Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perubahan Beri Ilham kepada Renault Group

Suhana Veru

Kongsi melalui

Apakah yang memberi insipirasi kepada pengeluar kereta untuk mereka cipta kenderaan mereka?

Itu soalan yang terlintas di fikiran saya apabila menyaksikan kenderaan luar biasa dan canggih yang dihasilkan oleh Renault Group.


Saya yakin setiap pengeluar kereta memiliki citarasa tersendiri untuk menghasilkam barisan kereta yang terbaik terutama pada abad ini dimana para pesaing lain dilihat telah bersedia untuk menayangkan kenderaan terbaharu mereka.

Susulan itu, Renault Group telah mendapat inspirasi dan aspirasi dari satu model bagi memenuhi permintaan pelanggannya dengan mengekalkan reka bentuk dengan teknologi canggih ketika ini. 

“Dengan perubahan, aspirasi, harapan dan kebimbangan  ini, jadi munculnya keperluan, keinginan dan jangkaan baharu pengguna,” kata Pengurus Trend Renault Group, Eric.


Menurutnya, pandemik Covid-19 telah menjejaskan kehidupan harian dan telah mempengaruhi idea terutama yang bekerja dalam sektor automotif.

“Kami telah mengenal pasti lima trend global yang membentuk tingkah laku pengguna. Trend ini dilihat agak mencabar dan mempengaruhi rekaan kami termasuk penghantaran kenderaan, perkhidmatan dan penyelesaian mobiliti,” ujarnya.

Di sebalik mencari keaslian dalam rekaan kenderaan, Renault Group sebenarnya  dapat mengenal pasti pilihan kenderaan selain sekurang-kurangnya dapat merapatkan kepercayaan jenamanya dan pengguna.


Selain itu, kebanyakan pengguna dilihat mencari kenderaan yang lebih mesra seperti model kereta Renault, ZOE.


Oleh itu, Renault Group sentiasa berusaha mengekalkan kecekapan bagi menghasilkan produk dan servis yang berjaya.

Misalnya, dengan kehadiran Dacia, ia membuktikan bahawa ia merupakan model terbaik Renault yang menawarkan kesederhanaan dan elemen elegan kepada dunia automotif.



Gallery

Tag:

: renault
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Jentera Ini Akan Mula Dijual Pada Tahun Hadapan

Usaha sama antara Renault Group dan syarikat Plug Power, HYVIA mendedahkan satu versi prototaip van Renault Master yang akan mula dijual pada tahun hadapan.

07-12-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto