Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Palisade Tawar Empat Varian, Harga Bermula RM328, 888 - RM358,888

Suhana Veru

Kongsi melalui

Hyundai-Sime Darby Motor Sdn Bhd (HSDM) melancarkan secara rasminya jentera terbaharunya, Hyundai Palisade semalam.

Harga jentera itu yang bermula dari RM328, 888 hingga RM358,888 didatangkan dengan empat varian: - Exec 7, Exec 8 (varian diesel), manakala  Luxe 7 dan Luxe 8 (varian petrol).


“Permintaan ke atas kenderaan utiliti sukan yang mesra keluarga dilihat semakin meningkat memandangkan pengguna mahukan ciri serba boleh, keselesaan dan keselamatan,” kata Pengarah Urusan Runcit dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Jeffrey Gan.

Untuk Info, varian diesel didatangkan dengan, R2.2 CRDI Turbo Diesel (HTRAC AWD) dan petrol, Lambda II 3.8 GDI V6 (2WD).

Bagi model diesel, ia mampu menghamburkan 197hp @ 3,800rpm dan tork 440Nm @ 1,750-2,750rpm. Ini membuatkan versi diesel mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 10.2 saat dan mencapai kelajuan maksima 190 km/j,

Sementara itu, varian petrol pula, ia dikatakan menawarkan kuasa 290hp @ 6,000rpm dan tork 355Nm @ 5,200rpm, manakala kelajuan maksimum 210 km/j. Varian ini pula mencatatkan masa 7.8 saat (0-100km/) dan mampu mencapai kelajuan maksima 210 km/j.

Kedua-dua model ini didatangkan dengan tujuh atau lapan tempat duduk dan hadir dalam lima pilihan warna iaitu:  White Cream, Lagoon Silver, Steel Graphite, Moonlight Cloud, and Timeless Black.


Pada pandangan kasar, ia sememangnya kelihatan agak besar. Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai ukuran dimensi kenderaan ini.

Untuk makluman anda, ia menampilkan dimensi 4,980 mm panjang, 1,975 mm lebar, 1,750 mm tinggi dan jarak roda sejauh 2,900 mm. Patutlah, Nampak besar!

Menjengah bahagian dalamannya, ia menawarkan kemasan berwana material kulit berwarna hitam, Burgundy atau kulit Nappa berwarna kelabu.


Malah, semua versi Palisade ini menerima paparan instrumen digital penuh Supervision dengan skrin TFT LCD bersaiz tujuh-inci, paparan head-up serta sistem infotainmen dengan skrin lapan-inci bselain sokongan Apple Carplay tanpa wayar, Android Auto. 

Ia juga dilengkapi dengan sistem kawalan suara. Bagi ruang but pula, jika anda merebahkan kerusi barisan ketiga, Palisade menawarkan but seluas 1,297 liter.

Menyentuh mengenai ciri keselamatannya pula, ia dilengkapi dengan Sistem Bantuan Termaju Pemandu, SmartSense yang merangkumi  Bantuan Elak Pelanggaran Depan (FCAA), Bantuan Elak Pelanggaran Titik Buta (BSCAA), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Bantuan Elak Pelanggaran Trafik Belakang (RTCAA) dan Amaran Keluar Kenderaan Selamat.


Bagi yang berminat untuk melihat jentera baharu ini, anda boleh menyaksikannya di bilik pameran Hyundai yang terletak di Sime Darby Auto Motors, Ara Damansara, Jalan Klang Lama, Gurney Paragon, Pulau Pinang dan Hyundai di Skudai.

Untuk keterangan lanjut, layari laman web  https://www.hyundai.com.my/showroom/palisade/. 

Gallery

Tag:

Hyundai Palisade
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Hyundai Palisade Generasi Ke-2 Diperkenalkan – Jauh Lebih Menyerlah

Model ini menggantikan rekaan badan sebelum ini yang banyak lekukan dengan penampilan baharu yang menyerupai model Santa Fe generasi kelima.

09-12-2024
Kereta Baru

Hyundai Creta Bakal Muncul? Mungkin Betul Sebab Dah Ada Imej Teaser! Nampaknya Creta Model Baharu Untuk 2023

Hyundai-Sime Darby Motor (HSDM) menyiarkan beberapa imej teaser sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) namun tidak mendedahkan jenis model itu.

11-04-2023
Kereta Baru

Hyundai Palisade LX2 PE 2023 Dilancarkan – 2.2L Diesel & 3.8L Petrol, Dari RM369K

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) hari ini telah melancarkan SUV mewah, Hyundai Palisade LX2 facelift 2023 yang kini telah diperbaharui dengan pelbagai ciri premium.

20-01-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Dalam Sebulan Proton Saga MC3 2026 Lepasi Jualan 10,000 Unit, Ada Sebabnya!

Proton Saga MC3 2026 mencatatkan jualan sebanyak 10,000 unit sebaik dilancarkan secara rasmi pada 27 November lalu. .

05-01-2026
Berita Auto

KTMB Sasar 1.2 Juta Penumpang Naik ETS3 Tahun Ini

KTMB menyasarkan 1.2 juta penumpang menggunakan ETS3 tahun ini.

05-01-2026
Berita Auto

Sistem Amaran Cubaan Bunuh Diri Kesan 32 Kes Bunuh Diri Di Jambatan Pulau Pinang

PLUS mengesan 32 kes cubaan bunuh diri selepas memasang SAS di Jambatan Pulau Pinang.

05-01-2026
Berita Auto

Pemandu Kereta Mewah Ramai Salah Guna Lorong Kecemasan

"Bosan hadap jem" dan "mahu cepat sampai" menjadi alasan kebanyakan pemandu yang degil menyalahgunakan lorong kecemasan di lebuh raya.

05-01-2026
Berita Auto

Nissan GT-R Hilang Kawalan, Langgar 3 Kenderaan, 2 Maut

Kawasan perumahan yang tenang di Jalan Dedap 1, Taman Johor Jaya, bertukar menjadi ngeri apabila sebuah supercar Nissan GT-R terlibat dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan petang semalam.

05-01-2026
Berita Auto

Penutupan Penuh Pusingan-U Di KM9.5 Kedua-Dua Arah Besraya Mulai Hari Ini!

Pihak Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) akan menjalankan ujian rintis penutupan penuh pusingan-U di Kilometer (KM) 9.5 kedua-dua arah Besraya bermula hari ini secara percubaan selama enam bulan.

05-01-2026
Berita Auto

Mudahnya Kenderaan Asing Isi RON95, Hanya Guna "Wiretape" Tutup No Plat Tapi PDRM Dah "Jemput" Datang Balai

Sebuah kenderaan Singapura yang dikesan mengisi RON95 di Kulai Johor Bahru, rupa-rupanya hanya menggunakan :wiretape" untuk menutup nombor plat hanya semata-mata mahu mengisi RON95.

05-01-2026
Berita Auto

Proton Umum Prestasi Jualan Luar Biasa Sepanjang 2025 – Saga Kekal 'Hero'

Proton membuka tirai 2026 dengan khabar gembira setelah mengumumkan prestasi jualan luar biasa sepanjang tahun lalu.

04-01-2026