Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Harga Emira, "Semanis" Namanya.

Suhana Veru

Kongsi melalui

Emira-@-Lotus-Store-2.jpg

Model Emira i4 First Edition yang dijual pada harga cukup istimewa iaitu RM999,800 sudah dibuka untuk tempahan mulai hari ini.

Untuk makluman anda, tawaran eksklusif untuk model Lotus terakhir yang dikuasakan oleh enjin pembakaran dalaman itu hanya sah untuk kenderaan tahun 2023.

Ini bermakna selepas tahun 2023, harga sebenarnya  adalah  RM1,095,000 di Semenanjung Malaysia manakala  RM509,000 di Langkawi.

Jadi, jika sudah tergoda, tunggu apa lagi, tempahlah sekarang!

Pengarah Urusan Lotus Cars Malaysia, Jack Zaal berkata, sebagai model terakhir Lotus yang dikuasakan oleh enjin petrol, Emira ialah sebuah model klasik untuk masa depan. 

“Dengan trenkuasa berprestasi tinggi, sistem stereng inovatif dan suspensi  ringan yang ditala dengan penuh teliti sebenarnya bertujuan untuk memberikan pengalaman pemanduan sebuah kereta sports sebenar yang boleh diharapkan daripada sebuah Lotus,” katanya.

Sedikit info mengenai jentera ini, ia disumbat dengan enjin empat silinder yang paling berkuasa daripada Lotus.

Emira-@-Lotus-Store-3.jpg

Ia yang didatangkan dengan  dua tempat duduk itu mendapat prestasi luar biasa daripada enjin aluminium 2.0 liter turbo yang dipadankan bersama kotak gear klac berkembar (DCT) lapan kelajuan automatik yang diambil daripada Mercedes- AMG.

Pembangunan tambahan yang dilakukan oleh Lotus termasuklah sistem pengambilan udara dan ekzos baharu.

Tidak ketinggalan satu kaliberasi khas untuk dipadankan dengan pemetaan penukaran gear baharu yang membolehkan enjin Emira i4 menjana kuasa sehingga 360bhp pada 6,600rpm dan tork 430Nm pada 3,000-5,500rpm.

Emira i4 bukan sahaja menyerlah dari segi prestasi tetapi mampu mencapai kelajuan 0-100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 4.4 saat manakala pecutan maksimum pula adalah 290km/j.

Biarpun, berkuasa padu, ia boleh digunakan untuk kegunaan harian.

Difahamkan, kereta pertama pelanggan dijangka tiba pada November tahun ini.

Emira-@-Lotus-Store-6.jpg

Sementara itu, mereka yang berminat untuk melihat Emira i4 dijemput datang ke Lotus Store di Level 3, Pavilion Kuala Lumpur.

Bilik pameran  dibuka bermula 10 pagi  hingga 10 malam pada setiap hari dan pakar  Lotus sentiasa bersiap sedia jika  pelanggan mahu menambah spesifikasi kereta mereka.

Lotus Emira i4 didatangkan dengan jaminan pengeluar selama tiga tahun dan perbatuan tanpa had.

Untuk pertanyaan atau temu janji dengan Pakar Lotus, sila hubungi 016-6112388.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.lotuscars.com.

Tag:

Lotus
Lotus Emira i4 First Edition
Lotus sports car
lotus ICE
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
Spesifikasi Lotus Eletre PHEV Didedahkan — Trenkuasa 2.0L PHEV, Jarak Gerak EV, 355 km

Spesifikasi Lotus Eletre PHEV Didedahkan — Trenkuasa 2.0L PHEV, Jarak Gerak EV, 355 km

Spesifikasi Lotus Eletre versi PHEV sudah pun didedahkan di China, baru-baru ini.

09-12-2025
EV
Lotus Eletre & Emeya Model 2026 Diperkenalkan – 2 Varian Baharu, Capai 905 HP!

Lotus Eletre & Emeya Model 2026 Diperkenalkan – 2 Varian Baharu, Capai 905 HP!

Lotus bersiap sedia untuk melancarkan model tahun 2026 (2026 MY) bagi SUV elektrik Eletre dan sedan elektrik Emeya tidak lama lagi

04-04-2025
EV
EV Sporty, Lotus Emeya, Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

EV Sporty, Lotus Emeya, Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

Lotus secara rasmi telah melancarkan sedan EV GT mereka ke pasaran Thailand, Lotus Emeya.

29-03-2024
EV
Ujian & Pembangunan Lotus Emeya EV Kini Berakhir – Sah Boleh Lalu Pelbagai Cuaca Ekstrem

Ujian & Pembangunan Lotus Emeya EV Kini Berakhir – Sah Boleh Lalu Pelbagai Cuaca Ekstrem

Kini ujian dan pembangunan Lotus Emeya EV telah berjaya diselesaikan.

14-02-2024
EV
Cas 5 Minit Dapat 140 KM! Lotus Perkenal Pengecas EV Ultra-Pantas

Cas 5 Minit Dapat 140 KM! Lotus Perkenal Pengecas EV Ultra-Pantas

Lotus perkenal sistem pengecas DC ultra-pantas dengan kapasiti pengecasan antara yang tertinggi di dunia.

30-11-2023
EV
Lotus Emeya Power Habis, Ada Kuasa 905 HP

Lotus Emeya Power Habis, Ada Kuasa 905 HP

Lotus akhirnya mendedahkan sedan elektriknya, Lotus Emeya.

08-09-2023
Kereta Baru
Emira: Harga Bermula RM1.1 Juta

Emira: Harga Bermula RM1.1 Juta

Emira baru sahaja dilancarkan di Malaysia

08-04-2022
Kereta Baru
Bagi Meneruskan Legasi Dunia Permotoran, Lotus Melancarkan Emira GT4

Bagi Meneruskan Legasi Dunia Permotoran, Lotus Melancarkan Emira GT4

Emira GT4 ini menggantikan Evora GT4 yang pernah merangkul beberapa gelaran juara perlumbaan.

27-10-2021

Berita Terkini

Kereta Baru
Volvo ES90 Bakal Dilancar Bulan Ini Tetapi ROI Sudah Dibuka!

Volvo ES90 Bakal Dilancar Bulan Ini Tetapi ROI Sudah Dibuka!

Volvo Car Malaysia mengumumkan pihaknya sudah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk model terbaharunya, Volvo ES90.

02-01-2026
Kereta Baru
Ini Dia Satu Lagi Pencabar Sengit Proton X50, HR-V, Lepas L4, Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi

Ini Dia Satu Lagi Pencabar Sengit Proton X50, HR-V, Lepas L4, Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi

Lepas L4 yang bakal dilancarkan pada suku pertama tahun ini adalah salah satu pencabar sengit buat Proton X50 dan Honda HR-V.

01-01-2026
Kereta Baru
Pendaftaran Minat Jaecoo J5 Kini Dibuka – Lancar Jan 2026 Nanti?

Pendaftaran Minat Jaecoo J5 Kini Dibuka – Lancar Jan 2026 Nanti?

OMODA | JAECOO Malaysia secara rasmi telah membuka laman pendaftaran minat (ROI) bagi model terbarunya, Jaecoo J5.

17-12-2025
Kereta Baru
Perodua Traz Dilancarkan, Ada 2 Varian, Harga Bermula Serendah RM76,100

Perodua Traz Dilancarkan, Ada 2 Varian, Harga Bermula Serendah RM76,100

Perodua melancarkan secara rasminya, Perodua Traz yang dinantikan sejak sekian lama di pasaran tempatan, sebentar tadi.

17-12-2025
Kereta Baru
EV TQ Wuling Bingo Dilancarkan Di Malaysia – Kecil Tapi Praktikal, Dari RM62,800 Dengan Rebat

EV TQ Wuling Bingo Dilancarkan Di Malaysia – Kecil Tapi Praktikal, Dari RM62,800 Dengan Rebat

Selepas beberapa kali dipertontonkan di Malaysia, kenderaan elektrik (EV) bersaiz kompak, TQ Wuling Bingo akhirnya dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan.

17-12-2025
Kereta Baru
Ini 'Wajah Baharu' Proton S70, Muncul Januari 2026 Nanti?

Ini 'Wajah Baharu' Proton S70, Muncul Januari 2026 Nanti?

Satu perkongsian di Facebook ‘Proton S70 Malaysia’ baru-baru ini telah mendedahkan rupa sebenar bagi model yang bakal dikenali sebagai Proton S70 facelift 2026 atau S70 MC1 (Minor Change).

16-12-2025
Kereta Baru
Leapmotor B10 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM99,800 Untuk 200 Terawal

Leapmotor B10 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM99,800 Untuk 200 Terawal

SUV elektrik segmen C, Leapmotor B10 kini rasmi dilancarkan di Malaysia dalam dua varian iaitu Life dan Design. Model import sepenuhnya (CBU) ini menyasarkan pembeli yang mencari SUV lima tempat duduk praktikal dengan spesifikasi yang menarik.

10-12-2025
Kereta Baru
SUV Mercedes-Benz GLC 200 4Matic – Hanya Dari RM329,888

SUV Mercedes-Benz GLC 200 4Matic – Hanya Dari RM329,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan varian asas, GLC 200 4Matic (X254) di Malaysia. SUV CKD baharu ini menawarkan enjin 2.0L turbo berkuasa 201 hp dan tork 320 Nm.

09-12-2025