Link Copiedcheck_circle
EV

Ini Dia Jaguar Type 00, EV Era Baharu!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jaguar telah mengorak setapak ke hadapan apabila mendedahkan kereta konsep mereka, Jaguar Type 00, baru-baru ini.

Disebut sebagai zero-zero, kereta konsep ini sebenarnya menggunakan model Jaguar terdahulu manakala dua digit kosong itu merujuk kepada nombor model sifar di bawah kereta elektrik baharu Jaguar.

image.pngimage.png

Menjengah luarannya, gril hadapannya jenis tertutup sehingga ke bawah selain tertera perkataan Jaguar manakala lampu depannya pula jenis nipis menyebabkan ia kelihatan unik.

Malah, bahagian belakangnya juga agak menyerlah kerana berbentuk segi empat tepat seperti mana bahagian depan.

image.pngimage.png

Ia turut didatangkan dengan lampu belakang LED jenis nipis, serta dipasang dengan bampar bawah yang sporty sekali gus memberikan bahagian belakang segi empat sama sedikit sentuhan sporty. 

Jaguar Type 00 ini juga tidak mempunyai cermin pandang belakang.

image.pngimage.pngimage.png

Begitupun, kereta konsep ini masih mengekalkan gaya badan fastback dua pintu iaitu  sama seperti beberapa model Jaguar yang paling ikonik, terutamanya Jaguar E-Type.

Selain itu Type 00 dilihat membawa beberapa elemen reka bentuk  Land Rover, terutamanya bahagian hadapan kerana mempunyai trim fender sisi berwarna emas yang menempatkan kamera pandangan sisi, dan secara keseluruhannya ia kelihatan  berkotak.

image.pngimage.png

Melihat bahagian kabinnya, Type 00 didatangkan dengan susun atur dua tempat duduk, dan rekaan dalamannya cukup minimalis. 

Apa tidaknya, ia tidak dilengkapi dengan skrin paparan yang kini namun kami yakin versi pengeluaran Type 00 akan disertakan dengan sekurang-kurangnya satu skrin.

image.png

Memandangkan ia adalah kereta konsep maka, tidak menghairankanlah mengapa Jaguar masih belum mendedahkan sebarang butiran mengenai trenkuasanya.

Namun apa yang pasti Type 00 dibina berdasarkan platform JEA, yang menjanjikan jarak pemanduan 770 kilometer.

Dikhabarkan,  Jaguar bakal melahirkan EV generasi seterusnya berdasarkan konsep Type 00 ini, dimana versi pertama akan menampilkan gaya badan GT empat pintu, dijangka dan akan tiba pada penghujung 2025. 

Selain GT elektrik, dua model iaitu SUV dan crossover akan turut didedahkan nanti!

Gallery

Tag:

Jaguar
Jaguar Type 00 EV Concept
Jaguar Type 00 Concept
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

03-12-2024
Global

11-10-2023
Kereta Baru

28-03-2023
Kereta Baru
Jaguar F-PACE 2022 Diperkenal Di Malaysia, Harga RM598.8K, Ini Perinciannya...

Jaguar F-PACE 2022 Diperkenal Di Malaysia, Harga RM598.8K, Ini Perinciannya...

Jaguar Land Rover Malaysia telah memperkenalkan Jaguar F-PACE 2022, ini perinciannya...

27-06-2022
Berita Auto
Jaguar Sambut Baik Kehadiran Kedua-Dua Jentera Ini

Jaguar Sambut Baik Kehadiran Kedua-Dua Jentera Ini

Jaguar mendedahkan dua model baharunya baru-baru ini.

11-10-2021
Berita Auto

16-04-2021
EV

03-12-2024
EV

03-12-2024

Berita Terkini

EV
Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV
Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
EV
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026