Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Bagi Meneruskan Legasi Dunia Permotoran, Lotus Melancarkan Emira GT4

Suhana Veru

Kongsi melalui

Sejak kelahirannya dalam dunia automotif lebih 70 tahun lalu, nama Lotus sememangnya tidak asing dalam sukan permotoron dan legasi itu diteruskan dengan kereta lumba, Lotus Emira GT4 serba baharu.

Kereta lumba, Emira GT4 ini dibangunkan dengan hasil kerjasama dengan Kumpulan Ray Mallock Ltd, sebuah syarikat kejuruteraan yang terlibat dalam sukan permotoran sejak 1980an

Ia menggunakan enjin V6 3.5 liter turbo yang mampu meningkatkan tekanan menerusi kit pengecas super  Harrop TVS1900 . 

Dilengkapi dengan rangkaian kuasa, jentera ini dipadankan dengan transmisi perlumbaan xTrac 6-kelajuan yang menggunakan sistem anjakan dayung shift.

Bagi membantu pengalaman pemanduan, pemandu boleh melihat semua maklumat penting melalui  Motec dengan memasuki data dan visual sukan permotoran. 

Emira ini juga menggabungkan ABS daripada Bosch yang digunakan oleh kaliper Alcon dan cakera brek.

Selain itu, ciri aerodinamiknya juga telah dipertingkatkan termasuk sayap belakang bersaiz besar yang boleh diselaraskan selain splitter hadapan.

Ia bertujuan untuk mendapatkan prestasi dinamik terbaik serta kestabilan pada kelajuan yang tinggi.

Penggunaan material komposit di bahagian luaran dan dalaman adalah bagi memastikan jentera ini menjadi  lebih ringan. Untuk makluman anda, jentera ini cuma seberat 1,260 kilogram.


Lotus Emira GT4 ini djangka akan berlumba di seluruh dunia menjelang tahun 2022. 

Emira GT4 akan dilancarkan secara rasmi akhir tahun ini di litar ujian Hethel yang merupakan lokasi utama untuk pembangunan dan ujian kereta-kereta keluaran Lotus.

Lotus berhasrat untuk meningkatkan pengeluarannya bermula tahun 2023 seiring dengan permintaan di seluruh dunia.

Gallery

Tag:

Lotus
Emira GT4
Lotus Emira GT4
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

08-12-2025
Global

06-06-2025
EV

04-04-2025
Global
Global

02-12-2024
Berita Auto

15-11-2024
Global

06-10-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Kelibat Mitsubishi XForce Dikesan Di Shah Alam, Maknanya Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi!

Mitsubishi XForce akhirnya telah selamat mendarat di Malaysia apabila beberapa imej menunjukkan SUV kompak segmen B itu diturunkan dari sebuah lori pengangkut di Shah Alam, Selangor.

05-01-2026
Kereta Baru

Volvo ES90 Bakal Dilancar Bulan Ini Tetapi ROI Sudah Dibuka!

Volvo Car Malaysia mengumumkan pihaknya sudah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk model terbaharunya, Volvo ES90.

02-01-2026
Kereta Baru

Ini Dia Satu Lagi Pencabar Sengit Proton X50, HR-V, Lepas L4, Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi

Lepas L4 yang bakal dilancarkan pada suku pertama tahun ini adalah salah satu pencabar sengit buat Proton X50 dan Honda HR-V.

01-01-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Jaecoo J5 Kini Dibuka – Lancar Jan 2026 Nanti?

OMODA | JAECOO Malaysia secara rasmi telah membuka laman pendaftaran minat (ROI) bagi model terbarunya, Jaecoo J5.

17-12-2025
Kereta Baru

Perodua Traz Dilancarkan, Ada 2 Varian, Harga Bermula Serendah RM76,100

Perodua melancarkan secara rasminya, Perodua Traz yang dinantikan sejak sekian lama di pasaran tempatan, sebentar tadi.

17-12-2025
Kereta Baru

EV TQ Wuling Bingo Dilancarkan Di Malaysia – Kecil Tapi Praktikal, Dari RM62,800 Dengan Rebat

Selepas beberapa kali dipertontonkan di Malaysia, kenderaan elektrik (EV) bersaiz kompak, TQ Wuling Bingo akhirnya dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan.

17-12-2025
Kereta Baru

Ini 'Wajah Baharu' Proton S70, Muncul Januari 2026 Nanti?

Satu perkongsian di Facebook ‘Proton S70 Malaysia’ baru-baru ini telah mendedahkan rupa sebenar bagi model yang bakal dikenali sebagai Proton S70 facelift 2026 atau S70 MC1 (Minor Change).

16-12-2025
Kereta Baru

Leapmotor B10 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM99,800 Untuk 200 Terawal

SUV elektrik segmen C, Leapmotor B10 kini rasmi dilancarkan di Malaysia dalam dua varian iaitu Life dan Design. Model import sepenuhnya (CBU) ini menyasarkan pembeli yang mencari SUV lima tempat duduk praktikal dengan spesifikasi yang menarik.

10-12-2025