- Berita
- Kereta Baru
- Mercedes-Benz C-Class All-Terrain: Menyerlah & Serba Boleh!
Mercedes-Benz baru-baru ini telah mendedahkan C-Class All-Terrain untuk tatapan ramai. Model ini bakal dilancarkan secara rasminya di International Motor Show, Munich bulan ini sebelum mula memasuki pasaran Eropah tidak lama lagi.

Antara ciri yang menarik perhatian ialah penggunaan gril radiator hadapan yang menonjol, bampar khas, skid plate depan dan belakang serta cladding plastik berwarna hitam pada arka roda.
"Lebih daripada 10.5 juta unit C-Class telah terjual sejak tahun 1982, menunjukkan betapa popular C-Class dalam kalangan pelanggan kami. Generasi terbaharu ini menunjukkan permulaan yang baik kerana menerima lebih daripada 50,000 tempahan dalam masa hanya tiga bulan. Dengan C-Class All Terrain, kami menambah varian terbaharu kepada barisan segmen yang berjaya ini bersama-sama dengan model lain iaitu Saloon dan Estate," ujar Ahli Lembaga Pengurusan Daimler AG dan Mercedes-Benz AG yang bertanggungjawab atas urusan jualan, Britta Seeger.

All-Terrain berdiri pada kepanjangan 4,755 mm, dengan kelebaran 1,841 mm dan ketinggian 1,494 mm. Jarak antara rodanya ialah 2,865 mm. Model ini memiliki kapasiti muatan antara 490 ke 1510 liter yang mana kerusi belakang untuk model Estate boleh dilipat dengan nisbah 40:20:40 serta lengkap dengan pintu but EASY-PACK secara standard.

Antara ciri menarik pada bahagian luar kereta ialah penggunaan gril radiator single-louvre dengan elemen kemasan berwarna krom, serta bampar depan berwarna hitam. Pelanggan boleh memilih sama ada ingin menggunakan rim eksklusif bersaiz 17 atau 19 inci.
Lampu depan berprestasi tinggi LED didatangkan secara standard, namun anda boleh juga memilih ciri tambahan lain iaitu sistem DIGITAL LIGHT yang terdapat pada S-Class.
Ciri luaran AVANTGARDE dapat dilihat pada penggunaan kemasan aluminium untuk garisan tengah badan kereta, cermin dan railing bumbung. Namun sekiranya anda mendapatkan Night Package, anda akan mendapat ciri tambahan lain (E-line, waistline, outside mirrors) dan elemen kemasan pada bahagian depan dan belakang (skid plate depan dan belakang, pelindung ambang muatan) berwarna hitam.
Kabin dalaman AVANTGARDE didatangkan secara standard untuk kesemua model All-Terrain. Pelanggan boleh memilih daripada tiga warna yang ditawarkan iaitu hitam, beige/hitam macchiato dan coklat/hitam sienna. Bagi skrin paparan pemandu, pelanggan diberikan pilihan sama ada ingin menggunakan versi 10.25 inci (26.0 cm) atau 12.3 inci (31.2 cm).
Tahukah anda bahawa konteks "Offroad" sebenarnya telah direka untuk All-Terrain? Ciri offroad yang dimaksudkan adalah merangkumi kecondongan stereng, koordinat geo dan kompas.


All-Terrain didatangkan dengan enam mod pemanduan iaitu ECO, COMFORT, SPORT, INDIVIDUAL, OFFROAD dan OFFROAD+ bersama dengan fungsi DSR (Downhill Speed Regulation).
Dengan pacuan semua roda 4MATIC yang didatangkan secara standard serta kapasiti menunda sebanyak 1800 kg, model ini mampu mengendalikan operasi sebuah treler. Yang menariknya, model ini juga menggunakan sistem transmisi automatik 9 kelajuan!
Pelanggan yang berminat juga boleh memilih sama ada model enjin petrol atau diesel. C 200 4MATIC All-Terrain didatangkan dengan enjin petrol 4 silinder baharu (M 254) bersama-sama starter-generator bersepadu generasi kedua (ISG) yang boleh memberikan kuasa sehingga 204 hp dan tujahan 300 Nm. Ini membolehkan kereta memecut daripada 0-100 km/j dalam masa 7.5 saat dan mencapai kelajuan maksimum pada 231 km/j.
Sementara itu, C 220 d 4MATIC All-Terrain pula dilengkapi dengan enjin diesel 4 silinder (OM 654 M) yang boleh menghamburkan kuasa sehingga 200 hp dengan tork 440 Nm. Kereta mampu membuat pecutan daripada 0-100 km/j dalam masa 7.8 saat dengan kelajuan tertinggi mencecah 231 km/j.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv