- Berita
- Tips
- Pengimport Kereta Terpakai atau Kereta Recond - Yang Mana Baloi & Mampu Milik?
Pengimport Kereta Terpakai atau Kereta Recond - Yang Mana Baloi & Mampu Milik?
Kepada pembaca Caricarz, pernahkah anda mempersoalkan dimana pengedar kereta terpakai mengimport kereta mereka dan bagaimana dengan keadaan kereta sebelum ia dieksport?
Di sini ada berita baik untuk anda semua! Ini berikutan Caricarz mempunyai jawapannya!
Ia dikenali sebagai pengimport kereta terpakai (grey importer). Ia merujuk kepada pengedar yang mengimport kereta namun bukan pemegang francais model kereta tersebut selain tidak mempunyai waranti pengilang.
Secara ringkasnya, kereta yang dibaik pulih (recond) atau katakanlah, kenderaan yang diperbaharui?
Bagi menentukan butiran dan keadaan kenderaan, laporan gred lelongan Jepun mempunyai semua maklumat yang diperlukan untuk semua kenderaan lelong Jepun.
Sudah tentunya, sistem pengredan seumpama ini juga terdapat di beberapa negara seperti United Kingdom.
Di bahagian ini, kita akan menyelami lebih lanjut mengenai lelongan Penyelesaian Sistem Kereta Terpakai (USS).
Anda perlu ingat bahawa format laporan rumah lelong yang tersenarai mungkin berbeza dengan kereta lelong. Bagi kereta lelong, ia meliputi maklumat asas kenderaan mengenai bahagian dalaman dan luarannya.
Hakikatnya, anda perlu sentiasa berfikiran terbuka untuk mengetahui kenderaan mana yang patut diperiksa dengan lebih lanjut. Ini kerana sudah pastinya anda akan menemui baik dan buruknya.
Lazimnya, pegawai pemeriksa kereta akan menekankan ciri-ciri kelebihan sesebuah kenderaan. Misalnya, ia memiliki pemanas tempat duduk, navigasi HDD dan kunci ganti.
Menyentuh mengenai kekurangan pula, pegawai pemeriksa lazimnya akan menunjukkan status had perbatuan dan bunyi enjin bising.
Laporan itu juga akan menerangkan masalah kereta berkenaan seperti kesan calar, kemek dan kerosakan. Kemudian, pegawai pemeriksa akan mencatat perbatuan dengan tepat, memeriksa odometer ke kilometer terakhir.
Malah, pasukan berkenaan juga akan menyemak sama ada perbatuan odometer dan sijil pendaftaran kereta berkongsi butiran yang serupa atau tidak.
Di Jepun, usia sesebuah kenderaan diukur sejak pendaftaran pertamanya.
Pun begitu, tarikh laporan gred lelongan berkemungkinan tidak menunjukkan tarikh pembuatan sebenar. Bagaimanapun, bagi memastikan tarikh pembuatan yang tepat dengan mengetahui had umur kereta adalah sangat penting.
Bagaimana pula untuk kita menentukan kualiti kenderaan itu?
Pertama sekali, kita boleh menggunakan nombor berangka 0 hingga 6 bagi mengetahui keadaan keseluruhannya.
Selain itu, dengan menggunakan gred seperti A, B, C dan D juga sebenarnya boleh menentukan keadaan kerangka badan sesebuah kenderaan.
Dengan menggunakan gred berkenaan, Gred 1 merujuk kepada modifikasi yang disembunyikan. Ia merangkumi pengubahsuaian seperti menggunakan turbo yang lebih besar, menukar transmisi automatik kepada manual, tukar enjin atau digunakan untuk berlumba.
Gred 2 pula merujuk kepada lusuh atau kerosakan air manakala Gred 3 dan 3.5 pula disebabkan pembaikan akibat kerosakan kecil.
Sementara itu, Gred 4 merujuk kepada kenderaan terpakai dengan kerosakan minimum dan 4.5 pula adalah kenderaan terpakai yang cuma digunakan untuk tempoh yang pendek.
Kereta yang dianggap sebagai kenderaan baharu ialah Gred 5, Gred atau S.
Selain itu, terdapat tiga bahagian untuk menentukan keadaan dalaman iaitu "A, B, C dan D". "A" merujuk kepada keadaan bahagian dalaman yang baharu.
Pada masa sama Gred B ialah gred yang terbaik manakala C cuma memiliki keadaan dalaman yang bersederhana.
Pegawai pemeriksa melihat Gred C sebagai kabin dalaman yang kotor dan memiliki kesan kebakaran rokok, haus, fabrik lusuh dan koyak.
Lazimnya, Gred C adalah normal untuk kereta lama tetapi tetapi akan menjadi satu kebimbangan jika ianya merupakan kenderaan berusia 2 tahun.
Bagi Gred D pula, ia dinilai sebagai buruk dan kotor seperti kereta yang dikeluarkan dari trek lumba.
Dalam pada itu, kenderaan terpakai yang memerlukan pembaikan selalunya diklasifikasikan sebagai perkataan XX. Ini bermaksud ia memerlukan pembaikan atau panelnya perlu diganti.
Namun ia boleh disembunyikan dalam catatan laporan gred lelongan dimana ia ditulis dalam bahasa Jepun.
Begitupun, adalah dibenarkan untuk membuat pembaikan kecil pada panel hadapan di mana bampar atau panel hadapan boleh dicat semula, dan penggantian bahagian yang tidak menjejaskan struktur hadapan.
Difahamkan, bengkel kereta yang sah lazimnya tidak akan menerima kenderaan yang berhadapan dengan isu-isu seperti yang disebutkan di atas.
Secara umumnya, kenderaan yang dinilai 4 atau lebih tinggi oleh laporan gred lelongan yang akan diterima untuk dieksport.
Namun, kenderaan yang tidak memenuhi syarat boleh dipertimbangkan untuk dieksport, contohnya, jika terdapat beberapa kesan calar atau calar yang ketara pada bodykit atau bampar.
Untuk makluman anda, mana-mana kenderaan yang berada dalam keadaan baik akan diperiksa secara fizikal oleh ejen lelongan. Ia bertujuan untuk memastikan keadaan sesebuah kenderaan.
Adakah penjelasan ini membantu anda?
Tinggalkan komen anda di bawah ruangan ini dan dan kongsi dengan kami kenderaan yang mana anda ingin melihat dalam lelongan itu nanti!
Gallery


Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/