Link Copiedcheck_circle
Tips

Terperangkap Dalam Banjir? Ini Tips Pandu Kereta Ketika Redah Banjir

Suhana Veru

Kongsi melalui

Pernahkah terlintas di fikiran anda sekiranya kereta yang dipandu terperangkap dalam banjir? Apatah lagi, ketika beberapa negeri  di semenanjung Malaysia pada ketika ini berdepan situasi hujan lebat berterusan sejak Jumaat lalu.

Oleh itu, Caricarz ingin berkongsi beberapa tips dan persedian langkah betul mengharungi banjir ketika memandu.

Ini berikutan banjir kilat sebenarnya dianggap salah satu bencana  maut yang mungkin boleh berlaku dalam sekelip mata akibat hujan lebat atau sekadar amaran kecil.

Sudah menjadi lumrah ketika meredah hujan lebat, apa yang terlintas di fikiran ialah mahu pulang terus ke rumah tetapi secara tiba-tiba anda terperangkap dalam banjir, jadi bagaimana anda bertindak?


Ini yang anda perlu buat: 

Pusing dan cari jalan lain. Ini kerana paras air boleh menjadi lebih dalam dalam sekelip mata, jadi jangan mengambil risiko sebaliknya pusing untuk elak daripada terperangkap dalam bahaya.

Sebaliknya, jika anda terperangkap ketika paras air semakin meningkat, sudah pastinya,  perkara pertama yang terlintas di fikiran anda menghidupkan enjin?  TOLONG JANGAN!

Tindakan menghidupkan kenderaan anda sebenarnya hanya menyebabkan enjin rosak. Keputusan yang betul ialah tinggalkan kereta dan cari tempat yang lebih tinggi dan selamat.

Namun jika paras air  mencecah di bawah bahagian bawah pintu kenderaan, anda boleh memandu perlahan-lahan ke hadapan untuk mengelakkan air memasuki komponen kereta tetapi INGAT KEKAL BERJAGA ketika meredah laluan yang dinaiki air itu.

Apa yang penting ialah tidak menukar gear atau berhenti ketika memandu dalam kawasan banjir.


Susulan kejadian banjir yang menyebabkan ribuan kereta dan motosikal rosak, Zurich Malaysia melaporkan kebanyakan individu tidak tahu sama ada mereka dilindungi insurans akibat bencana alam atau tidak.

Mereka sebenarnya boleh memeriksa status perlindungan dengan syarikat insurans masing-masing.

Oleh itu, kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk pasca banjir bagi membaiki kerosakan rumah dan infrasturktur lain.

Malah, kerajaan juga bersetuju untuk memberi sumbangan sebanyak RM1,000 kepada isi rumah yang terjejas teruk akibat banjir di enam negeri termasuk Selangor.


Pada masa sama, Kerajaan Negeri Selangor turut memberikan subsidi sebanyak RM500 setahun kepada mangsa yang terjejas. 

Mereka boleh memohon subsidi itu dengan menghantar gambar yangmenunjukkan rumah mereka dinaiki air, laporan polis, salinan kad pengenalan dan bil elektrik bersama borang permohonan kerajaan negeri.

Selain menyediakan bantuan kewangan, kerajaan telah memberikan cuti kecemasan (EL) kepada penjawat awam yang terjejas akibat banjir. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap majikan sektor swasta mengambil inisiatif yang sama.


Dalam perkembangan sama, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) turut membiayai bantuan RM2.18 juta kepada mangsa manakala Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan bertanggungjawab untuk menyelaraskan agihan bantuan tersebut. 

Beberapa bank termasuk Malayan Banking Bhd (Maybank), Ambank Group dan Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB), mengumumkan bantuan mereka kepada pelanggan yang terjejas akibat banjir.

Antara bantuan itu ialah seperti penangguhan pembayaran pinjaman, pengurangan ansuran bulanan atau lanjutan pembayaran balik pegangan.

“Pelanggan boleh memohon bantuan itu dengan menghantar e-mel melalui floodrelief@maybank.com dengan memberikan nama/nama syarikat, nombor kad pengenalan/Pendaftaran Perniagaan, nombor telefon,” kata Maybank.



Tag:

flood
flood2021
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Banjir Kilat Tenggelamkan KL

Ribuan kereta ditenggelami air akibat banjir kilat yang melanda di sekitar Lembah Klang petang tadi.

07-03-2022
Berita Auto

Bengkel Kereta Mula Sesak, Dijangka Terima 20,000 Kereta Rosak Akibat Banjir

Pengusaha bengkel kenderaan di sekitar Klang kini berdepan dengan dilema apabila dijangka menerima lebih 20,000 kereta yang perlu dibaiki gara-gara rosak akibat banjir.

28-12-2021

Berita Terkini

Tips

Situasi Bahan Api Malaysia: Stabil Hari Ini, 'Samar' Menjelang Jun – Ketahui Apa Yang Perlu Dibuat

Bekalan bahan api Malaysia 'stabil buat masa ini', namun keadaan pada Jun nanti masih samar, ini panduan untuk anda.

14-04-2026
Tips

Main HP Waktu Memandu: Lebih Teruk Dari Mabuk

Adakah anda salah seorang pemandu yang suka main telefon ketika memandu? Ketahui risiko maut, statistik terkini PDRM, dan denda berat yang menanti jika anda tertangkap.

14-04-2026
Tips

Elak Tersalah Tekan Pedal Minyak

Awas Kawasan Parkir! Ini Punca Utama Ramai Pemandu Tersalah Tekan Pedal

13-04-2026
Tips

Kenapa Pemandu Malaysia Suka Blok Lorong Kanan?

Ramai pemandu masih keliru tentang penggunaan lorong kanan di lebuh raya. Adakah memandu 110km/j di lorong kanan dikira sebagai 'lane hogging'? Ketahui etika sebenar.

13-04-2026
Tips

Analisis: Kenapa Inisiatif Carpool Gagal Tambat Hati Pengguna Jalan Raya Di Malaysia

Biar Poket Kering, Asal Hati Senang,” Fenomena Pemandu Solo Punca Jalan Raya Tak Pernah Sunyi.

09-04-2026
Tips

4 Model Kereta Paling Jimat Minyak Untuk e-Hailing

Bagi yang mahu menceburi bidang e-hailing, ini 4 model kereta yang boleh dipertimbangkan.

07-04-2026
Tips
Tips

Ini 3 Sebab Kenapa Anda Jangan Guna Kaki Kiri Dalam Kereta Auto

Ketahui 3 bahaya besar jika anda memandu kereta auto menggunakan dua kaki.

05-04-2026