Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kemalangan Itu Menyebabkan Tiga Orang Tercedera

Suhana Veru

Kongsi melalui

Kalau betul handal, berlumba dalam litar, bukan tunjuk hebat di atas jalan raya! 

Itulah rata-rata komen pengguna Facebook sekumpulan geng konvoi kereta dirakam memecut laju di sebuah selekoh tajam di jalan Ulu Yam Gombak Batu 23 semalam.

Ketiga-tiga pemandu dikecam gara-gara menguji jentera masing-masing di kawasan tumpuan orang ramai.

Ketiga-tiga kereta yang sudah diubah suai itu dilihat memecut dengan laju sebelum kejadian itu berakhir apabila salah sebuah kereta konvoi berkenaan bertembung dengan sebuah lori dan sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.

Sumber: Media Mulia Sdn Bhd

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer cuba memotong kenderaan di hadapannya.

“Pemandu Lancer itu cuba memotong sebuah Perodua Bezza namun gagal lalu bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan,” katanya.

Turut terlibat dalam kemalangan itu ialah sebuah kereta jenis Volkswagen.

Mujur, tiada sesiapa yang maut dalam kejadian itu.  Namun pemandu dan dua penumpang Bezza yang cedera telah dihantar ke Hospital Selayang.


Insiden itu berjaya dirakam oleh kamera papan pemuka sebuah kenderaan sebelum ia tular di laman Facebook.

Rata-rata pengguna Facebook mengecam tindakan ketiga-tiga pemandu yang tidak bertanggungjawab itu dan berharap kesemua suspek diheret ke muka pengadilan.

“Kalau betul handal, berlumba dalam litar bukannya di atas jalan raya, tak pasal-pasal orang lain yang terkorban.

“Berlumba di jalan raya tidak menjadikan anda jaguh sebaliknya hanya meragut nyawa orang yang tidak bersalah,” komen seorang pengguna Facebook.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026