Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pameran Lamborghini Countach Diadakan Di Muzium

Suhana Veru

Kongsi melalui

Sempena majlis seni Basel Miami dan menerusi kolaborasi dengan Konsulat Jeneral Itali, Automobii Lamborghini mempamerkan pameran bertajuk Lamborghini Countach: Future Is Our Legacy.

Ia yang diadakan di Muzium Wolfsonian-FIU di Miami Beach mempamerkan kelestarian dan evolusi reka bentuk menerusi Countach yang ikonik itu.

“Membawa masa lalu ke masa kini, pameran ini menunjukkan bagaimana Lamborghini menjangkaui segala mungkin secara konsisten dan masih berbuat demikian sehingga hari ini dengan berharap dapat mencapai elektrifikasi secara sepenuhnya.

“Dengan reka bentuk inovatif selain menerapkan nilai dan estetika moden, ia menjadi sebahagian daripada DNA Lamborghini. Kami mendapati Art Basel Miami ialah persekitaran yang sesuai untuk menggambarkan perjalanan Countach, dan kami bertuah untuk mempamerkannya dalam muzium berprestij seperti The Wolfsonian-FIU,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Lamborghini, Stephan Winkelmann.

Pada pameran itu, sebuah Lamborghini Countach LP 5000 QV 1986 berfungsi sebagai hiasan utama dalam galeri itu turut menerangkan  sejarah model Countach.

Ia kemudian melalui lakaran vintajmke sudut kemampanan dan melengkapkan pengalaman dengan pengimejan Lamborghini Countach LPI 800-4 baharu.

Countach LPI 800-4 terbaharu ini adalah keluaran kedua selepas Lamborghini Sian dihasilkan ke arah hibridisasi yang mana ia merupakan salah satu cita-cita tinggi 'Direzione Cor Tauri'.

Misi tersebut  menyasarkan 50 peratus pelepasan CO2 menjelang 2025 dengan adanya keluaran barisan model hibrid plug-in sepenuhnya.

Selain itu, reka bentuk untuk era baharu, LPI 800-4 ialah pameran  inovasi Lamborghini terbaharu yang merintis teknologi hibrid bersama enjin V12.

Konsul Jeneral Itali di Miami, Cristiano Musillo berkata, pihaknya berbesar hati untuk memperbaharui perkongsiannya dengan Lamborghini, yang mempamerkan Countach ikonik itu.

“Lamborghini mempunyai pengalaman yang cukup lama dalam menghasilkan kereta yang  kekal sepanjang zaman dan legenda permotorannya merangkumi tradisi dan inovasi dengan reka bentuk tersendiri. 

“Di sebalik perniagaan, Lamborghini juga bertanggungjawab dalam alam sekitar menyeluruh yang merangkumi pengurangan pelepasan CO2 dan kitar semula intensif bahan buangan,” katanya.

Gallery

Tag:

Lamborghini Countach
Sian
Contach
LP 5000 QV
LPI 800-4
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Sempena Ulang Tahun Countach Yang Ke-50, 10 Countach Dipamerkan

Hari Lamborghini Jepun 2021 meraikan ulang tahun model klasik ikonik, Countach yang ke-50 baru-baru ini.

13-01-2022
Berita Auto

'Keturunan' Countach Sepanjang 50 Tahun Ini Dipamerkan Di Acara Concours d’Elegance

Sambutan ke-50 tahun Lamborghini Countach telah diraikan semasa acara Concours d’Elegance yang ke-70.

22-09-2021
Berita Auto

Bagi Menghormati Warisan Seni Bina, Sian Kelilingi Portico di Bologna

UNESCO mengiktiraf Portico di Bologna sebagai tapak warisan baru-baru ini.

18-10-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026