Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Peniaga Rugi RM136,700, Angkara Scammer!

Suhana Veru

Kongsi melalui


Impian seorang lelaki untuk membeli sebuah  pacuan empat roda Toyota Hilux pada harga murah berkecai apabila dia kerugian sebanyak RM136,700.

Mangsa merupakan seorang peniaga mendakwa dia tertarik untuk membeli kereta itu yang dijual  dalam satu iklan jualan kenderaan terpakai di Facebook.


Oleh itu,  mangsa yang berusia 47 tahun lantas menghubungi nombor ejen jualan syarikat berkenaan yang tertera di Facebook.

Sewaktu berbalas WhatsApp untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai kereta pacuan empat roda itu,  ejen berkenaan mendakwa bahawa ia cuma dijual serendah RM15,000.

Mangsa yang begitu tertarik dengan harga itu menyebabkan dia bersetuju untuk membeli kenderaan tersebut. 

Beberapa hari kemudian, mangsa diminta untuk membuat bayaran sebanyak RM3,500 bagi mendapatkan insurans serta cukai jalan.

Tidak lama kemudian, ejen terbabit meminta mangsa membuat 34 transaksi yang berjumlah RM133,200  ke lapan akaun berbeza untuk mendapatkan kereta terbabit.

Bagaimanapun, mangsa mula menyedari dia ditipu ejen itu kerana kenderaan masih belum diterima manakala, suspek pula masih meminta wang daripadanya.

Susulan itu, mangsa telah membuat laporan polis. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian berkenaan di Kuala Kangsar, Perak pada Ahad lalu.

Beliau bagaimanapun tidak menolak bahawa ia berkemungkinan angkara scammer yang aktif menipu mangsa di Facebook.


Sehubungan itu, beliau  menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang pembayaran tanpa memeriksa butiran lanjut mengenai ejen-ejen jualan kereta di Facebook.

Pihak polis kini sedang berusaha mengesan dalang kes terbabit.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan individu berkenaan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026