Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Nissan GT-R T-SPEC 2022 Dilancarkan Dalam 2 Varian!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Nissan GT-R T-SPEC 2022 baru-baru ini telah dilancarkan dalam dua varian baharu: GT-R Premium Edition T-Spec dan GT-R Track Edition Engineered by NISMO T-Spec.



R-35 Nissan GT-R buat pertama kalinya dilancarkan pada tahun 2007 dan sejak itu, ia telah diberikan penambahbaikan dari masa ke masa.

 

Untuk keluaran terbaharu ini, hanya sebanyak 100 unit GT-R T-SPEC 2022 ditawarkan.

 

Dari segi prestasi, Nissan GT-R terkini dikuasakan oleh enjin V6 3.8L berpengecas turbo kembar. Ia boleh menghasilkan kuasa sehingga 572 hp dan tork 633 Nm. Bagi model yang baru dilancarkan, GT-R Premium Edition T-SPEC 2022, mampu mencapai kuasa sehingga 562 hp pada 6,800 rpm dan tork 637 Nm antara 3,300 dan 5,800 rpm. Sementara itu, GT-R Track Edition Engineered by NISMO T-Spec dapat menjana kuasa sehingga 592 hp dan tork 612 Nm.




Kehadiran model T-SPEC turut mengembalikan warna ikonik Skyline GT-R; Midnight Purple dan Millennium Jade.




Dari segi luaran, Premium Edition menerima kemas kini yang khas seperti brek karbon-seramik, spoiler belakang gentian karbon, penutup enjin eksklusif, serta logo eksklusif di bahagian depan dan belakang, termasuklah rim aloi bersaiz 20 inci khas Track Edition (kemasan emas). Untuk Track Edition, ia dihadirkan secara eksklusif dengan bumbung gentian karbon dan penutup but.



Nissan GT-R Premium Edition T-Spec ditawarkan pada harga 15,904,900 yen (RM 599,877) dan Track Edition pula ditawarkan pada harga 17,881,600 yen (RM 653,065.35).


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026