Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ini Yang Dilakukan Lamborghini Untuk Capai Sasaran Neutral Karbon

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Automobili Lamborghini ingin mempercepat usaha ke arah penyahkarbonan dengan menggunakan biometana untuk menguasakan kilang Sant’Agata Bolognese.

 

Usaha yang kukuh ke arah kelestarian oleh Lamborghini ini dilihat dapat mengurangkan emisi karbon secara signifikan dalam masa hanya beberapa tahun.



Pengerusi dan Ketua Pengarah Eksekutif Automobili Lamborghini, Stephen Winkelmann berkata, "Dalam aspek kelestarian, Lamborghini ialah perintis dalam industri automotif sejak isu ini masih belum lagi dititikberatkan oleh syarikat-syarikat besar, atau hanya sebahagian.  Komitmen kami telah bermula sejak tahun 2009 lagi melalui beberapa siri program dan pelaburan sehingga mendapat sijil 'neutral CO2' untuk seluruh fasiliti pada tahun 2015. Hari ini, langkah yang diambil ialah untuk mempercepat pencapaian matlamat daripada menjadi tapak pengeluaran yang 'neutral CO2' kepada syarikat yang 'neutral CO2' melalui pendekatan holistik membabitkan produk, kilang, logistik dan rantaian bekalan. 



Usaha yang diambil akan dapat mengurangkan pembebasan karbon dioksida daripada 37 peratus sehingga kira-kira 80 peratus, bersamaan dengan sekitar 11,000 tan karbon dioksida setahun.

 

Selain itu, Lamborghini juga turut memandang usaha ke arah kelestarian sebagai satu tanggungjawab etika.  Tidak cukup dengan itu, jenama kereta mewah ini turut akan mempercepatkan proses nyahkarbon ini dalam aspek lain juga.



Antara yang akan dilakukan ialah menghasilkan taman yang ditanami 10,000 pokok oak, projek bio-pemantauan lebah dan juga projek pembinaan salah satu daripada sistem fotovoltan yang terbesar di Emilia-Romagna, Itali.

 

Bukan itu sahaja, usaha ini turut termasuk pembinaan kilang yang menggunakan sistem 'trigeneration' atau gabungan penyejukan, pemanasan dan kuasa (CCHP) dan juga 'district heating' di samping pelancaran projek logistik lestari.



Secara keseluruhannya, kos yang dibelanjakan untuk melancarkan proses transformasi dramatik ini ialah EUR 1.5 bilion (kira-kira RM 7,224,917,723).



Diharapkan banyak lagi syarikat akan mengambil langkah yang lebih proaktif seperti yang dilakukan Automobili Lamborghini.

Gallery

Tag:

Automobili Lamborghini
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Lamborghini Revuelto Versi PHEV Dilancarkan – Hypercar PHEV V12, Cecah 1,001 HP

Automobili Lamborghini sebentar tadi telah melancarkan Lamborghini Revuelto. Ini spesifikasinya...

01-09-2023
Global

Tiada Yang Tinggal, Semua Model ICE Lamborghini Habis Terjual

Klik untuk ketahui kenapa semua model ICE Automobili Lamborghini habis terjual.

10-07-2023
Berita Auto

Pengganti Lamborghini Huracán Guna Enjin V8 Dengan Sistem Hibrid?

Lamborghini dikhabarkan bakal mengeluarkan supercar dengan enjin V8 turbo berkembar serta sistem hibrid.

21-09-2022
Global

Lamborghini Urus Adalah Model Paling Laris

Lamborghini Urus kini masih lagi memegang takhta sebagai SUV Lamborghini yang paling laris dijual.

08-06-2022
Berita Auto

Automobili Lamborghini Sertai Konvoi Sejauh 322KM

Sekumpulan Lamborghini menyertai konvoi di Scotland baru-baru ini.

07-02-2022
Berita Auto

Bagi Menghormati Warisan Seni Bina, Sian Kelilingi Portico di Bologna

UNESCO mengiktiraf Portico di Bologna sebagai tapak warisan baru-baru ini.

18-10-2021
Berita Auto

Ini Dia 5 Kereta Lamborghini Yang Paling Ikonik Dalam Sejarah

Antara model Lamborghini yang paling ikonik sepanjang kewujudannya yang masih ramai tak tahu.

07-10-2021
Kereta Baru

Lamborghini Countach LPI 800-4: Hanya 112 Unit Ditawarkan Di Seluruh Dunia – Apa Keistimewaannya?

Sempena ulang tahun Countach yang ke-50, Automobili Lamborghini telah mendedahkan kepada umum kehadiran Countach LPI 800-4

20-08-2021

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026