Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hummer H2 Itu Didapati Mengeluarkan Asap Sebelum Terbakar

Suhana Veru

Kongsi melalui

Berpantang maut sebelum ajal, itulah pepatah tepat menggambarkan tragedi menimpa dua individu yang sempat menyelamatkan diri sebelum kereta Hummer H2 yang dinaiki mereka hangus terbakar di Tol Seafield, Subang Jaya kelmarin.

Cemas dengan kepulan asap yang muncul secara tiba-tiba dari bawah kenderaan itu menyebabkan pemandunya lantas memberhentikan kenderaan di tepi jalan dan bergegas keluar.


Tindakan pantasnya itu nyata menyelamatkan dia dan rakan wanitanya daripada menjadi mangsa kebakaran.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis mengesahkan kejadian itu.

“Kedua-dua mangsa selamat kerana sempat keluar daripada kenderaan terbabit.

“Kebakaran berjaya dipadamkan dengan anggaran kemusnahan kebakaran kira-kira 90 peratus.  Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan.


Sementara itu, beberapa keping gambar yang tular  di media sosial menunjukkan dua anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran namun kenderaan utliti sukan itu hangus terbakar.

Bagaimanapun, kemalangan itu tidak menjejaskan lalu lintas dan keadaan dilaporkan terkawal.

Tag:

Hummer
Hummer H2
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Super Truck Elektrik, Hummer EV SUV 2024 Terbaharu Daripada GMC

GMC menambahkan lagi model kereta dalam barisan super truck elektrik mereka dengan Hummer EV SUV 2024.

28-04-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026