” kata Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Prestasi, Ashwani Gupta dalam satu kenyataan. 

Nissan Z serba baharu ini didapati dalam dua varian dan satu lagi ialah varian edisi terhad – Sport Prestasi dan model Nissan Z Proto Spec ini hanya dihadkan kepada 240 unit.


Kesemua tiga varian ini dikuasakan oleh enjin 3 liter V6  turbo berkembar dimana ia mampu menghamburkan 400 kuasa kuda dan tork 475Nm pada takat 5,600 rpm.

Enjin itu turut dipadankan dengan transmisi manual 6-kelajuan atau transmisi automatik 9-kelajuan dengan pedal syif.


Kesemua transmisi didatangkan dengan sistem kawalan bantuan pelancar dimana ia memberikan pecutan yang agak lancar.

Untuk makluman anda, terdapat dua mod pemanduan iaitu Standard dan Sport.  Bagaimanapun, mod ini dikatakan hanya didapati untuk transmisi automatik.

Malah, terdapat juga driveshaft komposit fiber karbon dan downshift rev yang hanya didapati untuk transmisi manual, perbezaan slip jenis klac, lampu hadapan LED dan lampu belakang LED 3D signatur.

Ia turut digabungkan dengan ciri moden seperti spoiler belakang, skrin sentuh 8-inci , tiga analog, kluster instrumen bersaiz 12.3 inci, rim aloi bersaiz 18 atau 19 inci, upholsteri kulit.


Nissan Z juga didapati dalam tiga warna monoton dan enam warna dua ton termasuk dua warna baharu, Biru Seiran, Kuning Ikazuchi.

Kedua-dua ini hadir dengan bumbung berwarna Super Black.

Ia juga digandingkan tiga warna di ruang dalaman iaitu graphite, merah dan biru. Model Proto Spec juga bercirikan kuning aksen di kesemua bahagian kabinnya.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai harga jentera ini.

Namun ketika sidang akhbar, harga jentera ini masih belum didedahkan.

Menurut beberapa akhbar tempatan, harga jentera ini akan diumumkan selewat-lewatnya tahun hadapan.



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Kereta Baru
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026