- Berita
- Kereta Baru
- Mampu Cecah 497 KM! SUV Elektrik Volkswagen ID.5 GTX Bakal Dijual Tahun Depan
Mampu Cecah 497 KM! SUV Elektrik Volkswagen ID.5 GTX Bakal Dijual Tahun Depan
Pertama kali diperlihatkan kepada umum ketika IAA Munich Motor Show 2021, SUV elektrik pertama daripada Volkswagen dengan reka bentuk sebuah coupe, ID.5 GTX ini bakal memasuki dunia sebenar tidak lama lagi. Volkswagen ID.5 GTX merupakan model pertama yang dibina berlandaskan sistem e-drive modular, Modular Electric Drive Matrix (MEB).

Sebagai sebuah model versi coupe, SUV ini tampil elegan dengan garisan bumbung yang berakhir pada spoiler bersepadu di bahagian belakang, lampu depan matriks LED IQ.Light, elemen sarang lebah beriluminasi, garis memanjang yang menonjolkan kelebaran kereta dan juga LED rekaan 3D yang menyempurnakan sudut pandangan belakang.

Menggunakan sistem MEB, ID.5 dikuasakan oleh sistem pacuan semua roda dua motor, dengan motor elektrik untuk membantu operasi kedua-dua gandar depan dan belakang. Bateri lithium-ion bersaiz besar diletakkan antara dua buah gandar ini memberikan kuasa kepada kereta untuk menempuhi perjalanan sejauh 497 km setiap kali dicas penuh.

ID.5 GTX ialah sebuah kenderaan yang canggih, dengan sistem yang boleh dikemas kini secara OTA (over-the-air) serta lengkap dengan teknologi Car2X.
Crossover elektrik ini dijangka akan tiba dalam tangan pengedar-pengedar Volkswagen pada tahun depan.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

