Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Porsche Meraikan 50 Tahun R&D Di Weissach Dengan Pameran Inovatif

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Muzium Porsche di  Zuffenhausen menyambut tahun ke-50 penubuhan pusat penyelidikan dan pembangunan Porsche yang berlokasi di Weissach, Jerman dengan sebuah pameran khas.

 

Pameran yang dinamakan ‘50 Years of Porsche Development at Weissach’ ini diadakan di lokasi berkeluasan 100 hektar yang terkenal sebagai tempat 'kelahiran' jenama kereta sport, Porsche.



"Kereta sport untuk kegunaan jalan raya dan juga perlumbaan ini telah dikembangkan di Weissach selama setengah abad.  Impian telah direka, dihasilkan dan diuji di sini, di tengah sebuah desa yang indah," ujar Pengarah Muzium & Warisan Porsche, Achim Stejskal.

 

Dibuka buat pertama kalinya pada tahun 1971, Weissach Development Centre Porsche telah lama sinonim dengan teknologi yang canggih, semangat yang tinggi, kemahiran kejuruteraannya dan juga inovasinya.


Ia (Weissach) juga merupakan 'rumah' bagi rekaan dan juga permotoran Porsche, termasuklah (sebagai lokasi) rig ujian dan litar ujian syarikat.

 

Porsche telah memilih Weissach sebagai hab mereka pada tahun 1960 selepas pelumba, Herbert Linge, yang pada ketika itu bekerja dengan Porsche, terlihat sebidang tanah yang luas di Weissach dan Flacht.

 

Setahun setengah selepas penemuan ini, majlis pecah tanah telah diadakan. Pada tahun 1962, sebuah litar ujian dibina. Seterusnya iaitu sembilan tahun kemudian, Pusat Penyelidikan dan Pembangunan diwujudkan.

 

Pameran yang diadakan ini sangat inovatif kerana menggunakan elemen Realiti Terimbuh (AR) yang membolehkan pengunjung tenggelam dalam pelbagai topik dan melihat pencapaian-pencapaian Porsche sepanjang lima dekad ini.

 

Pameran ini diwujudkan bagi meraikan pelbagai jabatan berbeza yang terdapat di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan, Weissach. Antara zon-zon yang ada ialah 'first steps', 'test rig and wind tunnel', 'Porsche Engineering', 'design', 'motorsport' dan 'centre.'

 

Untuk zon yang dinamakan 'first steps', pengunjung dapat menyaksikan sejarah Pusat Pembangunan dan juga saat-saat ketika majlis pecah tanah diadakan pada tahun 1961.


Di sini juga, orang ramai dapat melihat beberapa buah model,  sebagai contoh bas yang digunakan oleh bomba Weissach pada tahun 1972.

 

Dalam zon 'test rig', bahagian ini dimulakan dengan 'wind tunnel' atau terowong angin. Ia memaparkan bagaimana Porsche menguji dan membangunkan semua aspek kereta, contohnya, material baharu, kunci dan keselamatan.


Zon-zon lain iaitu design, Porsche Engineering dan motorsport mendedahkan pelbagai info menarik, kenderaan dan juga inovasi.

 

Kesemua zon ini boleh diteroka dengan menggunakan software AR dan iPad.


Sekiranya anda berpeluang untuk ke negara ini, jangan lepaskan peluang bagi melawati pameran khas Porsche yang berlangsung daripada 10 Ogos hinggalah 5 Disember, 2021 nanti.

Gallery

Tag:

: Porsche
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Teknologi

26-02-2023
Global

20-07-2022
EV

20-07-2022
Berita Auto

Porsche Cayenne Adalah Model Pertama Pemasangan Tempatan

Kilang pemasangan kereta sport Porsche di Kulim, Kedah

29-03-2022
Berita Auto

Kapal Kargo Yang Membawa Kereta Mewah Itu Diselubungi Asap Tebal

Kapal kargo yang membawa kira-kira 4.000 kenderaan termasuk Porsche, Audi dan Bentley, terbakar di kawasan perairan berhampiran Azores di Itali.

22-02-2022
Berita Auto

Porsche Labur Dalam Cetakan 3D, Ini Sebabnya...

Porsche bercadang untuk memperkembang perniagaan melalui pembabitan dalam dunia pembuatan.

17-02-2022
Berita Auto

03-02-2022
Berita Auto

03-02-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026