Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

'Keturunan' Countach Sepanjang 50 Tahun Ini Dipamerkan Di Acara Concours d’Elegance

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Sambutan ke-50 tahun Lamborghini Countach telah diraikan semasa acara Concours d’Elegance yang ke-70 di Pebble Beach, California.

 

Presiden dan juga Ketua Pengarah Eksekutif Automobili Lamborghini,  Stephan Winkelmann berkata, "Countach memberi definisi baharu dalam sektor kereta berprestasi tinggi, dan telah menjadi gambaran ikonik kepada ciri gayaan kereta yang sehingga kini masih menjadi panduan kepada penghasilan Lamborghini kontemporari. Pebble Beach Concours merupakan latar yang sempurna untuk meraikan ulang tahun ke-50 kereta legenda ini."

Lapan Countach dipamerkan, enam daripadanya dibawa oleh pengumpul global dan dua lagi daripada Automobili Lamborghini sendiri iaitu Countach yang terawal dan terakhir yang pernah dikeluarkan. 

 

Sebut mengenai Countach terawal yang pernah dihasilkan, ia merupakan LP 400 dengan cesi bernombor 1120001 yang pertama kali didedahkan ketika Geneva Motor Show pada bulan Mac 1973.

 

Ini merupakan prototaip kedua yang dibina dan juga contoh pertama yang dihasilkan untuk siri LP 400, model inilah yang pertama sekali menggunakan gabungan hitam dan merah untuk ruang dalaman kereta.

Setelah digunakan dalam ujian pembangunan model dan ditampilkan dalam banyak majalah, ia telah dicatkan semula dengan warna yang digunakan sekarang iaitu warna ‘Verde Medio,' sementara bahagian dalaman pula menggunakan warna ‘Verde Chiaro.'

 

Cat ini digunakan sebelum Countach dipamerkan pada tahun yang sama ketika  Paris Motor Show, IAA di Frankfirt dan juga  Earls Court London Show.

 

Dijual tidak lama kemudian, ia kemudiannya terabai di dalam sebuah gudang di Switzerland selama beberapa tahun sebelum ditemui dan dibeli oleh Automobili Lamborghini pada tahun 2004. 

 

Sejak dari itu, ia telah dipamerkan di Lamborghini Museum of Technologies (MUDETEC) di Sant’Agata Bolognese.

 

Countach yang terakhir pula ialah model KLA12085 yang dikeluarkan pada 4 Julai 1990.

Didatangkan dari MUDETEC, kereta ini yang memiliki warna dalaman perak metalik dan balutan kulit kelabu, tidak pernah dijual dan kekal dimiliki oleh Automobili Lamborghini.

 

Selain kedua-dua buah kereta ini, terdapat enam lagi Countach lain yang merupakan koleksi peribadi pengumpul.

Countach yang dimaksudkan ialah dua buah LP 400 tahun 1976 dan sebuah dari tahun 1977, sebuah  LP 400 S 1981 dan dua buah siri LP 5000 Quattrovalvole, satu dikeluarkan pada tahun 1985 dan satu lagi pada tahun 1986.

 

Keluaran kelas pertama ialah Countach LP 400 S 1981 dengan nombor cesi 1121316. 

Kereta ini pada asalnya di jual di negara timur tengah, dalam warna yang unik iaitu ‘Verde Metallizzato’  yang digabungkan dengan warna khaki untuk ruang dalaman. Ianya kekal tidak berdaftar sehinggalah beberapa tahun kemudian dan dijual kepada peminat Countach di Sweden. 

 

Kemudian, kereta ini dipulihkan dengan teliti di Itali di mana ia turut telah dipamerkan di MUDETEC, Sant’Agata Bolognese.

 

Di tempat kedua ialah Countach LP 400 ‘Periscopio’ tahun 1976 dengan cesi bernombor 1120192. Ini merupakan salah satu daripada 152 unit 'Periscopio' yang pernah dihasilkan dan masih lagi dalam keadaan asal dengan warna kuning.

Dijual di Itali pada bulan Ogos 1976 sebagai sebuah kereta baharu, ia kemudiannya dieksport ke Amerika Syarikat dan dibeli oleh seorang peminat dari Chicago.

 

Terdapat perkhabaran bahawa pemilik pertama menganggap kereta ini sebagai seni dan menyimpannya di ruang tamu rumah beliau selama 14 tahun sebelum menjualkannya kembali kepada pengedar yang sama.

 

Pengedar tersebut kemudiannya mempamerkan kereta tersebut selama 14 tahun. Namun bermula dari tahun 2003, kehidupan kereta ini berubah kerana ia mula digunakan di jalan raya untuk tujuan-tujuan tertentu. 

 

Ketiga ialah Countach 5000 Quattrovalvole 1985 dengan cesi bernombor ZA95005AOFLA12820 yang memiliki warna badan ‘Rosso Siviglia.' Bahagian dalam kereta ini pula menggunakan warna Champagne dan juga Marrone Testa di Moro’ untuk bahagian papan pemuka.

Produksi kereta ini dimulakan pada 30 Mei, 1985, dan digunakan bertahun lamanya di Itali oleh seorang pengguna yang menjaga kereta ini dengan baik kerana sentiasa memastikan ianya dihantar untuk mendapatkan servis pengeluar. 

 

Akhirnya pada tahun 2019, ia telah diimport ke Amerika Syarikat oleh Ajiuni dan dipamerkan dalam keadaan serba baharu selepas setiap inci kereta ini dipulihkan dengan teliti.

 

Selain semua kereta ini, turut dipamerkan di Pebble Beach Concours bagi menyertai barisan Countach yang lain ialah model terbaharu daripada Countach, Countach LPI 800-4.

 

Diinspirasikan oleh Countach LP 500 keluaran 1971, kereta hibrid 12 silinder ini dilengkapi superkapasitor dan boleh menghamburkan kuasa mencecah 814 hp.

 

Hanya 112 unit ditawarkan, prototaip Countach LPI 800-4  telah dibuat khas untuk memberikan sentuhan moden kepada model Countach yang dihasilkan 50 tahun yang lalu.

Pengerusi Pebble Beach Concours d'Elegance, Sandra Button menyimpulkan, "Kami berbesar hati kerana dapat menarik perhatian pelbagai kelas Countach. Kereta-kereta ini memainkan peranan yang penting dalam memberikan definisi gaya dan konsep teknikal kepada kereta sport moden.  Sukar untuk dipercayai bahawa barisan kereta Countach yang masih lagi dianggap canggih ini telah pun berusia 50 tahun."

Gallery

Tag:

Countach
Lamborghini Countach
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Sempena Ulang Tahun Countach Yang Ke-50, 10 Countach Dipamerkan

Sempena Ulang Tahun Countach Yang Ke-50, 10 Countach Dipamerkan

Hari Lamborghini Jepun 2021 meraikan ulang tahun model klasik ikonik, Countach yang ke-50 baru-baru ini.

13-01-2022
Berita Auto
Lamborghini Pamerkan 3 Model Supercar Terhebat Di Milan Design Week!

Lamborghini Pamerkan 3 Model Supercar Terhebat Di Milan Design Week!

Lamborghini telah membuat penampilan di Milano Design Week.

25-10-2021
Berita Auto
Pameran Lamborghini Countach Diadakan Di Muzium

Pameran Lamborghini Countach Diadakan Di Muzium

Automobii Lamborghini mempamerkan pameran bertajuk Lamborghini Countach: Future Is Our Legacy.

31-01-2022
Berita Auto
Sempena Ulang Tahun Countach Yang Ke-50, 10 Countach Dipamerkan

Sempena Ulang Tahun Countach Yang Ke-50, 10 Countach Dipamerkan

Hari Lamborghini Jepun 2021 meraikan ulang tahun model klasik ikonik, Countach yang ke-50 baru-baru ini.

13-01-2022

Berita Terkini

Berita Auto
Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto
Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto
Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto
Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto
Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima  ISO 50001:2018

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto
Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto
Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026