- Berita
- Kereta Baru
- Lucid Air Dream Edition Cecah Jarak 832KM Sekali Cas! Memang Power!
Lucid Air Dream Edition Cecah Jarak 832KM Sekali Cas! Memang Power!
Semasa kehadiran Lucid Air Dream Edition diumumkan tidak lama dahulu, hanya satu spesifikasi yang didedahkan kepada umum iaitu model 1080 hp dengan jarak perjalanan sejauh 809 km. Namun sebenarnya, Dream Edition hadir dengan dua buah model, Range dan Performance.

Seperti nama yang diberikan, varian Range memiliki jarak perjalanan maksimum yang tinggi dengan hanya satu kali cas yang penuh, manakala Performance pula memiliki kuasa yang lebih tinggi. Range mempunyai kuasa mencecah 993 hp dan boleh mencapai jarak perjalanan sehingga 804 km, namun syarikat percaya bahawa EPA varian ini memiliki kemampuan untuk mencapai jarak sehingga 832 km. Sementara itu, varian Performance memiliki kuasa sebanyak 1,111 hp dan boleh mencapai jarak sejauh 764 km. Kedua-dua varian memiliki kuasa tujahan yang sama iaitu 999 Nm.

Lucid memaklumkan bahawa Range mampu melakukan pecutan daripada 0 ke 100 km/j dalam hanya 2.7 saat, manakala Performance pula mencatatkan masa 0.2 saat lebih pantas berbanding Range. Kedua-duanya menggunakan tayar Pirelli P Zero namun datang dengan saiz rim yang berbeza. Performance hadir dengan rim bersaiz 21 inci, manakala Range pula rim bersaiz 19 inci.

Buat masa ini, harga bagi kedua-dua varian adalah sama iaitu USD169,000.
Lucid Air Dream Edition dijadualkan akan dihantar kepada pembeli pada penghujung tahun ini. Sementara itu, model Grand Touring pula dikhabarkan akan membuat kehadiran tidak lama lagi.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

