Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ini Dia Ciri Menarik Subaru Solterra – SUV Elektrik Pertama Subaru Yang Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Subaru telah mengumumkan kehadiran model terbaharu, Solterra, yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Dalam artikel kali ini, CariCarz kongsikan ciri-ciri yang terdapat pada model ini.



Solterra memiliki jarak kelegaan tanah sekitar 8.3 inci dan dilengkapi teknologi pacuan semua roda X-Mode. Sistem X-Mode merangkumi fungsi kawalan cengkaman yang merupakan kawalan jelajah pada kelajuan yang rendah semasa off-road (disertai dengan sistem bantuan mendaki dan menurun bukit). 

 



Subaru SOLTERRA dikuasakan oleh pek bateri 71.4 kilowatt/jam dan juga dua motor elektrik yang menjana sebanyak 215 kuasa kuda dan tork 336 Nm.  Subaru memaklumkan bahawa jarak perjalanan yang boleh ditempuhi pada kapasiti ini ialah sejauh 354 km. Ia boleh menggunakan pengecas pantas sehingga 150 kW yang membolehkan kapasiti bateri mencecah 80 peratus dalam masa daripada sejam.



Solterra dibangunkan berasaskan platform global e-Subaru yang direka khas untuk model kereta elektrik sepenuhnya. Platform yang dibangunkan hasil kerjasama dengan Toyota ini merupakan inovasi yang paling kukuh dan teguh pernah dihasilkan.

Di bahagian luar, dapat dilihat bahawa setiap inci  telah direka dengan terperinci supaya kereta hadir dengan ciri aerodinamik yang tinggi misalnya, kehadiran liang udara pada kedua-dua sisi bampar depan. Ciri ini dapat membantu mengoptimumkan aliran udara semasa kereta dipandu sekaligus meningkatkan prestasi kereta.





Dalam ruang kabin, Solterra menggunakan sistem infotainmen baharu berskrin sentuh yang bersaiz 12.3 inci yang boleh menyokong Apple CarPlay dan Android Auto. Ciri menarik lain ialah pengecas tanpa wayar yang disediakan untuk semua varian. Saiz ruangnya? Cukup luas, lebih besar berbanding Forester dengan saiz 126 kaki padu.








Subaru dilengkapi pelbagai ciri keselamatan seperti brek pra-pelanggaran, amaran keluar lorong, pemantauan titik buta dan amaran lintasan trafik belakang. Model ini turut dilengkapkan dengan teknologi terbaharu dariapda Subaru iaitu Safety Exit Alert yang akan memberi amaran kepada penumpang kereta sekiranya terdapat sesuatu yang menghalang pintu daripada dibuka semasa kereta diparkir secara selari. 


Model ini bakal dilancarkan pada pertengahan tahun 2022 untuk negara Jepun, Amerika Syarikat, Kanada, Eropah dan China.  

 


Gallery

Tag:

Subaru Malaysia
Subaru Solterra
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru
Subaru Forester 2026 Kini Rasmi Di Malaysia – 1 Varian, CBU Jepun, Dari RM221,500

Subaru Forester 2026 Kini Rasmi Di Malaysia – 1 Varian, CBU Jepun, Dari RM221,500

Subaru Forester 2026 kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Harganya? Lebih tinggi berbanding generasi terdahului, kerana model kali ini diimport sepenuhnya (CBU) dari negara Jepun.

30-10-2025
Kereta Baru
Harga Subaru Forester 2026 Didedahkan – Lebih Mahal, Bukan Lagi CKD?

Harga Subaru Forester 2026 Didedahkan – Lebih Mahal, Bukan Lagi CKD?

Pengimport dan pengedar rasmi jenama Subaru di Malaysia, Motor Image Malaysia Sdn Bhd (Motor Image) telah mendedahkan harga rasmi bagi Subaru Forester 2026 melalui laman web rasmi mereka.

22-10-2025
Berita Auto
Kempen Raya 2025 Subaru Malaysia – Penjimatan Cecah RM38K

Kempen Raya 2025 Subaru Malaysia – Penjimatan Cecah RM38K

Pengedar eksklusif kenderaan Subaru di Malaysia, TC Subaru Sdn Bhd, mengumumkan kempen khas sempena Hari Raya Aidilfitri 2025.

04-03-2025
Kereta Baru
Subaru Outback Serba Baharu Kini Rasmi di Malaysia- Dari RM280,390

Subaru Outback Serba Baharu Kini Rasmi di Malaysia- Dari RM280,390

TC Subaru sebentar tadi telah memperlihatkan model segmen D terbarunya, Subaru Outback generasi keenam di Malaysia. Ini spesifikasinya...

20-09-2024
Kereta Baru
Pendaftaran Minat Subaru Forester GT Wild Lite Kini Dibuka – Lebih Ranggi & Lasak!

Pendaftaran Minat Subaru Forester GT Wild Lite Kini Dibuka – Lebih Ranggi & Lasak!

Motor Image Malaysia telah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk Subaru Forester GT Wild Lite. Ini perinciannya...

16-02-2024
Global
Harga Masih Belum Dedah Tapi Dah Boleh Tempah

Harga Masih Belum Dedah Tapi Dah Boleh Tempah

Subaru WRX TR menerima casis dan brek Brembo yang sudah dinaiktraf

10-10-2023
Berita Auto
Subaru Forester Facelift Dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023

Subaru Forester Facelift Dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023

Subaru Forester GT facelift 2023 dengan kit badan GT khas telah dipamerkan di booth Subaru MAS 2023.

09-05-2023
Berita Auto
Subaru x Russ Swift Stunt Show: Saksikan Kemampuan Sebenar Subaru di SCCC 6-7 Mei Ini!

Subaru x Russ Swift Stunt Show: Saksikan Kemampuan Sebenar Subaru di SCCC 6-7 Mei Ini!

Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri acara Subaru x Russ Swift Stunt Show yang akan berlangsung pada 6 dan 7 Mei ini.

05-05-2023

Berita Terkini

Berita Auto
15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.

15-04-2026
Berita Auto
Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto
Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto
Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto
Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto
Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima  ISO 50001:2018

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto
Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026