- Berita
- Berita Auto
- Kerangka Kerusi Bucket Telah Diuji Sekumpulan Pemandu Porsche
Porsche Tequipment kini menawarkan kerangka kerusi bucket cetakan 3D selepas diuji sekumpulan pemandu Porsche baru-baru- baru ini.
Selepas beberapa pengubahsuaian terakhir dibuat, kerusi bucket itu dikatakan sesuai untuk Porsche Cayman, Boxster dan 911.
Malah selepas Februari depan, ia boleh ditempah dari Porsche Exclusive Manufaktur.
Penampilan uniknya adalah di tengah-tengah bahagian kerusi yang merupakan inovasi utamanya dimana kusyen dan permukaan sandaran belakang dihasilkan dengan menggunakan cetakan 3D.
Didapati dalam tiga gred, kerusi bucket cetakan 3D itu dihasilkan mengikut citarasa pengguna itu sendiri.

Apa yang menariknya, kerusi bucket baharu ini lebih ringan lapan peratus berbanding kerusi konvensional.
Pemandu uji kereta Porsche, Lars Kern berkata, tempat duduk secara individu sebenarnya telah lama wujud dalam sukan permotoran professional.
Kini, Porsche turut menawarkan kerusi bucket yang sah digunakan di atas jalan raya namun hadir dengan gred yang berbeza.
“Saya sungguh kagum dengan kerusi bucket ergonomic ini, kedudukannnya agak rendah dan sokongan pada paha dilihat telah dinaik taraf. Pendek kata, ia sama seperti mana anda melihat kerusi pada kereta lumba,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai kerusi itu, kerusi bucket penuh ini dikatakan sama seperti kerusi bucket Porsche yang lain.
![]()
Ini bermakna, sokongan standard yang diperbuat daripada polipropilena ini digandingkan dengan campuran material poliuretana dengan menggunakan proses tambahan. Pendek kata, ia menggunakan pencetak 3D.
Luaran kulit kerusi ini diperbuat daripada Race-Tex. Material yang tidak licin ini sekurang-kurangnya menawarkan sokongan di dalam kerusi dan permukaan berlubang pula membolehkan pengudaraan pasif yang lebih baik.
Sementara itu, panel tingkap yang terbuka menawarkan warna struktur kekisi cetakan 3D dan menawarkan rekaan kerusi bucket yang agak jelas.
Buat masa ini, para pelanggan dikatakan boleh memilih rekaan berwarna antara Black, Guards Red dan Racing Yellow namun bermula Februari depan, ia akan menawarkan beberapa warna lain seperti Arctic Grey, Ultramarine dan Shark Blue.
Untuk makluman anda, kerusi bucket cetakan 3D boleh didapati untuk semua model Porsche seperti mana ditawarkan pada kerusi bucket konvensional.

Pun begitu, ia juga boleh dipasang pada kenderaan yang telah dihantar dan ia juga boleh dipasang pada bahagian tempat kerusi penumpang.
Kerja-kerja pemasangan kerusi bucket ini cuma mengambil masa hanya beberapa minit di Pusat Porsche.
Harga pemasangan setiap kerusi adalah sekitar 2,677.50 euro (RM12,759.17).

Porsche Mission R dikatakan baru sahaja meraikan tayangan perdana pada pameran motor IAA Mobility, dengan turut menayangkan tempat kerus bucket cetakan-3D.
Bagaimanapun, konsep kereta lumba GT elektrik sepenuhnya ini merangkumi visi Porsche tentang bagaimana sukan permotoran pelanggan boleh melihat pada masa hadapan.
Malah, Porsche turut menyediakan satu lagi penyesuaian untuk tempat duduk baldi penuh bentuk badan bercetak 3D jangka sederhana yang disesuaikan dengan kontur badan individu setiap pelanggan.
Porsche turut menawarkan penyesuaian tempat duduk bucket cetakan 3D berdasarkan kontur badan setiap pelanggan.
Fuhh, lain macam rekaan Porche kali ini!
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/