Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sebuah Kereta Konsep Yang Menampilkan Kelainan Luar Biasa!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Lexus  kali ini menampilkan sesuatu kelainan apabila ia melancarkan sebuah kereta konsep yang cukup unik  iaitu kenderaan rekreasi luar lebuh raya (ROV).

Ketika setiap pembuat kereta di dunia berusaha mencipta kenderaan elektrik, Lexus pula menonjolkan kelainan apabila membawa masuk kenderaan ROV bagi mempamerkan teknologi hidrogen.

Jentera yang menggunakan bahan bakar hidrogen itu menunjukkan ia seolah-olah sebuah kereta lasak memandangkan ia menggunakan tayar off-road.

Untuk info, jentera ini menggunakan enjin hidrogen 1.0 liter iaitu sama seperti enjin pembakaran dalaman biasa tetapi menghasilkan hampir sifar emisi.

Bagi memberikan perlindungan sepenuhnya kepada bahagian enjin,  Lexus menggunakan penutup suspensi dan menerima hidrogen sebagai bahan bakar melalui sistem suntikan terus ke tangki hidrogen belakang.


Menjengah bahagian dalamannya, biarpun ia kelihatan seolah-olah kereta buggy namun ia menawarkan keselesaan yang luar biasa.

Kesemua tempat duduknya dibaluti dengan material kulit dan menampilkan kawalan gaya automotif.

Bagaimanapun, ia tidak mendedahkan harga sebenar kenderaan ini. 

Hakikatnya, bagi memuktamadkan harganya mungkin akan menjadi rumit memandangkan harga kenderaan rupa bumi utiliti (UTV) sudah pun melangkaui harga pasarannya yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Namun, kami yakin pasaran UTV akan menjadi lebih laris. Ini berikutan Polaris berjaya menjual kenderaan RZR keluarannya pada harga AS$30,000 (RM126,836).

Maka, Lexus mampu menjual kereta ini pada harga berkenaan atau lebih tinggi. Apakah pendapat anda mengenai jentera ini?


Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!

Gallery

Tag:

Lexus
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Semua Varian SUV Elektrik Lexus RZ Diberikan Ciri Baharu Di Jepun – Lebih Berkuasa & Efisien

Selain pelancaran varian RZ600e F Sport, Lexus turut mengumumkan kemas kini besar-besaran bagi seluruh barisan ‘keluarga’ model RZ di Jepun.

30-12-2025
EV

Lexus Perkenalkan RZ600e F Sport Di Jepun – EV 'Menakutkan' Di Litar

Lexus nampaknya ingin membuktikan bahawa kenderaan elektrik (EV) juga mampu menyerlahkan aura ‘menggerunkan’ di litar perlumbaan.

26-12-2025
Global

Toyota Rancak Bangunkan GR GT, GR GT3 & Konsep EV Lexus LFA – Prestasi Luar Biasa

Toyota Gazoo Racing kini sedang membangunkan GR GT dengan enjin V8 twin-turbo + hibrid (640 hp) dan casis aluminium. Turut diberikan tumpuan adalah pembangunan model khas untuk kegunaan litar, GR GT3 dan model konsep elektrik, Lexus LFA.

08-12-2025
Global

Lexus Sport Concept Adalah Pengganti LFA?

Lexus Sport Concept dikatakan akan menjadi pengganti kepada model supercar LFA.

17-08-2025
Berita Auto

Sedan Mewah Lexus IS 500 Bakal Ditamatkan Pengeluaran – 'Climax Edition' Jadi Penutup

Setelah tiga generasi, Lexus IS 500, sedan sport dengan enjin V8 yang popular, dijangka akan menghentikan pengeluarannya pada penghujung tahun ini.

24-06-2025
Global

Auto Shanghai 2025: Lexus ES 2026 Didedah! Ada Versi Elektrik, HEV

Lexus ES 2026 akan ditawarkan dengan dua pilihan trenkuasa iaitu hibrid (HEV) dan EV.

23-04-2025
Global

Lexus RX 2025 Dikemaskini – Lebih Sporty dengan F Sport Design & Black Line Special Edition

Lexus RX, antara model terlaris Lexus, telah diberikan kemas kini untuk model tahun 2025 (2025MY).

23-08-2024
Berita Auto

Lebih 8K Model Toyota, Lexus Terjual

UMWT mencatatkan pretasi yang cukup positif, pada bulan lepas.

12-06-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026