Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Nissan Bakal Dirikan Kilang Berteknologi Canggih

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Nissan Motor Co telah mengadakan perancangan untuk membina sebuah kilang bernilai 130 bilion yen (kira-kira RM 4.2 bilion) yang akan digunakan untuk mengeluarkan kenderaan elektrik. 

 

Kilang ini bakal dilengkapi pelbagai teknologi canggih yang mengaplikasikan teknik "hijau" atau bebas emisi.



 

Misi Nissan adalah untuk menubuhkan sebuah kilang yang akan beroperasi sepenuhnya dengan menggunakan kecerdasan buat­an (AI), internet benda (IoT) dan robot supaya dapat menghasilkan kenderaan dengan sistem pengeluaran bebas emisi.



 

Dalam situasi global yang semakin membimbangkan ini, sistem pengeluaran yang tidak mengeluarkan karbon ini dapat membantu melawan perubahan iklim dunia demi mencapai neutral karbon menjelang 2050.  Kesemua aspek pengeluaran akan menggunakan sistem elektrik di samping penggunaan sumber tenaga alternatif atau yang boleh diperbaharui.



 

Bukan itu sahaja, perancangan untuk menggunakan robot ini juga dilihat dapat membantu meningkatkan ketepatan hasil kerja dan sekaligus meningkatkan mutu produk.

 

Pengeluar kereta Jepun ini telah pun melaburkan sebanyak 33 bilion yen (kira-kira RM1.2 bilion) untuk kilang Tochigi di Tokyo dan kini merancang untuk membawa "Intelligent Factory" atau kilang pintar ini ke seluruh Jepun dan Amerika Syarikat.  

 



Alat pemantau manusia telah dipasangkan di bilik kawalan Tochigi bagi memastikan proses pemantauan dapat berjalan dengan lancar.  Pekerja akan dipakaikan dengan kamera di kepala dan juga dilengkapkan dengan tablet supaya dapat menerima maklumat sekiranya terdapat ralat yang perlu dibetulkan.

 

Semasa pemeriksaan terakhir, sistem digital ini akan menilai kualiti kenderaan dan memadamkan ralat yang telah dilaporkan berdasarkan informasi yang terpapar pada tablet.



 

Buat masa ini, robot yang berfungsi secara automatik sepenuhnya akan digunakan untuk menghasilkan bampar badan kenderaan daripada pengeluaran komponen hinggalah kepada proses cat.


Gallery

Tag:

Nissan
Nissan Ariya
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Nissan Dedah Z Nismo Versi Manual – Kemunculan Di TAS 2026

Nissan kini disahkan akan memperkenalkan versi transmisi manual (MT) untuk varian paling berkuasa keluarannya, Nissan Z Nismo (RZ34) di acara Tokyo Auto Salon yang bakal berlangsung bulan hadapan.

22-12-2025
Global

Nissan Serena C28 Facelift Muncul Di Jepun – Aura Elegan Lebih Terserlah

Kereta untuk kegunaan keluarga, Nissan Serena generasi keenam (C28) kini muncul dalam versi facelift di pasaran Jepun. Versi kemas kini pertengahan hayat ini tampil dengan imej yang lebih segar dan teknologi kabin yang lebih pintar.

19-12-2025
Global

Nissan Dedah Imej Acah Kereta Konsep Nismo Terbaru Menjelang Tokyo Auto Salon 2026

Debaran semakin memuncak menjelang ketibaan Tokyo Auto Salon (TAS) 2026. Nissan baru-baru ini telah memuat naik satu imej 'teaser' yang memaparkan sebuah kereta konsep misteri di bawah jenama prestasinya, Nismo.

18-12-2025
Global

Dilancar: Nissan Frontier Pro - Harga Bermula Daripada RM99,800

Nissan Frontier Pro sudah menembusi pasaran China, baru-baru ini.

28-11-2025
Global

Nissan Navara 2026 Buat Kemunculan Rasmi, Kembar Triton Yang Lebih Garang

Setelah lebih sedekad, Nissan akhirnya mendedahkan trak pikap Navara generasi terbaru minggu ini.

20-11-2025
Global

Nissan Navara Generasi Terbaru Dijamin "Tidak Akan Dipandu Seperti Sebuah Triton"

Menjelang pendedahan global yang dijadualkan pada 19 November nanti, beberapa butiran baharu mengenai Nissan Navara generasi terbaru mula muncul.

14-11-2025
Global

Nissan Navara Generasi Terbaru 2026 Bakal Didedahkan 19 Nov Ini

Nissan bakal melancarkan Navara generasi terbaru dalam masa beberapa hari sahaja lagi, iaitu pada 19 November ini, menandakan berakhirnya lebih satu dekad tanpa sebarang perubahan besar.

16-10-2025
Global

Ini Dia Nissan Ariya Facelift 2026 – Lebih Moden & Canggih

Nissan baru-baru ini telah mendedahkan imej Nissan Ariya facelift yang akan membuat kemunculan rasmi buat pertama kali di Tokyo Mobility Show pada 30 Oktober nanti.

14-10-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026