Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sempena Ulang Tahun ke-70, Empat Warna Unik Dihidupkan Kembali

Suhana Veru

Kongsi melalui

Bagi meraikan ulang tahun ke-70,  bahagian reka bentuk Bentley telah mengenal pasti sejumlah cat luaran yang kini digunakan untuk beberapa model Bentley.  Namun percaya atau tidak, kesemua warna yang dipilih itu  pernah digunakan oleh Bentley sekitar tahun  1930-an.

Dengan menyediakan sentuhan klasik untuk Bentley, pasukan berkenaan dikatakan telah menemui lebih 15 warna dalam koleksi mereka yang dipercayai sudah berusia 50 tahun.

Apa yang menarik, empat warna itu terdiri daripada: Dove Grey, Claret, Old English White dan Oxford Blue.

Ia sudah boleh ditempah mulai hari ini.

Begitupun, empat warna ini yang terdapat pada palet Mulliner dan Extended  termasuk satu warna yang dipilih dari Bentley paling ikonik, R Type Continental.

Perincian seterusnya ialah warna Dove Grey yang merupakan warna paling lama bertahan dan sebahagian daripada palet Extended, sejak era-Derby Bentley tahun 1930.

Seterusnya ialah Claret yang merupakan warna dwi tona dimana ia direka khas untuk kegunaan  Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Ratu Elizabeth II.

Warna unik ini diilhamkan oleh Diraja Claret. Warna berkenaan digunakan untuk semua Bentley kerabat diraja sejak tahun 1940.

Ia kemudian diikuti dengan warna Old English White dari palet Mulliner yang mula digunakan sejak tahun 1950-an. Warna ini memancarkan kemasan warna putih yang padu.

Akhir sekali ialah Oxford Blue yang dihasilkan sekitar tahun 1960 dan ia kemudian dilancarkan semula sebahagian daripada siri Diamond pada tahun 1998.  Ia merupakan warna padu dan biru paling gelap dalam palet.

Bagaimanapun, salah satu daripada warna-warna unik boleh didapati di Ibu Pejabat Bentley di Crewe  terutama untuk jenama terbaharunya, Flying Spur V8.

Kereta baharu itu menggunakan cat luaran berwarna Saga Green sejak tahun 1950. Ia  menonjolkan warna kontra yang agak berani dengan spesifikasi Blackline dimana ia memberikan penampilan luaran yang tersendiri.

Ia juga  menampilkan gabungan  warna Cumbrian Green dan Portland untuk bahagian dalaman yang bersalut kulit dimana ia telah diperincikan dengan kemasan teknikal gentian karbon.

Bagi spesifikasi Blackline, ia termasuk maskot Flying B yang ikonik, radiator, jeriji matrik, sekeliling tingkap sisi dan bampar pintu bawah dan belakang.

Malah, bezel lampu depan dan belakang, pemegang pintu, saluran keluar ekzos juga menerima ciri perbezaan yang sama.

Kesemua cat di Crewe adalah buatan tangan, dilengkapi dengan teknologi robotik terkini yang memberikan kemasan terbaik pada setiap kenderaan.

Pendek kata, Bentley menawarkan salah satu palet warna terbesar untuk menghasilkan kenderaan mewah bespoke.

Gallery

Tag:

Bentley
Bentley Mulliner
Mulliner
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tak Perbaharui Cukai Jalan Sebab Terlepas Pandang, Pemandu Bentley

Guna Bentley tetapi tidak perbaharui lesen kenderaan motor (LKM) dan insurans sejak 2018.

09-02-2026
Berita Auto

Bentley Continental Supersports Didedahkan – Model Paling Ringan Bentley, Capai 657 HP

Hanya lebih setahun selepas Continental GT generasi baharu diperkenalkan, Bentley Motors kini menghidupkan semula model ikonik grand tourer dua pintunya, Bentley Continental Supersports Edisi Terhad terbaru.

17-11-2025
Global

Bentley Flying Spur Speed 2025: Saloon Terpantas Bentley

Flying Spur baharu ini adalah model saloon terpantas dan paling bertenaga yang pernah dibuat oleh jenama mewah itu.

12-09-2024
Global

Flying Spur 2025, Guna Enjin V8

Bentley mengesahkan bahawa pihaknya akan mengeluarkan versi semakan limosin empat pintu Flying Spur tidak lama lagi.

22-07-2024
Kereta Baru

Bentley Continental GT Speed Kini Di Malaysia, Harga Dari RM1.1 Juta

Continental GT Speed generasi ketiga kini telah tiba secara rasminya di Malaysia.

04-04-2023
Berita Auto

Prestasi Jualan Kereta Global 2022: BMW Menandingi Mercedes-Benz, Jualan VW & Audi Turun?

Artikel ini mendedahkan pencapaian jualan antara jenama automotif terbesar sepanjang tahun lalu.

12-01-2023
Berita Auto

YouTuber Ini Terjumpa Koleksi Kereta Klasik Bernilai Lebih RM5 Juta! Ada Proton Perdana?

Koleksi mencecah £1 juta (RM 5.16 juta)! Itulah nilai kesemua kereta yang ditemukan dua orang YouTuber.

06-09-2022
Kereta Baru

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026