Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kerjasama Ini Bertujuan Untuk Reka Cipta E-Pace

Suhana Veru

Kongsi melalui

Bertanggungjawab dalam mereka cipta beberapa reka bentuk paling ikonik yang kekal bertahan dalam dunia automotif dan fesyen membuatkan pengeluar kereta British, Jaguar dan koleksi fesyen terkemuka, Baracuta telah menjalinkan satu kerjasama baru-baru ini.

Kedua-dua pihak ini dikatakan tampil dengan rekaan kempen yang bertajuk “The New Classic Guide”.

Bagi meraikan jenama DNA masing-masing, Jaguar tampil dengan model Baracuta E-Pace yang unik dan jaket Jaguar G9 Baracuta.

Kedua-dua pihak ini memainkan peranan dalam pembangunan The Next Classic Guide dimana kempen itu bermula di London pada Oktober lalu dan akan berakhir pada Minggu Fesyen Milan sekitar bulan Februari depan.

Kempen berkenaan membabitkan penglibatan kurator kandungan Britan dan perunding jenama, Samutaro yang merupakan salah seorang kurator fesyen paling berpengaruh sejak kebelakangan ini.

Samutaro dikatakan mempunyai peluang menyaksikan dengan sendiri hasil kerjasama kreatif buat julung kalinya di Pusat Pembangunan Produk Jaguar di Gaydon, Warwickshire, Britain.

Beliau kemudian turut menemui pereka daripada pasukan Jaguar, Anna Abell yang bertanggungjawab dalam mereka cipta Jaguar E-Pace bespoke. Ia dikatakan diinsipirasikan oleh jaket G9.

Bercakap mengenai Jaguar x Baracuta E-Pace, kereta P300e plug in hibrid ini akan dihasilkan dengan menggunakan warna luaran yang dikenali sebagai Neutro.

E-Pace juga didatangkan dengan corak berpetak-petak iaitu sama seperti mana yang digunakan oleh Baracuta untuk menghasilkan jaket G9.

Corak itu boleh dilihat di bahagian trim pintu, lantai but dan bumbung. Kenderaan utiliti sukan ini juga menampilkan logo Baracuta yang disulam di bahagian  penyandar kepala.

Terdapat juga logo Baracuta di trim pintu manakala lampu lopak air juga turut memaparkan logo Baracuta.

Jaket G9 juga menampilkan sulaman perkataan Jaguar di bahagian lengan dan bahagian dalam jaket itu terdapat logo edisi khas Jaguar x Baracuta.

“Rekaan ini mengambarkan jenama Jaguar dan Baracuta. Kedua-duanya menampilkan  reka bentuk yang agak klasik dan mampu bertahan dalam ujian masa dan dilihat kekal relevan dalam citarasa dan trend budaya yang sentiasa berubah. 

“Ia merupakan satu perkara hebat kerana diberi tanggungjawab untuk membawa kedua-dua jenama ini bersama-sama dalam kerjasama berkenaan,” kata Abell.


Gallery

Tag:

Jaguar
E-Pace
Baracuta
Jaguar E-Pace Baracuta
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Ini Dia Jaguar Type 00, EV Era Baharu!

Jaguar mendedahkan kereta konsep mereka, Jaguar Type 00, baru-baru ini.

03-12-2024
Berita Auto

JLR Malaysia Rangkul Anugerah Peruncit Terbaik Asia Pasifik Buat Kali Ke-5

Jaguar Land Rover (JLR) Malaysia terus mengukir sejarah apabila berjaya merangkul anugerah Peruncit Terbaik Asia Pasifik (APAC) untuk kali kelima.

26-11-2024
Kereta Baru

Jaguar F-PACE 2022 Diperkenal Di Malaysia, Harga RM598.8K, Ini Perinciannya...

Jaguar Land Rover Malaysia telah memperkenalkan Jaguar F-PACE 2022, ini perinciannya...

27-06-2022
EV

Jaguar Naik Taraf I-PACE Dengan Alexa! Ini Cara Ia Berfungsi

Jaguar kini memperkenalkan I-PACE versi elektrik sepenuhnya dengan teknologi baharu.

23-03-2022
Berita Auto

Jaguar XF Dalam Filem James Bond Terbaharu!

Jaguar XF telah digunakan dalam sebuah filem Hollywood terkenal, Bond 'No Time To Die'

28-10-2021
Berita Auto

Jaguar C-Type Continuation, Bangga Bangkitkan Nostalgia Kemenangannya

Selepas 70 tahun kemenangan pertamanya di perlumbaan Le Mans 24Jam, Jaguar Classic telah menghidupkan edisi terhad menerusi keluaran model ikonik baharunya, C-Type Continuation.

22-10-2021
Berita Auto

Jaguar Sambut Baik Kehadiran Kedua-Dua Jentera Ini

Jaguar mendedahkan dua model baharunya baru-baru ini.

11-10-2021
Berita Auto

E-Pace Hadir Dengan Teknologi Yang Canggih!

Jaguar nampaknya menayangkan model baharunya dan seluruh rangkaian model ini dilengkapi dengan penyambungan teknologi baharu.

01-07-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Gangguan Aerotrain KLIA Hanya Isu Teknikal Kecil Ditangani Dalam 15 Minit

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menegaskan gangguan perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1 KLIA baru-baru ini bukan disebabkan kerosakan mekanikal.

07-08-2025
Berita Auto

Dalam 2 Tahun, KKR Terima 39,371 Aduan Jalan Rosak Menerusi Apliksi MyJalan KKR

Bermula dari Ogos 2023 hingga 30 Jun lepas, aplikasi MyJalan KKR menerima sebanyak 39,371 aduan berkaitan kerosakan jalan raya dan semua jalan itu perlu dibaiki dalam tempoh 24 jam.

07-08-2025
Berita Auto

Gambar Intipan Tersebar, Butiran Proton Saga MC3 2025 Bocor Di Media Sosial

Butiran mengenai Proton Saga 2025 yang turut digelar sebagai Proton Saga generasi baharu MC3 telah pun bocor di media sosial sejak beberapa hari lalu.

06-08-2025
Berita Auto

Kapal BYD Zhengzhou Sudah Tiba Di Malaysia, Bawa Kereta Siap Dipasang Dari China

BYD Malaysia dan Sime Motors yang merupakan pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia mengesahkan ketibaan kapal pengangkut BYD dari Zhengzhou ke Pelabuhan Klang, Selangor, semalam.

06-08-2025
Berita Auto

Harga Minyak Naik, Diesel Lebih Mahal Bermula 7 Ogos

Pengumuman harga minyak terkini Malaysia bermula 7 Ogos 2025.

06-08-2025
Berita Auto

Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) Tidak Jejaskan Kewangan

Pelaksanaan sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) tidak akan membabitkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.

06-08-2025
Berita Auto

MG Cyberster No 1 Di Asia & Oceania, Sebab Gaya Mengancam?

MG Cyberster menduduki tempat pertama kerana ia merupakan model paling laris di Asia dan Oceania.

06-08-2025
Berita Auto

PALSU: Tular Pula Lesen Kopi-O, Guna Gambar Menteri Pengangkutan

Iklan menggunakan gambar Menteri Pengangkutan, bertujuan memancing keyakinan orang ramai.

06-08-2025