Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Panggil Balik Nissan X-Trail 2.0L Hibrid Keluaran Jun 2018-Mei 2021

Suhana Veru

Kongsi melalui

Perhatian untuk pemilik kenderaan Nissan. Edaran Tan Chong Motor (ETCM) dan  Tan Chong Ekspres Auto Servis (TCEAS) memanggil balik secara sukarela model varian Nissan X-Trail 2.0L Hibrid.

Tindakan itu diambil untuk meningkatkan abah-abah ruang enjin rangkaian kuasa hibrid. 

Malah, isu yang dikenal pasti membabitkan abah-abah ruang enjin yang berkuasa hibrid rosak akibat gangguan pada tepi enjin atau pendakap modul kawalan transmisi.

Bagaimanapun, program panggilan balik sukarela itu membabitkan Nissan X-Trail 2.0L Hibrid keluaran antara Jun 2018 hingga Mei 2021.

Ini bermakna, varian yang dihasilkan dari Jun 2021 dan seterusnya sebenarnya tidak terjejas.

“Pelanggan varian Nissan X-Trail 2.0L Hibrid yang terjejas akan dimaklumkan terus ke TCEAS melalui surat, atau SMS/Whatsapp, dan dinasihatkan untuk menghubungi cawangan TCEAS terdekat untuk temu janji.

“Oleh kerana pemilikan kenderaan mungkin telah berubah selama bertahun-tahun, pemilik semasa model ini diingatkan untuk membuat temu janji dengan cawangan TCEAS yang terdekat,” kata ETCM dalam satu kenyataan.

Untuk makluman anda, tiada sebarang kos akan dikenakan kepada pemilik ke atas semua kerja buruh dan peningkatan komponen yang dibuat dalam kempen ini.

Jadi, cawangan TCEAS terpilih telah melanjutkan waktu operasi dan dibuka 365 hari setahun, menjadikannya lebih mudah bagi pelanggan untuk menyelenggara kenderaan mereka pada hujung minggu dan cuti umum.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Hotline Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di 1800-88-3838.


Gallery

Tag:

Nissan
Nissan X-Trail
X-Trail Hybrid
Nissan X-Trail Hybrid
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Nissan Dedah Z Nismo Versi Manual – Kemunculan Di TAS 2026

Nissan kini disahkan akan memperkenalkan versi transmisi manual (MT) untuk varian paling berkuasa keluarannya, Nissan Z Nismo (RZ34) di acara Tokyo Auto Salon yang bakal berlangsung bulan hadapan.

22-12-2025
Global

Nissan Serena C28 Facelift Muncul Di Jepun – Aura Elegan Lebih Terserlah

Kereta untuk kegunaan keluarga, Nissan Serena generasi keenam (C28) kini muncul dalam versi facelift di pasaran Jepun. Versi kemas kini pertengahan hayat ini tampil dengan imej yang lebih segar dan teknologi kabin yang lebih pintar.

19-12-2025
Global

Nissan Dedah Imej Acah Kereta Konsep Nismo Terbaru Menjelang Tokyo Auto Salon 2026

Debaran semakin memuncak menjelang ketibaan Tokyo Auto Salon (TAS) 2026. Nissan baru-baru ini telah memuat naik satu imej 'teaser' yang memaparkan sebuah kereta konsep misteri di bawah jenama prestasinya, Nismo.

18-12-2025
Global

Dilancar: Nissan Frontier Pro - Harga Bermula Daripada RM99,800

Nissan Frontier Pro sudah menembusi pasaran China, baru-baru ini.

28-11-2025
Global

Nissan Navara 2026 Buat Kemunculan Rasmi, Kembar Triton Yang Lebih Garang

Setelah lebih sedekad, Nissan akhirnya mendedahkan trak pikap Navara generasi terbaru minggu ini.

20-11-2025
Global

Nissan Navara Generasi Terbaru Dijamin "Tidak Akan Dipandu Seperti Sebuah Triton"

Menjelang pendedahan global yang dijadualkan pada 19 November nanti, beberapa butiran baharu mengenai Nissan Navara generasi terbaru mula muncul.

14-11-2025
Global

Nissan Navara Generasi Terbaru 2026 Bakal Didedahkan 19 Nov Ini

Nissan bakal melancarkan Navara generasi terbaru dalam masa beberapa hari sahaja lagi, iaitu pada 19 November ini, menandakan berakhirnya lebih satu dekad tanpa sebarang perubahan besar.

16-10-2025
Global

Ini Dia Nissan Ariya Facelift 2026 – Lebih Moden & Canggih

Nissan baru-baru ini telah mendedahkan imej Nissan Ariya facelift yang akan membuat kemunculan rasmi buat pertama kali di Tokyo Mobility Show pada 30 Oktober nanti.

14-10-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026