Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Lucid Air Dream Edition Cecah Jarak 832KM Sekali Cas! Memang Power!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Semasa kehadiran Lucid Air Dream Edition diumumkan tidak lama dahulu, hanya satu spesifikasi yang didedahkan kepada umum iaitu model 1080 hp dengan jarak perjalanan sejauh 809 km.  Namun sebenarnya, Dream Edition hadir dengan dua buah model, Range dan Performance. 


Seperti nama yang diberikan, varian Range memiliki jarak perjalanan maksimum yang tinggi dengan hanya satu kali cas yang penuh, manakala Performance pula memiliki kuasa yang lebih tinggi. Range mempunyai kuasa mencecah 993 hp dan boleh mencapai jarak perjalanan sehingga 804 km, namun syarikat percaya bahawa EPA varian ini memiliki kemampuan untuk mencapai jarak sehingga 832 km.  Sementara itu, varian Performance memiliki kuasa sebanyak 1,111 hp dan boleh mencapai jarak sejauh 764 km. Kedua-dua varian memiliki kuasa tujahan yang sama iaitu 999 Nm.  


Lucid memaklumkan bahawa Range mampu melakukan pecutan daripada 0 ke 100 km/j dalam hanya 2.7 saat, manakala Performance pula mencatatkan masa 0.2 saat lebih pantas berbanding Range.  Kedua-duanya menggunakan tayar Pirelli P Zero namun datang dengan saiz rim yang berbeza. Performance hadir  dengan rim bersaiz 21 inci, manakala Range pula rim bersaiz 19 inci.  


Buat masa ini, harga bagi kedua-dua varian adalah sama iaitu USD169,000.

Lucid Air Dream Edition dijadualkan akan dihantar kepada pembeli pada penghujung tahun ini. Sementara itu, model Grand Touring pula dikhabarkan akan membuat kehadiran tidak lama lagi.

Tag:

Lucid Air Dream Edition
Lucid
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026