Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Orang Ramai Yang Mempunyai Maklumat Berhubung Insiden Diminta Tampil Bantu Siasatan Polis

Suhana Veru

Kongsi melalui

Kematian seorang pelajar kolej berusia 19 tahun menjadi misteri apabila dia ditemui mati di tepi jalan  berhadapan deretan kedai Jalan SS 14/2, Subang Jaya pada Rabu lalu. 


Mangsa yang merupakan warga tempatan turut mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala dan beberapa kesan geseran di belakang badan.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, hasil siasatan awal di tempat kejadian, mangsa mengalami kecederaan luka di bahagian belakang kepala dan beberapa kesan geseran di bahagian belakang badan mangsa

Mayat mangsa kemudiannya dibedah siasat oleh bahagian Pathologi Hospital Shah Alam pada Jumaat lalu.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan menjelaskan sebab kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan benda tumpul di kepala,” katanya sambil menyifatkan ia mungkin kes langgar lari.

Sebaliknya, kesemua barangan peribadi mangsa tidak dicuri dan setakat hari ini, tiada sebarang kemalangan jalan raya dilaporkan di kawasan berkenaan.

Untuk itu, kes  diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Buat masa ini, tiada sebarang tangkapan dibuat.

Sehubungan itu , saksi kejadian yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta  tampil untuk membantu siasatan.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Mitsubishi Motors Malaysia Naik Taraf Pusat 4S Di Miri

MMM bersama rakan pengedar setianya, Auto Pacifica, mengumumkan bahawa Pusat 4S yang terletak di Miri, Sarawak telah dinaik taraf, baru-baru ini.

20-04-2026
Berita Auto

Evolusi Kereta Masa Depan, Lubang Jamban Dalam Kereta

Adakah Sudah Tiba Masanya Kereta Malaysia Ada Tandas Sendiri?

20-04-2026
Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026