- Berita
- Berita Auto
- Segera Pasang Pelekat RFID Di Kenderaan Anda! Tapi Kenapa?
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan memansuhkan kad Touch n Go (TnG) dan SmartTAG untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) di Lebuhraya Utara-Selatan antara Juru di Pulau Pinang dan Skudai, Johor bermula 15 Januari depan.

Ini bermakna, sepanjang laluan Juru dan Skudai itu tidak lagi akan mempunyai lorong Touch n Go dan SmartTAG dan kesemua lorong ini akan digantikan kepada lorong RFID.
Perkara ini turut disahkan Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKRM) dalam satu kenyataan akhbar semalam.
Bagaimanapun, anda jangan bimbang.
Ini berikutan, buat masa ini lorong Touch n Go dan SmartTAG masih lagi disediakan, namun kedua-dua kaedah ini akan dihentikan secara berperingkat bagi memberi peluang untuk lebih banyak lorong RFID di lebuhraya.
“Pengguna lebuh raya boleh mendapatkan tag RFID secara dalam talian menerusi aplikasi Touch 'n Go eWallet, portal Touch 'n Go, ejen pemasaran yang dilantik atau mana-mana 39 pusat pemasangan tag RFID di seluruh Semenanjung,” kata KKRM dalam kenyataan itu.
Langkah ini diambil untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di plaza tol selain seiring dengan Rancangan Induk Sistem Pengangkutan Pintar yang termasuk Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong.
Untuk makluman anda, RFID menawarkan sekuriti tunai digital dan tambah nilai tanpa tunai melalui penggunaan Touch 'n Go eWallet tanpa perlu lagi mengunjungi kaunter tambah nilai.

Dengan RFID, pelanggan juga berpeluang menikmati perjalanan lebih lancar tanpa henti di lorong tol dengan kelajuan 30 kilometer sejam.
Malah, ia juga membolehkan pengguna melaksanakan transaksi tol tanpa sentuh sekali gus membantu mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.
Begitupun, mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana mahu membeli RFID?
-full.jpg)
Sebenarnya mudah sahaja, anda boleh membeli pelekat RFID ini di ejen pemasaran sah atau layari portal touchnGo.com.my atau layari Touch 'n Go Wallet.
Ia cuma berharga RM35. Apapun, apakah pendapat anda dengan pelaksanaan penggunaan RFID ini tidak lama lagi?
Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
