- Berita
- Berita Auto
- AMBY Hadir Dengan Tiga Mod Kayuhan
BMW memperkenalkan sebuah konsep basikal elektrik (e-basikal) yang dilengkapi teknologi bantuan kayuhan kelajuan tinggi baru-baru ini.

Ia yang dikenali sebagai BMW i Vision AMBY itu dikatakan sesuai digunakan di kawasan bandar.

Menjengah dari segi luarannya, ia kelihatan sama seperti –basikal yang lain tetapi AMBY sebenarnya menjanjikan satu kelainan luar biasa dan sudah pastinya menawarkan kepuasan buat pemiliknya.
Pedal kayuhan berkelajuan tinggi itu direka untuk penduduk bandar yang memerlukan pengangkutan untuk bergerak di sekitar kawasan bandar.
Untuk rekod, ia dilengkapi dengan dua roda yang menggunakan motor elektrik dimana ia menggunakan pek bateri 2,000kWh.

Menurut BMW, ia mengambil masa selama tiga jam untuk cas dan jika baterinya penuh maka, AMBY boleh melakukan perjalanan sejauh 300 kilometer (km) dengan kelajuan maksimum 25 kilometer sejam.
Bagaimanapun, ia tidak akan bergerak selagi tiada kayuhan tetap daripada penunggangnya, Ini bermakna bagi menggerakkan basikal berkenaan, penunggang masih perlu mengayuhnya sendiri untuk menghidupkan motor elektriknya.
Unit motor yang diposisikan lebih rendah (dipercayai di bahagian kayuhan) dan hantaran kuasa ke roda belakang dibuat menggunakan tali sawat.
Untuk makluman anda, ia menggunakan swingarm sebelah yang dipasang pada rim 27.5’ inci.

Bagi mod kayuhan basikal ini, ia menawarkan tiga pilihan: mod 1, kelajuannya bermula dari 25km/j untuk perjalanan 300km, mod 2: 45km/j dengan jarak perjalanan 180km manakala mod 3, ia memiliki kelajuan maksimum pada 60km/j untuk jarak tunggangan 75km.
Satu aplikasi yang dihubungkan kepada AMBY dikatakan akan menyimpan kesemua maklumat dimana ia menunjukkan kelajuan yang dihadkan kepadapara penunggangnya seperti mana yang tertera pada lesen.
Lebih menarik, dengan adanya teknologi geofencing AMBY, ia akan mengehadkan kelajuan basikal berkenaan jika berada di kawasan tertentu selain menyekat kelajuannya berdasrkan undang-undang had laju basikal.
Malah, aplikasinya juga menggunakan pengecaman wajah untuk penggunaan AMBY.
AMBY juga memiliki tempat duduk yang boleh dilaraskan. Penunggangnya boleh menetapkan ketinggian kedudukan mereka menerusi kunci digital.
Basikal ini dikatakan mampu menetapkan kedudukan tempat kerusi selepas penggunanya memasukkan data biometrik seperti ketinggian dan ukurun kaki.
Hebat bukan?
Apakah pendapat anda mengenai basikal elektrik ini? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan komen ini!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
