Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

AMBY Hadir Dengan Tiga Mod Kayuhan

Suhana Veru

Kongsi melalui

BMW memperkenalkan sebuah konsep basikal elektrik (e-basikal) yang dilengkapi teknologi bantuan kayuhan kelajuan tinggi  baru-baru ini.


Ia yang dikenali sebagai BMW i Vision AMBY itu dikatakan sesuai digunakan di kawasan bandar.


Menjengah dari segi luarannya, ia kelihatan sama seperti –basikal yang lain tetapi AMBY sebenarnya menjanjikan satu kelainan luar biasa dan sudah pastinya menawarkan kepuasan buat pemiliknya.

Pedal kayuhan berkelajuan tinggi itu direka untuk penduduk bandar yang memerlukan pengangkutan untuk bergerak di sekitar kawasan bandar.

Untuk rekod, ia dilengkapi dengan dua roda yang menggunakan motor elektrik dimana ia menggunakan pek bateri 2,000kWh.


Menurut BMW, ia mengambil masa selama tiga jam untuk cas dan jika baterinya penuh maka, AMBY boleh melakukan perjalanan sejauh 300 kilometer (km) dengan kelajuan maksimum 25 kilometer sejam.

Bagaimanapun, ia tidak akan bergerak selagi tiada kayuhan tetap daripada penunggangnya, Ini bermakna bagi menggerakkan basikal berkenaan, penunggang masih perlu mengayuhnya sendiri untuk menghidupkan motor elektriknya.

Unit motor  yang diposisikan lebih rendah (dipercayai di bahagian kayuhan) dan hantaran kuasa ke roda belakang dibuat menggunakan tali sawat. 

Untuk makluman anda, ia menggunakan swingarm sebelah yang dipasang pada rim 27.5’ inci.


Bagi mod kayuhan basikal ini, ia menawarkan tiga pilihan: mod 1, kelajuannya bermula dari 25km/j untuk perjalanan 300km, mod 2:  45km/j dengan jarak perjalanan 180km manakala mod 3, ia memiliki kelajuan maksimum pada 60km/j untuk jarak tunggangan 75km.

Satu aplikasi yang dihubungkan kepada AMBY  dikatakan akan menyimpan kesemua maklumat dimana ia menunjukkan kelajuan yang dihadkan kepadapara penunggangnya seperti mana yang tertera pada lesen.

Lebih menarik, dengan adanya teknologi geofencing AMBY, ia akan mengehadkan kelajuan basikal berkenaan jika berada di kawasan tertentu selain menyekat kelajuannya berdasrkan undang-undang had laju basikal.

Malah, aplikasinya juga menggunakan pengecaman wajah untuk penggunaan AMBY.

AMBY juga memiliki tempat duduk yang boleh dilaraskan. Penunggangnya boleh menetapkan ketinggian kedudukan mereka menerusi kunci digital.

Basikal ini dikatakan mampu menetapkan kedudukan tempat kerusi selepas penggunanya memasukkan data biometrik seperti ketinggian dan ukurun kaki.

Hebat bukan?

Apakah pendapat anda mengenai basikal elektrik ini? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan komen ini!



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026