- Berita
- Berita Auto
- E-Pace Hadir Dengan Teknologi Yang Canggih!
Bagi memperluaskan barisan E-Pace, Jaguar nampaknya menayangkan model baharunya dan seluruh rangkaian model ini dilengkapi dengan penyambungan teknologi baharu.
Jaguar baharu ini telah diperbaharui dengan Black Edition (Edisi Hitam) baharu iaitu pada tahap trim R-Dynamiknya memandangkan ia menampilkan gaya dinamik baharu dan terdapat daya tarikan pada pilihan jejari untuk reka bentuk luarannya.
Pembuat kereta yang berpangkalan di Coventry, Britain turut mendakwa bahawa pihaknya telah mengemaskini ciri-ciri sambungan teknologinya ke seluruh rangkaian E-Pace yang kini merangkumi Apple CarPlay tanpa wayar.
Secara keseluruhannya, trim baharu R-Dynamic Black Edition dibangunkan berdasarkan E-Pace R-Dynamic S.
Menyentuh mengenai rekaan reka bentuk jentera ini, ia hadir dengan penutup cermin pintu Gloss Hitam.
Malah, perincian Gloss Hitam boleh dilihat di bahagian bamper hadapan, sekeliling gril di bawah, seluruh keliling gril jentera ini termasuk hujung gril.
Apa yang pasti, Jaguar berjanji akan membuatkan pemandu teruja dengan setiap hasil kerja halusnya apabila tingkap dan bolong sisinya dilengkapi dengan gelaran Leaper.
Lepaer merupakan hiasan berbentuk seekor jaguar yang sedang melompat. Ia juga hadir dengan kemasan gloss hitam bersama lencana belakang Jaguar.
E-Pace ini juga hadir dengan rim aloi Satin Grey bersaiz 19 inci yang khas dengan kontra kaliper brek merah. Ia dilihat memberi sedikit daya tarikan yang agak agresif.
Antara reka bentuk pelengkap yang lain turut merangkumi kaca privasi yang mempunyai dua lapisan iaitu untuk anti silau dan anti kesan cap jari.
Hasil pemerhatian juga mendapati bumbung panaroma dilihat menonjolkan susun atur yang agak canggih terutamanya di bahagian luaran.
Untuk makluman anda, R-Dynamic Edisi Hitam ini hadir dengan semua warna luaran seperti E-Pace, termasuk warna baharunya yang dikenali sebagai Ostuni White.
Menjengah bahagian dalamannya, R-Dynamic Edisi Hitam ini dilihat menawarkan kemewahan dan sambungan teknologi yang telah dikemaskini,
Pendek kata, kesempurnaan jentera ini dilihat agak hebat baik dari segi luaran mahupun dalamannya.
Apa yang saya dapati ialah fokus utama rekaan dalaman terbaharu ini ialah paparan pemacu interaktif HD 11.4 inci yang telah disatukan dengan panel instrumen.
Paparan besar itu dilihat mampu mengendalikan sistem infotainmen Pivi Pro selain menyediakan penglihatan yang lebih jelas dan pemandu juga boleh mengakes hampir 90 peratus fungsi di dalam kereta itu hanya dua ketukan menerusi home screen.
Di bawah hud, Jaguar E-Pace ditawarkan dalam pilihan dua enjin Ingenium iaitu 2.0 liter diesel dan 2.0 liter petrol.
Sebaliknya, kesemua pilihan enjin ini digandingkan dengan kotak gear automatik sembilan -kelajuan dan ia juga hadir dengan sistem semua pacuan roda sebagai standard bagi semua model.
Barisan E-Pace kali ini didatangkan dengan pilihan sambungan dan teknologi yang agak hebat.
Kenapa hebat?
Seperti yang disebutkan tadi, jentera ini yang hadir dengan sambungan Apple CarPlay tanpa wayar dan ia juga akan didatangkan dengan sistem Android Auto.
Apa yang menarik mengenai ciri sistem ini ialah ia membolehkan sistem software-over-the-air (SOTA) mengemaskini semua Pivi Pro yang terdapat pada model E-Pace.
Malah, ia juga boleh meniru sebarang paparan telefon pintar ke skrin sentuh tengah dan membantu pemandu mengawal sistem infotainmen dan fungsi telefon bimbitnya.
Selain itu, sistem infotainmen yang baru dipasang itu dikatakan menyediakan barisan E-Pace dengan peranti pengecas tanpa wayar.
Bercakap mengenai Pivi Pro, sistem infotainmen ini didatangkan dengan pelbagai aplikasi selain dilengkapi dengan teknologi sim berkembar yang menyokong penstriman dan mengemas kini teknologi secara serentak.
Teknologi Pivi Pro juga dilengkapi dengan paparan HD Interaktif bersaiz 12.3 inci yang menampilkan grafik dimana ia juga telah dikemaskini, termasuk terdapat maklumat media, fungsi telefon pintar dan pemetaan skrin untuk sistem navigasi.
Ia juga telah mengemaskini beberapa ciri lain termasuk ia kini hadir dengan lampu suluh tinggi automatik yang dipadankan dengan semua model E-Pace S dimana sebelum ini, ciri standard ini hanya terdapat pada varian SE dan HSE.
Bunyi Audi Merdian juga adalah ciri standard untuk model SE dan fungsi memori di bahagian cermin pintu dan tempat duduk juga adalah standard untuk semua model S.
Menyentuh mengenai mod pemanduan, model R-Dynamic digandingkan dengan ciri dinamik konfigurasi yang dikatakan adalah ciri standard untuk model berkenaan
Malah, ciri ini juga dikatakan membantu mengasah aspek pemanduan dinamik E-Pace.
Ia juga termasuk dengan tindak balas pendikit dan kotak gear, serta tetapan dan penggantungan stereng (di mana Dinamik Adaptif ditentukan) bagi menyesuaikan ciri pemanduan untuk memenuhi pilihan masing-masing.
Dari segi prestasi, E-Pace, ia didatangkan dengan tiga silinder. Ia hadir dengan trenkuasa P300e plug in hybrid (PHEV) manakala, enjin Ingenium empat silinder untuk petrol dan diesel pula menggunakan teknologi MHEV bagi meningkatkan prestasi dan kecekapannya.
Barisan enjin untuk diesel terdiri daripada enjin 2.0 liter turbo empat silinder dengan transmisi manual enam-kelajuan termasuk sistem sistem pacuan roda depan. Ini sekali gus membuatkan jentera ini mampu menghamburkan 163 kuasa kuda.
Selain enjin turbo, ia juga digandingkan dengan transmisi manual sembilan-kelajuan dan sistem semua pacuan roda yang menghasilkan kuasa maksimum 204 PS.
Bagi jentera yang menggunakan petrol, ia dipadankan dengan enjin 1.5 liter turbo tiga silinder dan lapan kelajuan bersama sistem penggerak roda hadapan (FWD). Ia dikatakan mampu menghasilkan kuasa 160PS.
Di sini, Caricarz juga menyenaraikan susunan enjin bagi barisan E-Pace yang lain iaitu bagi kenderaan hibrid-ringan elektrik (MHEV) yang dipadankan dengan enjin 2.0 liter turbo hadir dengan kotak gear sembilan kelajuan dan sistem AWD.
Untuk itu, kenderaan MHEV ini mampu menghasilkan kuasa 200PS.
Bagi MHEV enjin 2.0 liter pula ia digandingkan dengan transmisi sembilan-kelajuan sistem AWD dan mampu menghasilkan kuasa 249 PS manakala, PHEV enjin 2.0 liter turbo empat silinder pula dipadankan dengan kotak gear sembilan-kelajuan serta menjana kuasa maksimum 300 PS.
Selain PHEV enjin 1.5 liter turbo tiga silinder, ia juga hadir dengan transmisi lapan- kelajuan dan sistem AWD manakala, kuasa maksimum mampu mencecah 309PS.
Menyentuh mengenai trenkuasa PHEV P300e, ia dikombinasi dengan enjin 1.5 liter tiga silinder Ingenium dan juga mampu menghasilkan kuasa sekurang-kurangnya 200PS.
Seperti biasa, ia juga dilengkapi dengan Pemanduan Gandar Belakang Elektrik (ERAD) dan menjana kuasa 109PS.
Bagaimanapun, E-Pace PHEV ini mampu mencapai pecutan 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 6.1 saat manakala, kecekapan penggunaan bahan apinya mencecah lebih 61 kilometer seliter.
Terdapat tiga mod pemanduan pada P300e iaitu Hibrid, Save dan EV. Di bawah mod EV, ia menawarkan emisi sifar dimana ia mampu melakukan perjalanan sejauh 54 kilometer.
Mod Save pula dikatakan mengembalikan cas bateri lebih 85 peratus yang dapat digunakan untuk jarak perjalanan lain misalnya di kawasan bandar.
Mod hibrid pula digunakan untuk kedua-dua enjin petrol dan elektrik dimana ia boleh bertukar menjadi pemanduan EV dan juga pemanduan yang menggunakan elektrik
Akhir sekali, mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai harga Jaguar E-Pace ini!
Untuk pengetahuan anda, harganya bermula dari £32,390 (RM 188,425) dan mampu mencecah sehingga £50,240 (RM 292,270).
Ia boleh ditempah menerusi www.jaguar.com.
Biarpun, E-Pace baharu ini menonjolkan rekaan yang agak canggih apabila Jaguar mengakui bahawa kereta bespoke ini tampil bergaya selain dilengkapi dengan teknologi canggih namun kehadiran E-Pace sebenarnya lebih dinamik dan canggih.
Gallery

















Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari